Thursday, March 26, 2009

Respon Saya...

Assalamualaikum.. Sebentar tadi saya dikejutkan dengan tulisan sorang senior tentang ketidakpuasan hatinya terhadap agd intechss. Sebagai salah seorang menbod first year, saya nak mohon maaf bagi sume pihak committee. apa yang saya nak katakan disini, banyak halangan yang kami tempuhi semasa menjalankan gerak keja agd. saya sangat2 terkilan apabila kami budak2 committee, dilabelkan sebagai bodoh. Mungkin kami tak pandai sangat dalam organize agd nie tapi kami bukan bodoh. Kami baru belajar. Takkanlah budak yang tak lancar baca ABC kita katakan bodoh? Bukankah mereka baru belajar.. Samalah seperti kami. Banyak lagi yang perlu diperbaiki dan dipelajari. Apepun, saya mengakui kesilapan kami. Dan kami akan cuba perbaiki. Satu lagi, ict takkan dipandang hina or dipandang rendah hanya kerana agd yang tak berjaya. dipandang hina itu apabila kita melakukan perkara yang melanggar hukum syarak. mengeluarkan kata2 kesat dan sebagainya. Terpulang kepada anda untuk menilainya. Oh ya! Kepada sume committee tahniah kerana wat keja yang terbaik! Saya sangat menghargai kesudian anda sume untuk menjadi aktivis intechss.... Apa yang kurang sama2 kita perbaiki ye.. Moga kita bekerjasama lagi selepas nie..

Couple... Oh.. Couple..

Sejak zaman berzaman saya kira isu ini sudah lapuk kedengaran. Namun saya berasa terpanggil untuk menulis tentangnya. “COUPLE”.. Hmm.. Sesiapa yang terlibat dengannya sudah pasti lebih memahami tentangnya. Cuti yang agak membosankan membuatkan keadaan saya semakin parah disini. Tak tahu apa yang perlu dilakukan. Ditambah pula terpaksa berhadapan dengan karenah mereka yang terlibat dalam isu ini. Terus terang saya katakan. Saya nie jenis orang yang suka memerhati. Daripada pemerhatian baru langkah diatur. Dan apa yang berlaku disini, saya memerhati dan telah pun mengatur langkah. Alhamdulillah.. mendapat respon yang positif. Namun, sungguh menyedihkan.. rupa-rupanya respon positif yang diberikan sekadar lakonan semata2. Agar dapat menyelamatkan diri. Sebabnya?? Takut diketahui terlibat dalam isu ini lalu berpura2 membencinya. Sangat menyedihkan..

Kadang2 saya tertanya2. adakah bercinta ataupun bahasa remaja sekarang ber’couple’ sudah menjadi perkara biasa pada kita?? Ia seakan2 sudah sebati menjadi darah daging kita. Apabila melihat seorang lelaki ataupun perempuan yang taat beribadah, taat pada ibu bapa, melibatkan diri dalam kegiatan dakwah, dsbnya sudah tentu membuatkan kita berasa senang bukan? Sejuk mata memandang… Tapi, tanpa kita ketahui ada dalam kalangan orang2 seperti ini rupa2nya hanyut dalam mainan perasaan mereka juga!! Dan mungkin lagi tepat saya katakan, hanyut dibuai bisikan syaitan! Jikalau orang seperti ini terlibat dalam isu couple, apatah lagi mereka2 diluar sana yang beragama Islam tapi hidupnya tak seperti orang Islam??

Suka saya menceritakan pengalaman saya. Bagaimana mula terbitnya kebencian saya terhadap budaya couple nie. Masa tue saya form1. Memasuki alam sekolah menengah membuatkan saya teruja. Banyak benda baru yang saya pelajari. Dipendekkan cerita, satu hari tue masa saya berjalan pulang dari sekolah bersama kakak angkat saya, kakak saya tue pun ‘mengusulkan’ satu perkara. Dia kata ada budak form5 nak couple dengan saya. Saya pun tercengang.. Takde angin takde ribut tiba2 perkara nie muncul. Pastu saya pun cakap tak naklah. Tak minat benda2 nie. Akak saya ‘kesayangan’ saya ‘masa tue’ pun mengusulkan sekali lagi. Dia kata,”camana kalo couple sehari je?? Juz sehari je. Tolonglah dia..Tolonglah.. sehari je..”(sampai merayu..ish3x..tak baik buat saya menyampah..:) Dengan penuh meluat saya pun cakap,”kalo orang tak nak janganlah paksa2!!” Hmm.. Nak tahu apa yang jadi?? Bila lelaki tue tahu saya tolak, dia tumbuk lantai simen sampai tangan bengkak. Saya tak tahu camana nak gambarkan betapa meluat dan bencinya saya masa tue.. Start dari peristiwa tue saya dah tak berapa nak rapat dengan akak ‘kesayangan’ saya tue. Orang kalau dah mabuk kepayang macam tue ke?? Macam orang hilang akal ye? Kalau nak tumbuk pun, carilah benda yang sesuai.. tumbuk bantal ke, rumput ke, apa2 je la.. Hmm.. Tak pun, tumbuk muka sendiri! Aik? Tue lagi teruk.. Eh takpe.. Bagi pengajaran pada diri sket.. Jangan marahhh….!

Selesai cerita saya.. Saya malas nak cerita pengalaman tue, tapi saya rasa patut dikongsikan pada anda semua. Untuk menunjukkan betapa bahaya budaya couple! Cuba bayangkan, form1 tue masih umur budak2 lagi. Masih berkejar-kejaran dengan kawan, orang usik terus nangis, dan macam2 lagi dah diajak bercouple?? Apa dah jadi dengan umat Islam sekarang… Kawan saya pula pernah berkata,”kita perempuan nie tak boleh jual mahal.. kalo dah ada yang suka, terima je. Bukannya terus kahwin.. couple je..” Saya pun tercengang…Hahhhh???? Apa dah jadi??? Wahai mawar berduri ataupun yang dah patah durinya, setujukah anda dengan kata2 ‘bekas’ kawan rapat saya nie?? Mesti tak setujukan? Seteruk manapun cara hidup seorang gadis itu, pasti dia tak nak dikata jual murah. Walaupun sebenarnya dia sedang meletakkan dirinya pada harga yang murah ataupun pada harga yang ‘sangat2’ murah...


Duhai sekalian mawar.. Dirimu sangat berharga. Jangan engkau biarkan tangan2 kasar memetikmu sesuka hati. Lindungi dirimu dengan duri yang ada padamu. Kerana apabila engkau membiarkan si tangan2 kasar memetikmu pada pada waktu yang bukan sepatutnya, sudah pasti satu masa nanti, engkau akan dibuang oleh si tangan kasar kerana kelayuanmu.. engkau bukan lagi mawar yang berduri yang mekar mewangi di taman larangan. Tapi kini engkau adalah mawar yang patah durinya yang sedang kelayuan.. Dan tempatmu bukan lagi di taman larangan. Tapi di tepi2 jalan, di tong sampah, dipijak2 sehingga hancur. Sebagaimana hancurnya mawar itu, begitulah juga hancurnya maruahmu sebagai seorang wanita yang dahulunya sangat berharga..
p/s: Kata2 diatas saya tujukan khas buat mawar sekalian. Saya sayangkan mawar2 sekalian sebagaimana saya sayangkan diri saya. Kerana saya juga sekuntum mawar seperti anda.. :)

Saya tak pandai nak bermadah dengan Mr.Kumbang@si tangan kasar. Apa yang boleh saya katakan, bantulah kuntuman mawar ini dengan tidak memetiknya. Janganlah pernah untuk mencuba memasuki taman larangan. Sekiranya kedua2 pihak memainkan peranan pasti budaya couple dah lama berkubur.

Melihat pada senario masa kini, agak sukar untuk ‘mencuci’ minda dan hati umat Islam kerana sudah terlalu kemaruk dengan cinta yang berpanjangan. Halal dan haram dah tak diambil kira. Pegang sana, pegang sini.. Saya peliklah.. Bagaimana begitu mudah wanita Islam masa kini diperlakukan sebegitu rupa?? Dimana harga diri anda?? Ingatlah bahawa anda sangat istimewa. Bukannya saya hendak menyalahkan kaum hawa sahaja. Tak.. jangan salah faham wahai wanita sekalian.. Sememangnya kaum adam pun bersalah. Tetapi jikalau kita kaji sedalam2nya, bukankah semua ini berpunca daripada wanita? Saya juga wanita seperti anda tetapi saya berani untuk mengakui hakikat ini (wanita ke?? Macam tua sangat. Anak gadis lagi sedap didengar. Rasa muda sket..hehe..:) Jikalau wanita tak menyambut huluran salam lelaki, mungkinkah budaya ini berlanjutan?? Jikalau takde wanita yang begitu berani meluah perasaan mungkinkah ia terjadi?? Saya rasa anda tak memerlukan masa yang lama untuk menjawab soalan saya.

Berbalik kepada soal halal dan haram. Saya tak berani nak menghukum bercouple ni haram. Jauh sekali halal. Terlalu banyak pendapat yang saya dengar. Pergi ceramah ust tue, dia kata haram.. Pergi ceramah ust nie, dia kata tak haram. Nak tahu pandangan saya?? Mengikut pandangan saya yang kurang ilmu nie, bagi saya couple lebih kepada haram. Kerana apa?? Saya nak mengajak anda berfikir. Menurut seorang ust nie, kita tak boleh mengatakan orang bercouple itu haram kerana ada yang mampu menjaga batas2 sebaik mungkin. Ini adalah kayu ukur mengatakan couple tak boleh dikatakan haram. Kayu ukur saya pula, apabila ada seorang yang bercouple menyalahi syariat walaupun seluruh dunia mematuhinya, bukankah tetap jatuh hukum haram kepada yang seorang itu? Cukuplah sekadar seorang yang yang tak mematuhi sudah membuktikan ia haram. Seorang sahaja cukup untuk menjadi kayu ukur. Namun begitu, terpulang kepada anda semua. Saya lebih suka mengambil pendapat yang lagi keras. Untuk menyelamatkan diri. Jangan salahkan saya. Saya memang dah terdidik untuk melebihkan budaya bercouple nie kepada haram. Terpulang kepada anda hendak mengambil pendapat yang mana satu. Janganlah kerana anda bercouple, terus sahaja anda menyokong couple itu tak haram. Hanya kerana anda juga bercouple.. Mahu menyelamatkan dirilah katakan ye…?

Dan janganlah kamu mendekati zina.. ” Bukankah peringatan ini sudah terlalu jelas?? Dan saya fikir sudah ramai yang mengetahui kewujudan ayat ini dalam Al Quran namun terus menerus tak mengendahkannya. Couple itu satu cara merintis jalan menuju zina. Syaitan tak kan pernah berputus asa.. Sampai bila orang2 yang bercouple ini mampu membatasi perhubungan mereka dengan syariatNya?? Satu hari pasti akan kecundang jua.. kita belum cerita lagi dosa, pahala.. syurga, neraka.. saya tak berani menyentuh tentang semua tue. Cukuplah saya dan anda semua fikirkannya sendiri.

Teringat saya kepada peristiwa semasa form5. semasa sekolah saya merupakan seorang PRS. Form5 tue saya bertindak sebagai s/u PRS. Saya nie agak garang.. Mungkin sangat garang sebenarnya. Adik2 pun ramai yang takut. Jumpa je dengan saya terus mereka jadi budak baik. Belakang saya wallahua’lam.. Satu hari tue, seorang hamba Allah nie mengadu kat saya bahawa ada dalam kalangan adik PRS nie yang bercouple. Hamba Allah tue minta pertolongan saya untuk menasihati adik tue. Adik tue setahun lebih muda daripada saya. Form4 lah senang cerita. Saya pun mengucapkan syukur dalam hati sebab hamba Allah nie ambil serius pasal perkara nie. Tetapi, di hari yang lain saya dapat tahu daripada seorang akak lower6 bahawa hamba Allah tue sebenarnya turut bercouple dengan seseorang. Betapa hancurnya hati saya masa tue. Saya lari ke tandas dan mengurung diri buat seketika. Saya sangat2 kecewa. Pandai hamba Allah tue berlakon di hadapan saya.. Dia mengatakan sesuatu yang tak di lakukannya. Wahai orang2 yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan. Sangatlah dibenci disisi Allah apabila kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan” (Surah Ash Shaff : Ayat 2-3). Sesungguhnya Allah telah memberi peringatan yang cukup keras kepada kita. Tapi yang peliknya ramai umat Islam buta dalam celik, gelap dalam terang. Dah tahu tapi buat2 tak tahu. Tak cukup dengan tue siap berlakon konon2 baik pula. Semoga kisah nie mampu menjadi pengajaran buat kita semua..

Saya rasa isu nie dah basi kedengaran. Tapi saya akan terus membicarakan tentangnya. Untuk memberi kesedaran kepada semua umat Islam. Amar makruf nahi mungkar itu tanggungjawab yang wajib dilaksanakan oleh setiap yang bergelar muslim.
Dan hendaklah ada di antara kamu, satu golongan yang mengajak (manusia) kepada kebaikan, menyuruh kepada yang ma’ruf, melarang dari kejahatan dan merekalah orang-orang yang beuntung” (Surah Ali-’Imran : Ayat 104)
Mungkin dengan tulisan saya nie akan ada hati seseorang yang terdetik untuk berubah.. InsyaAllah..

Oleh itu, saya nak mengajak anda semua untuk turut menyampaikan peringatan kepada sesiapa sahaja. Kepada blogger2 manfaatkan ruangan di dalam blog anda untuk isu seperti ini. Seperti yang saya katakan tadi isu ini dah basi kedengaran. Namun jangan pernah terfikir untuk berhenti meneruskan peringatan sebagaimana mereka2 tak pernah berhenti untuk meneruskan budaya couple ini.

“Kamu adalah sebaik-baik ummat yang dilahirkan untuk (kemaslahatan) manusia, kamu MENYURUH (mengajak) harus kepada yang ma’ruf (kebaikan) dan kamu MENCEGAH dari kemungkaran serta kamu BERIMAN dengan Allah” (Surah Ali-’Imran: Ayat 110)

Tuesday, March 24, 2009

3 Lapis Pakaian..

3 lapis pakaian

bukan dipakai ketika musim sejuk..

bukan..

bukan..

bukan..

3 lapis pakaian

satu untuk menutup aurat..

satu untuk berhias..

satu untuk taqwa..

ada orang hanya pakai selapis pakaian

ada orang pakai dua lapis

ada orang pakai hingga tiga lapis

p/s: surah Al-A'raf : ayat 27

(menurut Tafsir al-Azhar Prof. Hamka hendaklah kamu sentiasa berpakaian lengkap iaitu dengan mengenakan ketiga-tiga pakaian kerana jika hanya memakai 2 lapis pakaian sekadar menutup aurat dan berhias maka syaitanlah yang akan menyelinap masuk tetapi apabila mengenakan pakaian taqwa iaitu pakaian ketiga ia adalah pakaian sejati)

I’M SO LONELY!

Waktu engkau kanak2, kau laksana kawanku sejati
Dengan wudu' aku disentuh dalam keadaan suci
Aku dipegang, dijunjung, di atas rehal aku dipelajari
Aku dibaca dengan kuat atau perlahan setiap hari.
Sekarang engkau dewasa...kau tak berminat lagi...

Apakah aku...hanya untuk kanak2 yang belajar mengaji ?
Sekarang aku disimpan hanya sebagai perhiasan
Atau....dibuat tangkal untuk menakutkan hantu syaitan
Aku tersingkir, dibiarkan kesendirian dalam kesepian
Di atas almari, di dalam laci, aku dipendamkan.

Dulu...pagi2...surah2ku engkau baca beberapa halaman
Sekarang...sambil minum kopi...engkau baca Berita Harian
Masa lapang..engkau membaca sastera karangan manusia
Sedangkan ayat2ku datang dari Tuhanmu Yang Maha Perkasa.

Waktu malam engkau nongkrong di depan TV
Menonton pertandingan bola dan lakonan TV Three
Di depan komputer berjam-jam engkau duduk
Masa berlalu...aku menjadi buruk dalam gerobok

Mengumpul debu diselaput abuk.
Apakah suratkabar, TV, computer, dapat memberimu hikmat
Bila engkau di kubur kesendirian menunggu kiamat
Engkau didatangi pemeriksaan oleh para malaikat

Hanya dengan ayat2 Tuhanku engkau dapat terselamat.
Sekarang engkau begitu leka membuang peluang...
Setiap saat berlalu...kuranglah baki umurmu...dan kubur sentiasa menunggu
Engkau bisa kembali kepada Tuhanmu bila-bila waktu
Apabila malaikat maut mengetuk pintu.
Kalau aku dibaca selalu dan dihayati...Di kubur nanti....
Aku datang sebagai pemuda tampan membantu engkau membela diri

Peganglah aku lagi . .. bacalah aku setiap hari. Kerana ayat2ku adalah dari Tuhan Yang Maha Mengetahui, Yang disampaikan oleh Jibril kepada Nabi. Keluarkanlah aku dari almari...sentuhilah aku lagi...

Jangan aku dibiarkan sendiri...."I'm so very lonely "!

Aku Penyair Yang Berduka..

Jiwa yang kelam
Melakar sebuah episod luka
Mengukir kaca derita
Aku penyair yang berduka…

Kemana pergi tawa gembira
Kemana pergi tingkah yang lincah
Kemana pergi hati yang berbunga ria
Aku penyair yang berduka….

Jasadku kaku
Hatiku dilanda rindu
Diburu dendam yang tiada kesudahan
Fikiranku umpama sebuah lautan yang tidak berpenghuni
Akalku yang sering memutar helah tersentak
Akukah penyair itu???

Kau menatapku seakan aku tidak mengenalimu
Kau menghulur sebuah senyuman dan aku membalasnya
Namun, kau masih belum mengerti akan diriku
Tiada siapa yang tahu
Aku seorang penyair yang berduka…

Biarpun ribut taufan datang melanda
Biarpun aku jatuh kedalam gaung derita
Biarpun tiada siapa yang menghulur mengikat tali
Aku akan tetap berdiri
Walau aku penyair berduka
Tundukku tidak sekali….


Singkatnya Hidup Ini..

Baru sebentar tadi saya menonton satu filem yang sangat menarik. Bertajuk ‘Alien vs Predarator’. Sangat menarik. Cerita nie mengisahkan tentang manusia di sebuah pekan yang terpaksa menentang Alien yang tak diketahui dari mana dan bila datangnya. Banyak babak yang dilakonkan pada waktu malam. Hampir 90% pada waktu malam. Saya menonton seorang diri. Pada asalnya saya ditemani oleh abang saya. Tapi akhirnya abang saya surrender dan masuk tidur. Tinggallah saya seorang diri.

Menonton seorang diri agak menakutkan. Ditambah pula filem yang agak seram. Tapi disebabkan ianya dah menjadi tabiat masa sekolah dulu membuatkan saya tak berasa takut. Kalau ada rasa takut pun, takdelah sampai membuatkan saya surrender. Filem ini mengingatkan saya kepada satu ungkapan yang pernah disebutkan oleh ustazah saya, “hidup nie hanya sementara. Oleh itu perbanyakkanlah amal ibadah.” Kenapa saya menyentuh tentang filem nie pula? Sebenarnya saya nak kaitkan jalan cerita filem ini kehidupan yang sedang kita lalui.

Dalam filem tue saya melihat bagaimana dasyatnya Alien itu membunuh manusia. Tapi yang peliknya Alien tue berfikir seakan2 manusia berfikir. Tahu bagaimana menggunakan machine gun dsbnya. Alien zaman moden kot :) Berbalik kepada cerita tadi, saya sangat takut melihat begitu mudahnya manusia mati. Mati meninggalkan dunia yang sementara ini. Lantas saya pun berfikir. Jikalau saya berada di tempat mereka, apa yang akan saya lakukan?? Adakah saya akan menyelamatkan diri ataupun sanggup berkorban demi menyelamatkan family saya?? Sudah tentulah saya akan bertindak menyelamatkan family saya dahulu. Tapi, sudah tentu juga saya akan terbunuh. ‘terbunuh’ bermaksud saya akan meninggalkan dunia yang sementara ini untuk selama-lamanya. Selama-lamanya….

Cukupkah amalan saya?? Cukupkah dengan sekadar memelihara solat, mengaji setiap hari, melibatkan diri dengan gerak kerja dakwah dsbnya untuk membantu saya berhadapan dengan malaikat Munkar dan Nakir?? Badan saya menggigil bila memikirkan perkara itu.. Sebagaimana gerunnya kita mengingati mati, lebih gerun lagi apabila mati dalam keadaan yang tak bersedia. Maksudnya disini kita mati dalam keadaan yang tak cukup amalan. Solat pun kadang2, mengaji jauh sekali. Sekali dalam bulan Ramadhan pun payah. Apatah lagi melibatkan diri dalam gerak kerja dakwah.. Bagaimana kita mahu menjawab soalan Munkar dan Nakir nanti??

Hidup manusia ini terlalu singkat. Rasulullah yang tercinta pun hidup tak melebihi 70 tahun. Cuba anda fikirkan, berapa lamakah lagi anda akan hidup? Sempatkah untuk melihat sinaran matahari esok hari? Ataupun di saat anda sedang menbaca tulisan saya ini malaikat Izrail datang menjemput anda? Hidup kita nie terlalu singkat. Tapi kita tak pernah mahu mengajak diri kita untuk mengingati mati. Bukankah Junjungan kita yang tercinta pernah berkata,”orang yang bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati”. Tidakkah saya, anda dan kita semua mahu tergolong dalam kalangan orang yang bijak??? Tepuk dada tanya iman.

Mengimbas kembali ketika zaman persekolahan saya seakan2 membiarkan sembilu merobek2 hati. Banyak perkara yang berlaku mendewasakan saya. Disitulah saya diuji dengan ujian yang sangat tidak tertanggung bebannya. “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” Menghayati kata2 Allah ini, semangat saya kembali. Dan saya katakan dalam diri,”aku tak mahu menemui Tuhanku dalam keadaan jahil. Mati itu pasti. Dan aku harus bersedia untuk itu.”. Disebabkan itulah saya masih mampu berdiri teguh sehingga kini. Saya tak nak kehidupan yang singkat ini disia-siakan. Saya tak nak larut dalam tangisan yang berpanjangan. Untuk menjadi seorang muslimah yang unggul mestilah kuat bukan? Kuat dalam erti kata mampu menghadapi segala ujian yang Allah timpakan. Mampu tersenyum dalam kesakitan. Itulah definisi yang saya faham tentang bagaimana kuatnya seorang muslimah itu. Hidup yang singkat jangan dibazirkan dengan air mata.. Walau apapun dugaan yang datang menimpa, hidup perlu diteruskan! Peace NO War!! :)

Saya pernah bertanya kepada seorang kawan rapat saya, “apa yang ko rasa bila ko mati, ko dimasukkan ke dalam liang lahad. Ko sorang2 je?” Nak tahu apa jawapan kawan saya?? Jawabnya,”tak payahlah ko tanya soalan yang sebarangan.. buat aku takut je!” situasi ini sering berlaku. Kenapa rasa takut bila bercerita soal kematian? Kenapa tak rasa takut bila bercerita soal kekasih? Siap bergelak ketawa menceritakan pengalaman mengalami first date bersama teman lelaki ataupun teman perempuan. Soal itu kita tak takut pula…?? Dunia dan manusia semakin berubah. Hidup kita nie singkat sahaja…

Kita lahir ke dunia disambut dengan kegembiraan ibu, ayah, adik beradik dan sanak saudara. Kita mula belajar bertatih. Belajar menyebut ABC. Mengaji muqaddam. Kemudian kita masuk tadika. Guru kita mengajar kita menyanyi. Satu2 saya sayang Allah, dua2 saya sayang Rasulullah dan seterusnya.. Selepas tadika kita pun masuk darjah. Berlari berkejar-kejaran bersama teman. Bermain masak-masak bagi yang perempuan dan perang-perang bagi yang lelaki. Seterusnya melangkah masuk ke alam baru. Sekolah menengah. Disinilah pembentukan diri kita yang sebenarnya. Sekiranya betul asuhan yang diberikan, betullah kita. Sekiranya kurang asuhan dan perhatian daripada ibu bapa, liarlah kita.

Saya bukan hendak menyalahkan ibu bapa. Tidak sama sekali. Tapi, bukankah ibu bapa juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan anak-anak semakin rosak? Ibu bapa harus mengasuh dengan cara yang digariskan oleh Islam. Barulah mampu melahirkan generasi yang soleh dan solehah. Tetapi, anak-anak juga punya peranan yang penting. Walaupun tidak diasuh dengan baik, ataupun lahir dalam keluarga yang berpecah belah, anak-anak seharusnya pandai mendidik diri sendiri. Jangan beri alasan tak boleh. Kenapa ada yang mampu melakukannya??

Terlalu jauh saya berhujah. Kembali kepada proses perjalanan hidup manusia tadi. Setelah menamatkan persekolahan, kita akan melangkah ke satu persekitaraan yang baru yang dipanggil alam universiti. Belajar lagi selama beberapa tahun. Di tempat inilah dugaan semakin bertambah banyaknya. Apatah lagi orang seperti saya. Perantaulah katakan.. Teringat kepada adik saya yang juga merupakan kembar saya. Dia mengambil jurusan undang2 di UITM, Shah Alam. Dan saya selalu risau akan keadaannya disana. Namun alhamdulillah adik saya itu mampu menjaga diri dengan baik. Berbalik kepada proses tadi. Pejam celik, pejam celik kita dah graduate. Kita pun berkerja. Selepas itu berkahwin dan mempunyai anak. Yang terakhir sekali, meniti usia tua dan kemudian menemui ajal.

Begitulah perjalanan hidup yang selalu kita fikir-fikirkan. Kita sogok minda kita dengan pemikiran itu. Saya nak mengajak anda semua untuk meninggalkan pemikiran seperti itu. Apa jaminan yang anda boleh berikan dengan mengatakan anda akan sempat graduate daripada universiti, berkahwin dan mempunyai anak? Tak semua orang bertuah seperti itu. Ramai sahaja yang mati di usia yang muda. Di Tawau yang merupakan tanah kelahiran saya mencatatkan kisah pilu apabila seorang wanita maut dalam kemalangan. Padahal wanita itu baru sahaja bertunang dengan jejaka pilihan selama sehari. Sehari sahaja.. perkahwinan yang diimpikan musnah begitu sahaja. Hidup kita nie sangat singkat. Perbanyakkanlah mengingati kematian. Walaupun menyakitkan dan menggerunkan, tetapi tidaklah sesakit azab kubur dan tidaklah segerun menantikan soalan daripada Munkar dan Nakir. Kematian itu pasti. “Setiap yang hidup pasti akan merasai mati..” Sesungguhnya hidup ini terlalu singkat.. Terlalu singkat…
Renung-renungkan dan fikir-fikirkan..




Astaghfirullahalazim..

Astaghfirullahalazim.. Astaghfirullahalazim.. Astaghfirullahalazim.. Dunia semakin berubah. Tetiba minda saya diasak dengan pelbagai pertanyaan. Lantas memaksa jari jemari pinjaman Allah ini untuk menari-nari di hadapan laptop pemberian abang. Biar apa yang menghantui minda saya ini dikongsi bersama sahabat2 di luar sana. Baru sebentar tadi berlangsungnya konsert Akademi Fantasia ataupun lebih kita kenali sebagai AF dengan menyaksikan tersingkirnya Adilah. Tipulah kalau saya kata saya tak menonton AF. Setiap malam pasti diari AF yang menjadi pilihan. Jangan salah faham.. Menonton AF tak bermakna saya menyokong mereka. Saya suka memerhati. Bila melihat AF membuatkan saya sedar bahawa di luar sana kehidupan saudara seISLAM saya semakin meniru kehidupan di Barat. Halal dan haram tak diambil kira.

Apa yang membuatkan saya sedih sangat apabila pengacara diari AF, Sarimah Ibrahim mengwar-warkan konsert yang akan diadakan. Siap kata tiket murah lagi. Astaghfirullahalazim.. Astaghfirullahalazim.. Astaghfirullahalazim.. Sememangnya dunia semakin berubah.. Kadang2 saya nak boikot saluran tv yang menyiarkan program realiti AF dan yang sewaktu dengannya. Tapi, saya berdepan dengan family saya yang tak berapa faham. Jadi, saya ambil keputusan untuk melihat sama bersama mereka. Setiap kali menonton bersama, setiap kali itu jugalah mulut saya nie tak berhenti mengkritik. Dengan harapan apa yang saya katakan itu masuk dalam minda dan hati family saya. Mungkin ada yang tak bersetuju dengan cara saya. Terpulang.. Masing2 ada cara yang tersendiri bukan? Itulah usaha yang dapat saya lakukan. Sebenarnya semua yang bergelar muslim patut melakukan perkara yang sama. Terpulang dengan cara apa sekalipun. Sebagaimana yang saya katakana tadi, masing2 punya cara yang tersendiri. Yang penting amar makruf nahi mungkar itu tetap berjalan. Kadang2 juga minda saya ini terlalu aktif berfikir. Bagaimana jika kita wujudkan Akademi Alquran untuk menggantikan AF??? Adakah penyertaan dari seluruh Malaysia akan sama banyaknya seperti penyertaan AF?? Saya rasa tak. Kalau adapun, tentulah bilangannya sedikit jika dibandingkan dengan AF. Ini pendapat saya. Maaflah kalau ada yang tak bersetuju.

Apa yang lagi membuatkan saya tak faham apabila kredit telefon sanggup dibazirkan untuk mengundi. Dengan alasan, peserta itu adalah kawan mereka, satu negeri, comel, cantik, berbakat dsbnya. Tak faham langsung!!! Cuba duit untuk membeli kredit itu kita sedekahkan kepada yang memerlukan bukankah lebih baik? Pahala dapat, jiwa pun tenang.

Selalu saya mendengarkan ayat ini,”alah.. bukannya selalu gak. Kita sokong je.takde masalah. Yang penting bukan kita yang wat.” Saya bagi analogi. Bukankah pengilang, pengedar, penjual dan pembeli arak turut mendapat ‘saham’ yakni dosa yang sama?? Tidaklah berani untuk saya katakan bahawa penyokong2 rancangan sebegini turut mendapat dosa. Saya tak berani. Mungkin anda boleh bertanya kepada yang lebih pakar yakni ustaz dan ustazah. Saya hanya memberikan analogi. Saya kira cukuplah analogi ini membuatkan kita semua berfikir dan ianya kekal sebagai satu peringatan yang hakiki.

Sebagaimana analogi yang saya berikan tadi, sebenarnya sudah boleh membuatkan kita berfikir demi kemaslahatan diri. Adakah aku turut sama berdosa apabila aku menyokong mereka?? Aku tak buat.. Aku dapat ‘saham’ jugak ke?? Tepuk dada tanya iman. Takpun, tanya yang pakar :)

Oh ya.. Saya hampir terlupa untuk menjelaskan sesuatu. Maafkan saya.. Mungkin ada yang hairan mengapa saya asyik menyebut-nyebut dosa. Satu perkataan yang agak menakutkan lagi mengerikan. Sekiranya anda amati kembali, dalam program realiti tv sebegitu(saya tak memfokuskan pada AF semata. Yang sewaktu dengannya) bukankah berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan?? Pada saya mungkin tidak menjadi masalah sekiranya program itu disertai oleh kaum Adam sahaja. Bebas daripada panahan kaum Hawa. Namun sebaliknya yang berlaku. Jadi, saya kira anda semua faham dan sedar bagaimana dengan mudahnya kita mendapat ‘saham’ itu. Program realiti tv seperti ini memberi impak yang besar terutamanya kepada kanak2. Bagaimana kita hendak membina kekuatan daripada kanak2 kecil itu sedangkan kita menyajikan tayangan sebegitu rupa??

Bukan program realiti tv saja yang memberi impak besar. Kita ambil satu contoh rancangan tv yang dikenali bebagai Tom Tom Bak. Pada awalnya saya meminati rancangan ini. Namun, saya dikejutkan dengan satu episod yang membuatkan saya naik marah dan hampir menangis. Suatu hari tue saya sedang menonton tv bersama family saya di puchong (cfs cuti beberapa hari. Cuti sempena apa saya lupa). Tengah bergelak ketawa tiba2 pengacara no 1 negara itu mempersilakan seorang budak perempuan yang comel untuk menari. Andaian pertama yang saya buat ialah budak itu akan berasa malu2. Bukankah rakyat di Malaysia ini pemalu dan berbudi bahasa?? Namun, andaian saya meleset sama sekali. Dengan penuh yakin si adik comel kita menari. Tahu menari apa?? Gelek sana, gelek sini. Malu untuk saya katakana disini. Tetapi tarian itu menunjukkan betapa ghairahnya si adik comel itu menari. Astaghfirullahalazim.. Saya terkesima. Lantas tanpa membuang masa, saya meluru masuk ke dalam bilik. Saya ingin menangis. Tapi disebabkan rasa marah saya yang melebihi kesedihan saya, air mata tertahan jua.

Saya tak marah kepada si adik comel kita. Saya marah kepada ibu bapa adik kita. Kalau beginilah asuhan mereka untuk si adik, bagaimana bila adik kita itu meningkat dewasa?? Terjagakah pergaulannya? Terjagakah auratnya? Astaghfirullahalazim.. Tak patut saya berfikiran sebegitu rupa. Semoga adik comel kita itu sentiasa mendapat perlindungan daripadaNya..

Ayyuhal muslimin dan muslimat!!! Bangkitlah daripada tidur yang lena.. Sesungguhnya kita tak diserang secara zahir. Tapi kita diserang dan dijajah melalui minda. Betapa suka dan gembiranya kaum kuffar melihat kehancuran Islam, melihat umat Islam yang tak patuh kepada perintah Allah, melihat umat Islam yang berpecah belah.. Dimana peranan kita?? Sebagai seorang yang bergelar mahasiswa, kita punya kuasa. Kita punya suara mahasiswa! Suara yang dahulunya digeruni. Kita punya kekuatan! Mantapkan diri kita dengan ilmu pengetahuan. Ilmu dunia dan ilmu akhirat. Bila panjang umur dan murah rezeki, berkesempatan untuk mendirikan masjid, didiklah anak2 kita untuk menjadi seorang yang cinta kepada Islam dan cinta kepada perjuangan Islam itu sendiri. TAKBIR!!!