Friday, December 18, 2009

Tahfiz Bayu Syahadah

Bismillahirrahmanirrahim....

Hari : Sabtu
Masa : 12.30 pm
Status diri : Letih.. (mybe sbb asik kuar sepanjang minggu nie.. heheh..:)

Skang nie ngah hujan.. Saya plak diulit keletihan yg amat.. Susah nak study.. Study kejap je then letih. Payah nak btahan.. Saya pun carilah inisiatif. Lalu saya pun menyelak halaman Travelog Seorang Da'i.. Utk mdapatkan sedikit kekuatan.. Alhamdulillah.. Kekuatan dpt dijana semula.. Lalu saya teringat Konsert Nazrey kat UIA Gombak beberapa hari lepas..

Tahfiz Bayu Syahadah.. Seindah namanya.. Konsert Nazrey menampilkan kumpulan Inteam, Nice n Algebra serta Nazrey sndiri.. Nice n Algebra khabarnya pljr Uia Gombak. Konsert nie diadakan bagi mengumpul dana utk pembinaan Kompleks Tahfiz Bayu Syahadah di Kg Bitoon, Ranau, Sabah..

Kalo diikutkan betapa letihnya saya pada hari konsert itu berlangsung, mmg tak nak pegi rasanya.. Nak je blek CFS utk berehat sbb esknya memerlukan tenaga lagi. Tp.. Saya tetap gagahkan diri. Sbb pd saya dgn kdtngn saya ke sana sbg ank jati Sabah merupakan satu sokongan padu yg dpt saya berikan utk Nazrey.. Sayu hati saya bila melihat kegigihan Nazrey utk menubuhkan Tahfiz yg pertama di Sabah..

Jika dahulu saya sedey napa Nazrey perlu tinggalkan Raihan. Pdhl kumpulan Raihan nie dah tersangat utuh. Rupa2nya Nazrey nak menumpukan sepenuh perhatian terhadap penubuhan Tahfiz Bayu Syahadah.. Alhamdulillah.. Semoga Allah memudahkan segala urusan..

Terdetik di hati saya.. "apa pulak sumbangan aku utk Islam di Sabah?? Adakah aku mampu melakukan spt Nazrey??" Sayunya hati tak terkata..

Paling tak bley tahan bila Nazrey mendeklamasikan puisi yg khabarnya ditulis oleh pelajar Uia. Semangat rasanya.. Tapi sedey pun ada.. Bercampur baur suma perasaan.. Puisi itu terlalu bermakna buat saya. Sbb segala apa yg dikatakan dlm puisi itu telah saya lalui..

Berjuang ertinya berkorban..
Berkorban ertinya terkorban..
Terkorban ertinya menderita..

Ya.. Saya korbankan segalanya..Saya tempuh jalan hidup saya dgn tangisan. Tiada siapa utk saya mhn pertolongan selain Allah. Sakitnya pd waktu itu.. Menderita?? Ya... Saya terlalu menderita. Hilang di pentas dakwah hampir setahun.. Berpisah dgn shbt2.. Terkurung dlm sangkar ciptaan manusia.. Helah yg tak berkesudahan.. Terlalu menderita.. Apalah sngt daya seorang budak sekolah utk melalui semua itu.. Apalah daya seorang budak sekolah utk berhujah demi mempertahankan hukum Allah.. Saya dicemuh.. Dikatakan sesat.. Menderita yg teramat.. Tapi saya tak putus asa. Saya tahu Allah sayangkan saya. Allah takkan beri ujian kalo saya tak mampu.. Dan alhamdulillah.. Kini saya berada di Uia.. Perancangan Allah itu terlalu bagus.. Mmg saya menderita. Krn saya memilih jln ini. Tapi.. Saya takkan selamanya menderita.. Hidup saya, saya yg akn tentukan. Bukan org lain.

Melalui pengalaman lalu saya bangkit semula. Tak mahu menoleh kebelakang lagi. Sbb itu apabila melihat usaha murni Nazrey saya sngt gembira. Krn usaha beliau sngt bermanfaat pd rakyat Sabah. Krn disana Islam masih belum maju lg. Terlalu bnyk adat yg melebihi ibadat. Dgn penubuhan Tahfiz Bayu Syahadah saya menjangkakan ibu2 dan ayah2 di Sabah akn memahami Islam sedikit sebanyak. Maka, takkan ada lg berlaku penentangan terhadap si anak yg mahu membawa dakwah. Sebagaimana yg pernah saya alami. Pelajar2 yg dihasilkan drp Tahfiz itulah yg akn membantu menggerakkan dakwah di Sabah.. Jika mahukan kemajuan, fokus utama perlu diberikan kpd pemuda pemudi. Merekalah yg akn mewarisi kepimpinan masa hadapan. Ya.. pemuda pemudi Sabah perlu diasah dgn nilai2 Islam yg syumul. Saya mendoakan semoga Allah menpermudah segala urusan..
.
Saya mendoakan semoga Tahfiz Bayu Syahadah dpt ditubuhkan dgn jayanya.. Sesungguhnya Allah akn mempermudah jln bg mereka2 yg berjuang di jalanNya..

Ya Allah.. Sinarilah bumi di bawah bayu dgn petunjukMu.. Aku mohon.. Jgnla ada sesiapa yg mengalami apa yg aku alami dahulu.. Krn sakit dan deritanya masih terasa sehingga kini.. Bahkan mungkin sampai bila2.. Jikalau adapun, kuatkanla mereka.. Sebagaimana Engkau menberi kekuatan kpdku.. Ameen Ya Rabbal 'Alamin...

Thursday, December 10, 2009

Khas wat member kamceng CFS.. : Luahan Hati Sorg Aku..

Hari : Jumaat (11/12/09)
Masa : 12.18 pm

Arini da start cuti sem.. bangun pagi je saya da on lptp.. mmg kebiasaan pagi saya mcm tue.. agak lama gak duduk dpn lptp baru tergerak hati nak post menda nie..

Saya gembira.. Saya sedey.. Gembira sbb kwn2 yg len bjaya masuk Gombak.. Sedey sbb ditinggalkan bersendirian.. Patutnya grad sama.. Tapi saya exten.. Ats sbb yg tertentu.. Suma member2 cls yg kamceng dulu da grad awl..

Pada awlnya saya berpura2 takda apa. Wat mcm besa.. Tapi jauh d sudut hati sngt sedey.. Saya tak tau nak watpa.. Bila bukak facebook muka2 member berpakaian taaruf tmbh menyedehkan.. Bukak blog membaca kisah pejalanan taaruf juga menyedehkan..

Saya bukan sedey sbb tak dpt grad awl.. Saya sedey sbb suma kamceng takda.. Ntah apa yg saya nak sbenanya.. Hmm.. Tanggungjawab melebihi masa yg ada.. Itula yg tejadi kat saya skang nie.. Walaupun cntct hour cuma 6 jam.. Masih rasa seakan2 tak cukup.. Ya Allah masa itu milikMu.. Bantulah aku dgn mencukupkan masa yg Kau berikan pdku...

Apa2pun.. Hidup pelu diteruskan! Saya masih ada ramai shbt2 disini.. Shbt dunia akhrt... InsyaAllah...

Kpd suma member2 kamceng.. Kalo korg baca posting nie.. Aku nak korg tau.. Aku sngt2 rindu kat korg.. huhu... Kpd yg bakal g gombak.. Aku pun akn rindu ngan korg.. kak kila, kak bella, pija, piqa, nad, DJ n fiesza... juga wat member2 yg namanya tak dsebutkan... Gud luck utk korg!!!!

Tak nak tulis pnjg2.. Kang banjir CFS nie..

>> LUAHAN HATI SORG AKU <<

Saturday, November 28, 2009

SEDALAM MANA NILAI CINTAMU

Menurut Ibnu Qayyum didalam kitabnya Ad Daa wad Dawaa, setiap orang berbeza tingkatan cintanya terhadap Allah. Perbezaan ini tidak ada yang mengetahui secara pasti kecuali hanya Allah. Menurut Ibnu Qayyum lagi, seseorang tidak dianggap sebagai pemeluk agama Islam bila dihatinya tidak ada langsung rasa cinta ini.

Cinta mutlak inilah yang dapat melunakkan hati, meringankan beban, melenyapkan kebakhilan, menjernihkan hati, melatih jiwa dan dapat mendatangkan ketenangan hidup yang hakiki. Ianya juga adalah cinta yang dapat menerangi muka, melapangkan dada dan dapat menyebabkan hati menjadi hidup.

Tapi yang menjadi persoalannya ialah bagaimana kita hendak mengetahui cintanya kita kepada Allah ?

Seorang penyair ada menyebut didalam syairnya,

Jika engkau masih punya keyakinan

Bahawa aku mencintaimu

Mengapa engkau membiarkan suratku?

Cubalah renungkan

Kelazatan kata yang terkandung didalamnya

Begitulah juga antara sebahagian tanda-tanda kita mencintai Allah. Iaitu dengan mencintai firman-firmanNya. Menurut Ibnu Qayyum didalam kitab yang sama, jika anda ingin mengetahui kadar cinta anda kepada Allah, maka lihatlah betapa besarnya cinta anda kepada Al-Quran.

Saydina Uthman bin Affan ra juga pernah berkata,

“ Jika hati kita ini bersih, tentu tidak akan pernah merasa kenyang dengan firman Allah.”

Ternyata antara tanda untuk mendapatkan kelazatan di dalam mencintai Allah ialah dengan memperbanyakkan membaca Al-Quran serta memahami dan mendalaminya selalu.

Mungkin hadis sahih dibawah dapat memperjelaskan lagi betapa Al-Quran adalah sumber kebahagiaan yang abadi.

Rasulullah saw bersabda,

“ Tidaklah seorang hamba ditimpa kegundahan dan kesusahan kemudian ia berdoa,

‘ Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hamba lelakiMu dan anak hamba perempuanMu. Ubun-ubunku berada dalam kekuasaanMu. HukumMu berlaku padaku. Engkaulah yang adil dalam memberikan keputusan. Aku memohon kepadaMu, Ya Allah dengan setiap nama yang telah Engkau namakan Dirimu atau yang telah Engkau turunkan dalam kitabmu, atau yang telah Engkau ajarkan kepada seorang makhlukMu, atau Engkau sendiri yang mengetahui alam ghaibMu, agar Engkau jadikan Al-Quran yang mulia sebagai penawar hatiku, cahaya dadaku, penghapus kesusahanku, pelenyap kegundahan dan keresahanku’

…melainkan Allah akan melenyapkan kegundahan dan keresahannya dan akan menggantikannya dengan kegembiraan.

Lalu para sahabat bertanya: ‘Wahai Rasulullah hendaknya tuan berkenan mengajarkan kami.’

Rasulullah saw bersabda: ‘ Sebaiknya orang yang telah mendengarkan agar mengajarkannya.”

(Sahih, Hadis Riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban)

Dan akhir sekali sudahkah anda menilai kembali sejauh mana cinta anda kepadaNya? Jika belum, alangkah eloknya jika anda jadikan hari ini sebagai permulaannya.

Sebagaimana kata Pythagoras, philosopher Greek pada tahun 570BC dulu,” The beginning is half of everything.”

Tuesday, November 24, 2009

SURAT HAWA UNTUK ADAM

Wahai Adam...

Adam….Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.


Adam…Maha Suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah

sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa, kaumku sendiri rupanya!
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun, jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu, tapi semestinya tidak lebih dari empat pada satu waktu. Tentu engkau lebih tahu dari diriku sendiri.


Adam…Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merungsingkan aku. Tetapi, aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Ah..semuanya sudah aku maklumi.


Namun…terasa berat pula untukku nyatakan isi perkara pokoknya…

Adam…aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidikku, kau diberi tanggungjawab untuk menjagaku, malah untuk memerhati dan mengawasi gerak perilaku aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu, Allah azzawajalla…
Tetapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari landasan yang sepatutnya lebih lurus, jalan yang ditetapkan asalnya Allah mahukan aku tinggal tetap di dalam rumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan patutnya menjadi jejak kaki ini. Jikapun ada, patutnya engkau lebih maklum tentu kerana aku hanya terpaksa, tetapi aku tak lupa untuk menutup seluruh tubuh dan aurat perempuanku, darilah hujung rambut( kalau tak botak), hinggalah hujung kakiku yang ayu.
Tetapi…realitinya kini, hawa telah mengada-ngada, telah lebih dari yang sepatutnya!


Adam…mengapa kau hanya membiarkan aku begini? Engkau mahu aku jadi isteri, aku sudah buat. Engkau mahu aku jadi ibu pada anakmu, juga aku telah laksanakan. Engkau mahu aku jadi seorang guru, juga aku anggukkan kepala. Engkau lihat, aku telah menjadi ibu dan guru pada anak-anakmu. Engkau suka kan? Tetapi, pada masa yang sama juga, adakah engkau faham, aku telah menjaja diriku ke muka dunia, menguruskan hal Negara, aku ke hutan memikul senjata…padahal engkau hanya mampu duduk goyangkan kaki, sambil menyanyi lagu Mariah Carey lagi. Seronokkan? Engkau lihat, ada antara kaummu yang mengganggur tiada kerja. Kau perhatikan sahaja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyinsing peha…seksi kan? Tetapi aku masih baik, masih mahu selamatkan Negara kita. Apakah sekarang engkau tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadap perempuan baik seperti aku?


Adam...Marahkah jika ku katakan andainya Hawa terpesong, maka Adam lah puncanya, engkaulah yang patut tanggung! Mengapa begitu Adam?! Ya!! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai mendidik, kononnya kita ni macam orang tak pernah pergi sekolah. Jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar, seolah tak ada sijil universiti lulusan dari Amerika! Adam…kau selalu berkata, hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak suka makan nasihat (sebab kami suka makan coklat ajer), kepala batu (walaupun rambutku pakai syampu sunsilk)! Pada fikiranku ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu dahulu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Memang engkau bukanlah seorang Nabi, tetapi sedarlah bahawa namamu seorang Lelaki?! Engkau kenal siapa itu lelaki? Kau tanya dirimu, adakah kaum Adam melayani kaum Hawa sama adilnya seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh

dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
Adam…Kau sebenarnya imam dan tentulah aku menjadi makmumnya. Aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah seorang ketua. Tentu kau suka kan Adam-atau lebih patut ke Hawa memanggil diri Adam sebagai Boss? Kau hanya mampu duduk tersengih. Itu sahajakah yang mampu kau hadiahkan? Ketua-jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal dan aku banyak dilebihkan dengan nafsu.

Akalmu sembilan (9), nafsumu satu (1)…akalku (1), nafsuku beribu! Banyakkan Adam?! Oleh itu, pimpinlah tanganku kerana aku ini seorang yang pelupa, aku juga lalai dan alpa. Aku banyak kekurangan. Sering juga aku

tergelincir ditolak sorang oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku mengenai kalimah syahdu daru Tuhan kita agar dapat menjadi terang hidupku ini. Tiuplah roh jihad ke dalam dadaku, agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah!


Adam…andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan kau saksikan hingga menjadi hancur bila kaumu sendiri yang akan mentertawakanmu, kerana pada masa itu tentu kaum Hawa berpeluang memerintah Negara! Malulah engkau Adam! Malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhan kita yang engkau agungkan…Jika hari ini kau tidak mampu berganjak, engkau tunggu dan lihatlah...


Wallahualam..

Monday, November 2, 2009

Gamis desak terus ‘bongkar’ Laporan Audit Negara

Dipetik dari mahasiswakini.com

KENYATAAN MEDIA GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA (GAMIS) BAGI LAPORAN AUDIT NEGARA 2010

gamis

Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) mendesak agar pembongkaran hasil Laporan Audit Negara diteruskan dan tidak “disejukkan”. GAMIS memandang, isu ini adalah isu yang serius memandangkan ianya akan memberi kesan kepada pelbagai sektor pembangunan Malaysia hari ini dan akan datang serta ia melibatkan tanggungjawab menguruskan harta rakyat

Baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa kerajaan telah menubuhkan pasukan petugas peringkat tinggi, diketuai Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan, untuk menyiasat laporan Ketua Audit Negara 2008 dan mengambil tindakan yang sesuai terhadap mereka yang bertanggungjawab bagi penyelewengan kewangan dan salah guna kuasa yang disebut dalam laporan itu.

Isu Laporan Audit Negara 2008 ini menjadi panas seketika apabila Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang membentangkan laporan tersebut pada 19 Oktober lalu di parlimen. Namun, GAMIS memandang, isu ini seolah-olah semakin “sejuk” untuk diambil tahu. Mungkin isu-isu politik semasa lebih “panas” untuk dibincangkan sedangkan isu ini adalah isu besar di Malaysia.

Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan kerajaan mungkin terpaksa menanggung sebahagian besar daripada kerugian berjumlah RM1.14 bilion dalam Projek Landasan Berkembar Elektrik Antara Rawang dan Ipoh. Dalam laporan lain, Ketua Audit Negara turut mengesan tindakan pembekalan alatan kepada badan berkanun Persekutuan pada harga yang ‘tidak masuk akal’.

Selain itu, laporan tersebut menunjukkan bahawa beberapa pembayaran yang mencurigakan telah di buat oleh pihak MARA kepada pembekal mereka untuk barangan yang nilainya jauh melampaui harga pasaran.

Adalah dangkal dan tidak masuk akal apabila mengetahui pihak MARA membelanjakan lebih RM80,000 bagi dua unit laptop (komputer riba) berjenama Acer Aspire 5052 sedangkan harga pasaran hanya RM4,500 sahaja untuk seunit laptop jenis dan spesifikasi tersebut di pasaran awam.

MARA juga membeli komputer meja (desktop) pada harga hampir RM7,600 seunit, sedangkan di pasaran kita boleh mendapati komputer meja yang canggih lengkap dengan perkakasannya dengan harga kurang dari RM2,000.

Laporan Audit Negara 2008 juga turut mendedahkan, Kementerian Pelajaran membelanjakan hampir RM60,000 untuk kerja membekal, menanam dan penyelenggaran taman Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa 2, Pasir Putih, Kelantan dari pembekal tempatan secara pembelian terus, dan membayar harga pokok-pokok yang terlalu mahal.

Menurut laporan tersebut, kementerian berkenaan telah membayar sehingga RM4,550 bagi 13 pokok kemboja dan RM9,000 bagi 12 pokok pinang merah, sedangkan pokok kemboja dan pinang merah bagi jumlah yang sama, masing-masing boleh dibeli dengan harga RM585 dan RM1,560.

GAMIS memandang, sekiranya isu ini tidak ditangani secara serius, ianya turut akan merosakkan Bajet 2010 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.

Pemantauan yang telus perlu dilaksanakan agar rakyat tidak tertipu dengan beberapa janji yang nampak seolah-olah menguntungkan rakyat namun hakikatnya ada individu-individu tertentu yang mengaut keuntungan di atas nama kebajikan kepada rakyat.

GAMIS megalu-alukan pakej ‘netbook’ termasuk perkhidmatan jalur lebar dengan bayaran RM50 sebulan untuk dua tahun kepada mahasiswa. Namun, pemantauan perlu dibuat terhadap siapa yang menerima tender sedemikian? Berapa kos sebenar mengikut harga pasaran?

Ini bukanlah isu percaya atau tidak kepada pihak kerajaan, akan tetapi rakyat menanti-nantikan ketelusan pihak kerajaan agar rakyat tidak tertipu dengan kebajikan yang diambil kesempatan oleh pihak-pihak tertentu. Jika tidak ada masalah, apa yang perlu ditakutkan?

Saya berpandangan, rakyat masih belum lupa isu Laporan Akauntan Negara 2006 yang pernah mendedahkan, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS), telah membayar RM224.94 bagi satu set pemutar skru berbanding harga pasaran hanya RM40. Persoalan di sini, siapa yang didakwa setakat ini? Apa Tindakan yang diambil?

GAMIS mengalu-alukan penubuhan pasukan khas peringkat tinggi yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini. Namun, apa yang dinantikan bukan sekadar pasukan khas akan tetapi tindakan susulan agar penyelewengan harta rakyat tidak lagi berlaku. Sudah berapa banyak badan khas yang telah ditubuhkan namun tindakan terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab masih di tahap yang minimum.

Mungkin ada pihak yang gelabah dengan pembongkaran demi pembongkaran peyelewengan hak rakyat. Namun, jangan kita lupa berjuta rakyat yang sedang menangis kerana harta mereka sedang dirompak oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Justeru, semua pihak termasuklah pimpinan dan ahli parlimen yang telah dilantik oleh rakyat mesti mengesat air mata rakyat. Jangan hanya kerana isu EGM dalam PAS, ADUN lompat parti dari PKR dan agenda membumikan 1 Malaysia oleh Barisan Nasional, para “perompak” terus terlepas. Mahasiswa juga tidak hanya harus sekadar dibuai mimpi menanti hasil bajet 2010 terhadap mahasiswa, dalam masa yang sama masalah rakyat diketepikan.

GAMIS berharap, semua pihak harus menjadi pendesak bagi “memanaskan” lagi isu ini agar rakyat terus dibela demi kemakmuran Malaysia yang seharusnya dinikmati oleh semua rakyat. SPRM perlu telus dalam siasatan disamping para pimpinan sama ada Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat tidak boleh menghampakan harapan rakyat yang memilih mereka dalam pilihan raya yang lepas.

Mohd Idris Yussoff

Presiden

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)

Wednesday, October 28, 2009

Yang Mana Idaman Hati????

Alhamdulillah... sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang.. :)

Cenfos baru je membuka tirai baru. tak sampai seminggu sem baru berlangsung. Kelihatan ramai shbt2 saya yg dah bertungkus lumus ngan hwork masing2.. Moga mereka2 dpt uruskan masa ngan lebey baek drp sem lepas.. Saya plak camana??? hmm....

Sem nie mencatatkan kebosanan saya berada pada tahap maksima. Mana tak nyer saya hnya amek satu subjek je. tambah plak EPT reading.. So, contact hour cuma 6 jam seminggu.. Huh!! Kalo difikirkan kembali.. Saya sepatutnya grad bersama2 rakan2 yg len. Tapi saya memutuskan utk exten ats sbb yg tertentu (p/s: bukan sbb repeat paper ya..). Sedey ada gak bila tngk yg len grad dulu.. Tapi takpa.. Moga nie yg tbaek utk saya..

Programming dan Islam???

Kalo nak tau.. Satu subjek yg saya amek sem nie ialah programming. Ringkasannya PG. Apa kaitan PG dan Islam??? Saya pun masih tercari2...

Sebetulnya saya bercita2 nak jadi software engineer.. Saya nak jadi kaya melalui bidang yg saya amek nie.. Org salu kata, sapa yg amek ICT bley wat duet yg bnyk dlm masa yg singkat. Tp, dgn syarat buat dgn sepenuh hati.. Napa saya nak jadi kaya????

Bila saya kaya... Duet yg banyak saya akn salurkan utk keja2 dakwah. Itu matlamat saya.. Sbb tue saya still stay dlm ICT. Ada gak sbb len yg terlalu peribadi utk saya coretkan kat sini. Bak kata lagu Siti Nurhaliza.. Biarla rahsia.. o0o0oppsss!!! Dah merapu la pulak...

Cuma yg merunsingkan saya sekarang nie... Saya seakan2 dah hilang minat terhadap ICT. Mybe sebab saya frust. Frust ngan keadaan diri yg blaja hnya utk exam. Pernah sekali, bahkan berkali2 saya cuba utk create database spt yg saya blaja dlm Computer 2. Nak tau apa yg jadi?? Saya langsung tak boleh buat.. Saya dah lupa segala2nya tentang database.. Saya frust giler masa tue. Sampaikan trus shut down laptop..

Tapi.. Bukan semata2 krn saya frust. Sbbnya minat saya kini bercambah dlm bidang len.. Sejak sekolah lagi saya aktif dlm PRS. Dari situla timbulnya minat terhadap psikology. Dan.. Minat tue semakin menjadi2 sejak kebelakangan nie.. Konpius jadinya.. Tak tau nak yg mana satu..

Adakah saya akn memilih bidang psikology or trus stay dlm bidang perkomputeran yg kdg membuatkan kepala otak berserabut saya pun tak pasti.. Lagipun saya tak beristikharah lagi.. Cumanya nak kata, andai bila saya dah beristikharah dan keputusannya adalah menukar course.. Akan hilangkah matlamat saya selama nie??? Utk cari duet bnyk2 dan salurkan pada keja dakwah?? hmm.. Sudah tentu akn terkubur.. Tapi saya tetap akn mencari inisiatif yg lain.. Ini bukan soal duet je.. Bnyk lagi yg bley saya lakukan insyaAllah..

Target saya sem nie.. Saya nak cari kembali ke mana menghilangnya minat saya pada bidang ICT nie.. Nak pupuk kembali minat yg semakin hari semakin pudar.. InsyaAllah..

Tapi.. saya masih tertanya2.. mana satu yg menjadi idaman hati?? psikology or komputer??? Kalo nak kata dua2 agak mustahil sbb saya bukanlah jenis yg bley tumpukan dua benda dlm satu masa.. hmm..

Psikology Vs Komputer..

Monday, October 26, 2009

CAHAYA MUKA NABI S. A. W.

Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata : "Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum daripada tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah s. a. w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata, " Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu!

Seterusnya aku bertanya: " Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?"

Jawab Rasulullah : "Orang yang bakhil."

Aku bertanya lagi : "Siapakah orang yang bakhil itu?"

Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku."

BERDOA

Berkata Al-Barra' r. a. bahawa Nabi s. a. w. bersabda: "Segala doa itu terdinding (terhalang untuk dikabulkan) daripada langit sehingga orang yang berdoa itu mengucapkan selawat untuk Muhammad dan keluarga Muhammad."

KIJANG DAN ANAKNYA

Diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam kitab 'Al-Hilyah' bahawa seorang lelaki lalu di sisi Nabi s. a. w. dengan membawa seekor kijang
yang ditangkapnya, lalu Allah Taala (Yang berkuasa menjadikan semua benda-benda bercakap) telah menjadikan kijang itu bercakap kepada Nabi s. a. w. : "Hai Pesuruh Allah, sesungguhnya aku ada mempunyai beberapa ekor anak yang masih menyusu, dan sekarang aku sudah ditangkap sedangkan mereka sedang kelaparan, oleh itu haraplah perintahkan orang ini melepaskan aku supaya aku dapat menyusukan anak-anakku itu dan sesudah itu aku akan balik ke mari."

Bersabda Rasulullah s. a. w. " Bagaimana kalau engkau tak balik ke mari semula?" Jawab kijang itu: "Kalau aku tidak balik ke mari, nanti Allah Taala akan melaknatku sebagaimana Ia melaknatkan orang yang tidak mengucapkan selawat bagi engkau apabila disebut nama engkau disisinya."

Lalu Nabi s. a. w. pun bersabda kepada orang itu : "Lepaskan kijang itu buat sementara waktu dan aku jadi penjaminnya."

Kijang itu pun dilepaskan dan kemudian ia kembali ke situ semula.
Maka turunlah malaikat Jibril a. s. dan berkata : "Hai Muhammad, Allah Taala mengucapkan salam kepada engkau dan Ia (Allah) berfirman: " Demi KemuliaanKu dan KehormatanKu, sesungguhnya Aku lebih kasihkan umat Muhammad daripada kijang itu kasihkan
anak- anaknya dan Aku akan kembalikan mereka kepada engkau sebagaimana kijang itu kembali kepada engkau." Alhamdulillah.. marilah memperbanyakkan bersukur dan berselawat kerana kita tergolong dalam umat Muhammad.

”Hai orang-orang yang beriman, masuklah ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu”

(surah Al-Baqarah ayat : 208)

Sunday, October 25, 2009

HUMOR NABI MUHAMMAD S.A.W

Pada suatu saat seorang perempuan tua menanyakan kepada Nabi apakah dia masuk syurga pada hari kiamat nanti. Nabi menjawab bahawa tidak ada seorang perempuan tua pun masuk syurga. Kemudian perempuan tua itu menangis tersedu-sedu. Nabi menjawab sambil tersenyum bahwa di Syurga tidak ada orang tua dan yang ada bahwa orang orang tua akan dikembalikan menjadi muda kembali. Mendengar jawaban itu , perempuan kembali tersenyum.

Beberapa sahabat Nabi dalam perjalanan dan berhenti di sebuah perkampungan Arab Gurun (badui). Orang orang arab gurun itu menolak menjamu mereka sehingga sahahat sahabat Nabi itu pergi ke suatu tempat. Belum jauh mereka berjalan, tiba tiba datang beberapa orang dari Badui meminta pertolongan mereka karena pemimpin suku mereka digigit ular atau kalajengking. Orang orang itu berusaha mengubatinya tidak berhasil sehingga meminta pertolongan dari sahabat sahabat Nabi itu. Salah seorang sahabat Nabi berkata "Demi Allah, aku mungkin bisa mengubatinya ,tapi demi Allah, kami telah menanyakan untuk dijamu dan kamu menolaknya. Aku tidak akan mengubati kepala sukumu sampai kamu menawarkan sesuatu pada kami". Orang orang badui itu akhirnya menawarkan sejumlah kambing dan sahabat Nabi itu pergi ke kepala suku itu dan membacakan Al-fatihah kepadanya.Seperti seekor onta baru saja lepas dari ikatan , kepala suku itupun bangkit dan berjalan tanpa merasakan kesakitan apapun.Kemudian orang orang badui itu memberikan sejumlah kambing yang telah dijanjikan. Beberapa sahabat lain berkata "bahagi-bahagikan kambing itu". Tetapi salah seorang sahabat berkata "tidak, tidak sampai kita berkonsultasi ke Nabi dan menunggu jawapan dari beliau". Pada saat kembali, mereka pergi ke Nabi dan menceritakan apa yang telah mereka alami. Nabi bertanya kepada sahabat yang telah menyembuhkan orang yang digigit binatang berbisa itu dengan membacakan Al-fatihah, "bagaimana engkau tahu tahu kalau itu bisa menyembuhkannya?". Kemudian sahabat itu menjawab,"Engkau telah mengerjakan hal seperti itu juga". Nabipun menjawab "kamu telah mengerjakannya dengan benar .Bagi-bagikan kambing itu dan jangan lupa bahagian ku juga". Kemudian Nabi tertawa atas kejadian itu.

Pada suatu saat Nabi dan Ali bin Abi Thalib (pada saat itu Ali masih kanak-kanak) makan kurma bersama-sama. Setiap kali makan sebiji kurma mereka menyisihkan di tempatnya masing masing. Beberapa saat kemudian Ali menyadari kalau dia memakan terlalu banyak kurma di mana biji-biji kurma itu lebih menumpuk kesisi Ali di banding di sisi Nabi. Maka Ali pun diam diam memindahkankan biji-biji kurma itu ke sisi Nabi. Lantas Ali berkata "ya Nabi, engkau memakan kurma lebih banyak daripada aku, lihatlah biji biji kurma yang menumpuk di tempatmu .Nabi pun tertawa dan sambil bercanda menjawab "nah Ali, kamulah yang memakan lebih banyak kurma, kerana aku memakan kurma dan masih menyisakan biji-bijinya sedangkan engkau memakan kurma berikut biji-bijinya". (disarikan dari Sirah Nabi)

Friday, October 2, 2009

Cukup Sampai Disini...

Alhamdulillah… Exam dah abih.. Juz waiting for EPT n Muet je.. Akhirnya ter’update’ jugak blog nie.. Dah lama saya tak mjenguk blog nie.. Mlm nie Allah berikan kekuatan utk saya menulis.. Utk berkongsi sesuatu.. InsyaAllah…


Cukup sampai disini…. Terlalu mendalam ayat nie utk saya… Tak dpt saya luahkan dgn kata2 dah.. Bukan bermaksud saya berputus asa. Tidak sama sekali. Hanya perlu mengutamakan yg lagi penting.


Bila kita dah buat sesuatu keputusan. Kecik ke besar ke.. Tetap gak itu satu keputusan. Hanya betul or tak keputusan yg kita ambil tue kita takkan tahu. Ya… Kita takkan pernah tahu..


Kita akn asyik rasa terganggu akibat membuat satu keputusan yg sangat penting dlm hidup kita.. Sangat2 penting sebenarnya.. Bila kita sedar bahawa keputusan yg kita ambil tue adalah salah, kita akn kecewa. Sangat kecewa sebenarnya….

.

Kita akn mengambil masa yg lama utk muhasabah diri. List kan suma baik buruknya. Sehingga akhirnya.. kita terpaksa menarik semula keputusan kita. Amat menyakitkan.. Tapi kita perlu lakukan jugak demi mengutamakan sesuatu yg lagi pntg..


Apa yg boleh saya katakan… Allah itulah sebaik2 tmpt mengadu.. Bila hati kita bersedih, carilah DIA. DIA lah ubat hati yg paling mujarab sekali..


Sejauh mana kita pergi… Sejauh mana kita melangkah.. Jgn pernah berputus asa.. Kata2 nie saya tujukan buat suma terutama diri saya jugak.


Cukup sampai disini bukanlah kata2 sorg pengecut mahupun sorg yg bputus asa.. Tapi kata2 sorg insan yg tak mahu hatinya terluka di kemudian hari…


Cukup sampai disini….

Saturday, August 22, 2009

Nasib si Anak Perantau...

Alhamdulillah.. berjaya gak melalui hari puasa yg pertama.. saya yg plg semangat.. walaupun saya @#@#@#@... keh keh keh.. biarlah rahsia..

Saya malas nak cita sbenanya.. tapi nak cita gak! hehe.. hari nie saya, rusni n beberapa org adk sabah buka posa skali (anis, darni, mariam n fatimah).. kalo bahasa sabah tak panggil buka posa. kami panggil sungkai.. bila sungkai sama2 trasa beshnya.. smpai sbt2 psl sabah.. aduyai.. rindunya kampung halaman.. nie la nasib si anak perantau.. ceh... nak tangkap syahdu dah nie...

Yg tak le tahan bila cita2 sambil makan tue.. ada je adk2 nie wat lawak. terutama darni.. kami bandingkan makanan di semenanjung nie dgn sabah. lebih spesifiknya tawau.. sbb rata2 kami drp tawau..

Kalo disini.. kuih bulat warna hijau yg diselaputi kelapa dipanggil kuih melaka. kalo di tmpt kami, tawau.. kami panggil onde-onde. beza kan? kan? kan?? keh keh keh..

Yang paling tak tahan bila darni mula cita pasal pengalamannya beli kuih terang bulan. utk pengetahuan suma, disini terang bulan tue dipanggil apam (kalo tak silaplah..). darni punya konfiden je ckp kat penjual nak kuih terang bulan. manalah penjual tue nak paham.. bila darni tunjuk kuih yg mana satu, baru dia phm.. hahaha...

Bnyk lagi kitorg cita.. yg pntg.. bila berkumpul mcm nie menggamit memori bersungkai bersama family.. teringatla pulak ngan family... huwaaaaaaa.....!!!

Tapi kan... nak wat camana.. begitulah adat sbg anak perantau.. mesti kuat!!! nak tangkap syahdu dah nie... isk2..

Teringin nak makan masakan mami saya.. saya yakin dan pasti.. bukan saya sorg je rasa mcm tue. suma anak sabahan pun rasakan menda yg sama.. sabar ya suma...

Pada yg balik raya tue.. jgn dilupa kami yg tak balik nie.. isk2.. saya tak balik.. maknanya 2 kali beraya diperantauan.. yg balik tue.. jgn lupa beli amplang.. keh keh keh.. sempat lagi ya..

Baru posa sehari! dah ingt raya.. hisy! tak ble blah betul irma nie..

Bukan apa.. adat perantau.. masa skrg nie la alunan lagu raya akn berkumandang.. tak rasa syahdu lagi.. tunggula dua tiga hari lagi nak raya.. adalah yg menangis tak berlagu.. ceh! sapa tue?? irma ke?? no.. no.. no...

rindu hati ini.. ingin ku kembali... bla.. bla.. bla.. (lirik lagu)

stop dululah.. kang bnyk saya merapu.. kapla tak brapa betul skrg nie..

Friday, August 21, 2009

RAMADHAN TIUP SEMANGAT LAWAN MUSUH DALAMAN

PEMBUKAAN kota Makkah adalah antara peristiwa besar dalam sejarah Islam yang berlaku pada Ramadan. Peristiwa ini berlaku pada tahun ke-8 hijrah. Pembukaan kota Makkah dilihat sebagai kejayaan penting dalam peribadatan dan perkembangan syiar Islam kerana di sini terletak kiblat bagi orang Islam iaitu Kaabah


Sempena pembukaan kota ini, Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami sudah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata. Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah silapmu yang lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmat-Nya kepadamu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya).

“Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepenuh-penuhnya dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada tolok bandingnya).” (Surah al-Fath, ayat 1 hingga 3).

Peristiwa ini berlaku apabila Bani Bakr dalam naungan Quraish bertindak menyerang Bani Khuzaah dalam naungan Islam pimpinan Rasulullah.

Serangan Bani Bakr dibantu pihak kafir Quraish. Tindakan ini menimbulkan kemarahan orang Islam kerana dengan pertolongan itu, pihak Quraish melanggar perjanjian Hudaibiah yang dipersetujui mereka dengan pihak Islam. Lebih-lebih lagi, serangan itu menyebabkan berpuluh-puluh orang daripada Bani Khuzaah terbunuh. Menurut catatan sejarah, hampir 20 orang terbunuh dalam serangan itu.

Oleh kerana serangan itu dibantu pihak Quraish, maka Amru bin Salim bersama rakannya daripada Bani Khuzaah bergegas ke Madinah untuk memberitahu dan meminta bantuan daripada Rasulullah.

Apabila pihak Quraish mendengar permintaan Bani Khuzaah kepada Rasulullah, mereka begitu menyesal, lalu menghantar Abu Sufian bin Harb bertemu Baginda untuk merayu dan memohon maaf di atas tindakan mereka. Namun, Rasulullah dan sahabat tidak menghiraukannya. Dengan keputusan itu, beliau pulang dengan perasaan hampa dan kecewa ke Makkah.

Oleh kerana perjanjian Hudaibiah dilanggar pihak Quraish, maka Rasulullah menyiapkan Muslimin dengan jumlah mencecah hingga 10,000 orang berangkat ke Makkah. Keberangkatan Rasulullah dan sahabat ke Makkah dijangka oleh pihak Quraish.

Catatan sejarah menjelaskan bahawa sahabat dapat mematahkan cubaan Hatob untuk mengutuskan surat ke Makkah bagi memaklumkan keberangkatan Muslimin.

Apabila Hatob dihadapkan kepada Rasulullah, beliau menjelaskan bahawa tujuan mengutus surat ke Makkah melalui seorang wanita bertujuan memaklumkan kepada keluarganya mengenai keberangkatan Muslimin dan bukan berpaling tadah atau murtad.

Alasan ini diterima Rasulullah kerana beliau adalah salah seorang pejuang di medan Badar yang Allah menjanjikan keampunan.

Setiba Rasulullah di Makkah, orang Islam berjaya memasukinya tanpa tentangan sengit. Walaupun beberapa pertempuran berlaku, ia dapat dipatahkan oleh Khalid Ibn Walid dan sahabat lain.

Apabila Rasulullah memasuki kota itu, Baginda bertindak menghancurkan berhala di sekeliling Kaabah sebagai simbol berakhirnya penyembahan berhala di Makkah. Pihak Islam juga memberi layanan amat baik kepada orang Quraish.

Daripada peristiwa ini, dapat diperhatikan juga beberapa tindakan Rasulullah kepada orang kafir.

Pertama, ketika menandatangani perjanjian Hudaibiah, Rasulullah kuat dan Islam mantap, namun baginda dan pihak Islam tidak mencabuli perjanjian itu, malah menghormatinya. Tetapi, apabila perjanjian itu dicerobohi, maka Rasulullah akan mengambil tindakan terhadap yang melanggarnya.

Tindakan ini melihatkan Islam adalah agama yang menepati perjanjian. Tetapi, pada hari ini kita melihat kuffar menguasai dunia dan kekuatan mereka nyata dengan beberapa siri serangan ke atas negara Islam.

Kedua ialah tindakan Rasulullah memberi kemaafan kepada orang kafir Quraish ketika pembukaan Makkah. Ini adalah langkah tepat bagi menarik mereka kepada ajaran Islam, walaupun sebelum ini mereka menindas, menyeksa dan membunuh orang Islam.

Ini menunjukkan Islam menjaga keamanan sejagat dan tidak memperlakukan musuhnya kerana dendam. Segala tindakan berdasarkan kepada lunas yang digariskan syarak.

Daripada peristiwa ini, jelas bahawa Ramadan bukan bulan yang menyebabkan umat Islam lemah. Sebaliknya, ia bulan yang meniupkan semangat berjuang untuk melawan musuh sama ada berbentuk dalaman seperti memerangi nafsu atau musuh luaran untuk menghancurkan umat Islam melalui pelbagai teknik dan bentuk penghancuran.

Oleh itu, apabila umat Islam berjaya melawan nafsu, maka mereka akan berjaya melawan musuh yang sentiasa mengancam dari luar. Apabila umat Islam sentiasa memusuhi nafsu jahat, maka mereka akan sentiasa melawan musuh yang memadamkan cahaya Allah. Sebaliknya, jika umat Islam tidak mempunyai pertahanan diri kukuh dalam melawan nafsu jahat, maka kebanyakan mereka turut tumbang apabila berhadapan dengan serangan kufar. Inilah pentingnya tarbiah pada Ramadan yang mampu melahirkan umat yang bukan saja dapat menahan diri daripada godaan hawa nafsu, malah melatih diri untuk berhadapan dengan musuh di alam nyata.


p/s: mari kita bersama2 menambah amal ibadah dlm bulan yg mulia nie... melawan nafsu yg paling utama.. nafsu kuat tido.. mls g clas.. mengumpat etc.. bukan bermakna semangat nak buat suma tue masa ramadhan nie je.. kita cb istiqamah okek....????!

Wednesday, August 12, 2009

Surat Dariku utk Diriku..

Kini 19 tahun engkau hidup..
Terlalu banyak nikmat Allah utkmu..
Nikmat yg paling besar yakni nikmat iman dan islam
Nikmat yg tak dpt engkau dustakan..
Bukankah engkau perlu bersyukur???
Sudah tentu..
Bersyukur itu sudah pasti..

Nikmat apa lagi yg Allah berikan??
Terlalu banyak bukan??
Nikmatnya bersahabat.. Nikmatnya berukhuwwah..
Semua terasa nikmat bilamana disatukan dengan ikatan aqidah..
Engkau sudah hadam tentangnya bukan??
Adakah engkau masih mahu mendustakannya??

Apa lagi nikmat Allah?
Jgn tipu diri sendiri..
Sesungguhnya engkau tahu..
Hati yg berperasaan juga nikmat daripada Allah..
Mahu mendustakannya lagi??

Banyak lagi nikmat Allah..
Engkau hnya perlu merenung nikmat hati.. nikmat bersahabat.. dan nikmat berukhuwwah..
Kerana apa??
Kerana engkau hampir mendustakannya bukan??
Betapa ramai yg memujuk dan menasihati
Tp engkau tetap buat tak peduli..

Betapa nikmatnya hati yg berperasaan
Engkau nafikan dgn cb menukarkan hatimu mjadi hati yg beku!
Betapa nikmatnya bersahabat
Engkau cemari dgn perasaan emosionalmu!
Betapa nikmatnya berukhuwwah
Engkau kotori dgn sifat putus asamu!

Nikmat yg mana lagi engkau dustakan?!!

Perlukah hati yg tak bersalah itu engkau hukum?
Perlukah sahabatmu engkau pinggirkan?
Perlukah ukhuwwah itu terputus di tengah jalan?

Jawab dgn akal yg waras.. Bukan dgn nafsu yg sesat!

Engkau tak rasa ke yg engkau tue
Selalu menyusahkan sahabat2mu??
Adakah dgn mengasingkan diri mampu mengubah segalanya?
Adakah dgn berdiam diri dan menganggap tak pernah berlaku apa2 merupakan jln penyelesaiannya?

Jawab dgn akal yg waras!

Engkau tahu dirimu seorg yg optimis..
Takkan pernah mengalah wlu ditimpa badai yg mengganas
Tapi..
Kenapa ujian sekecik nie engkau dah rebah?
Bukankah sorg sahabatmu pernah berkata
Bahawa engkau akn mudah jatuh bila berhadapan dgn ujian yg lagi besar
Bilamana ujian sekecik nie pun tak mampu atasi..

Renungi dgn hati yg Allah anugerahkan..

Aku tahu..
Engkau masih mengharap..
Utk semuanya kembali seperti sediakala..
Aku tahu..
Engkau masih mencuba..
Wlupun hasilnya sngt menyakitkan..
Jgn diharap pd org itu
Tp, mengharaplah pdNy
Nescaya engkau takkan kecewa..

Wahai dirimu yg juga diriku
Engkau adalah aku..
Dan aku adalah engkau..
Jgn bebankan fikiranmu dgn semua nie..
Juga jgn engkau korbankan hatimu, sahabatmu dan ukhuwwah yg terbina ats ikatan aqidah..
Aku tahu betapa penting ketiga2 itu utkmu..
Krn aku juga merasa kepentingannya..
Bukankan diri kita sama??

Jgn juga engkau hampakan harapan sahabat2 mu..
Betapa mereka mengharap semua kembali kepada sediakala..
Jgn pula engkau berjanji kpd mereka..
Krn engkau sendiri tahu..
Betapa sukar dan mustahil semua itu..
Apa yg dapat engkau lakukan ialah..
Mengharap padaNy..

Jgn dustakan nikmat yg diberikan
Ujian itu juga satu nikmat..
Cari dan jadilah dirimu yg dahulu..
Jgn biarkan hatimu menguasai dirimu..
Tapi kuasailah hatimu..
Aku menasihatimu krn engkau adalah aku..
Aku menyayangimu krn kita adalah satu..

- dariku utk diriku-

H1N1 : Musibah yg Mengajak kita Bermuhasabah

Penularan H1N1 kini semakin meruncing.. Baru2 nie di campus saya sendiri 2 org telah dijangkiti virus tersebut. Mereka positif H1NI. Sorg bro n sorg sis. Sangat terkejut masa saya menerima berita tue. Saya cb meletakkan diri saya di tmpt mereka.. Ntah apa perasaan saya.. Yg pastinya saya sngt takut..

H1N1.. Adakah ini teguran drp Allah??? Buat kita manusia yg lalai lagi alpa.. Setiap penyakit itu ada ubatnya.. Tp mungkin sbb kita nie manusia yg berdosa, Allah tak temukan kita dgn penawarnya lagi.. Wallahu'alam..

Kdg2 saya terfikir.. Kalau saya dijangkiti penyakit tue n Allah panggil saya menghadapNya.. Cukupkah amalan saya?? Ramai yg tak sedar di sebalik musibah nie kita patut muhasabah. Selama kita hidup, cukup ke amalan kita?? Apa sumbangan kita utk Islam?? Adakah kita nie jenis yg tak peduli dgn masalah umat Islam yg len?? Kau, kau.. Aku, aku.. Itukah kita???

Saya tak mampu mengulas panjang ttg isu nie.. Hanya apa yg saya ble kata, anggp musibah nie sbg satu teguran drp Allah utk kita muhasabah semula diri kita nie. Diri kita yg penuh dosa dan noda yg takkan hilang tanpa mendapatkan keampunan dariNya..

"Musibah mengajak kita bermuhasabah"

Sunday, August 9, 2009

Hatiku yang rapuh..

Di keheningan malam

Aku bertafakur sejenak

Aku serahkan diriku padaMu

Mengenang kembali dosa dan noda yang menyelaputi diri yang hina


Aku menangis dalam ketakutan

Aku mengaku sebagai pejuang di jalanMu

Aku bersemangat melaungkan kalimahMu

Aku kata itu dan ini

Tapi…

Aku terlupa..

Aku lalai..

Aku alpa..


Layakkah aku bergelar pejuangMu?

Hatiku lemah

Hatiku rapuh

Aku sakit ya Allah..

Aku sakit menahan betapa sakitnya hati ini..

Seringkali aku berfikir utk mengasingkan diri..

Seringkali juga panahan syaitan menembusi hati rapuhku..

“tinggalkan semua shbt2mu!! Kau tak bernilai lagi di mata mereka!!”

Itulah kata2 sang syaitan..


Pernah sekali..

Aku menangis dlm kesakitan yg amat..

Sehinggakan aku kata aku benci sahabatku!

Sehinggakan aku ingin pergi meninggalkan mereka

Biarlah mereka berjuang tanpaku

Aku tak bernilai di mata mereka!


Sungguh rapuh hatiku..

Terpedaya dengan hasutan syaitan

Aku berjuang melawannya

Aku letih..

Aku bosan..

Melalui perjalanan penuh berliku..

Dimana kesudahannya?.



Kepada hatiku..

Mengapa engkau begitu rapuh??

Jika ingin berjuang

Perlukan hati yg kuat

Agar mampu mengharungi segala mehnah dan tribulasi

Mengapa engkau begitu rapuh??


Hatiku yang mati..

Aku berusaha menghidupkan engkau kembali

Aku letih bertarung denganmu

Aku takut aku kalah pada akhirnya

Engkau semakin rapuh dari hari ke hari..


“biarkan!! Jgn dikenang lagi!!”

Itulah bisikan hatiku..

Yang mana itulah modalku

utk melawan kata2 syaitan yg tak jemu bertamu

Tapi..

Aku seakan2 tak mampu bertahan lagi..

Aku benci hatiku!!

Aku benci!!!!


Hatiku yg rapuh..

Perlukah aku menguncimu??

Biarkan engkau tak mempunyai apa2 rasa??

Kejamkah aku bila aku ingin menjadikan engkau sbg hati yg tak punya

Mata utk melihat

Telinga utk mendengar

Kejamkah aku??


Aku ingin sekali menjadikan engkau tak berperasaan

Aku letih melayan karenahmu

Biarkan aku sendiri..

Jgn pernah engkau menggangguku lagi!!