Sunday, January 23, 2011

TALAQI



Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah buku Persoalan Khilafiyah lanjutan daripada buku 6 Perkara Asas Memahami Khilafiyah sudah berada di pasaran karangan Syaikhuna Al-Fadhil Ustaz Muhadir Bin Haji Joll. Bagi sesiapa yang ingin membuat tempahan bolehlah menghubungi wakil-wakil daripada pelajar-pelajar UIA sendiri atau wakil-wakil luar yang telah dinyatakan di dalam gambar ini. InsyaAllah semoga buku ini dapat membantu kita dalam menangani permsalahan khilafiyah yang semakin membimbangkan.

Boleh contact mereka yang dinyatakan:-

Berurusan terus dengan Muhammad syafiq (013-2002487) atau pelajar-pelajar cawangan UIA

PJ~Amir (014-5079363)
Syarifah Hidayah (013-4564787)


Nilai~Mohd Fuad (013-9905580)
Sakinah (013-6273558)

Gombak~ Mohd Adli (013-9490438)
Shuhada (013-2002463)

Kuantan~ Ku Atif (013-2914569)
Fatimah (013-2225962)

Wakil luar Ustaz Lutfi (03-6140 9441 atau 019-6671007)

Mohon dipanjang-panjangkan.InsyaAllah.Syukran


Thursday, December 16, 2010

BERADABLAH KEPADA DIRIMU

Dalam menjalani kehidupan seharian, kita dipenuhi berbagai perbuatan dan tingkahlaku yang memerlukan adab. Adab ini perlu untuk kesejahteraan diri dan supaya orang lain menyenangi kita.

(1)   Menjaga kebersihan secara menyeluruh dengan cara mandi dan menyucikan diri.

(2)   Memotong kuku tangan dan kaki sekali setiap seminggu. Janganlah memanjangkannya walaupun sebahagian darinya kerana dikuartiri tersimpan najis dan perbuatan demikian menyerupai haiwan yang buruk.

(3)   Memotong rambut setiap kali panjang, menjaga kebersihannya dan menyisir selalu yakni jangan pula sampai berlebihan ( tidak membiarkannya dan tidak pula menumpukan perhatian kepadanya)

(4)   Mengutamakan bahagian kanan dalam semua perkara yang mulia seperti ketika mandi, berwuduk menghormati, berjabat tangan, memakai pakaian atau kasut, memotong kuku, mengambil dan menerima pemberian, makan dan minum. Mengutamakan bahagian kiri yakni perkara yang tidak mulia seperti membuang hingus, meludah, menanggalkan pakaian dan kasut, beristinjak dan menyentuh aurat. Daripada aisyah katanya, Rasulullah s.a.w menggunakan tangan kanan untuk bersuci dan makan, sedangkan tangan kiri untuk bersuci dan yang kotor-kotor.

(5)   Jangan menghadap kiblat ketika meludah, membuang hingus dan kahak, tetapi hendaklah ke arah kiri dan pada sapu tangan yang khusus supaya tidak mengganggu orang lain.

(6)   Mengalihkan wajah ketika bersin dari muka manusia, dan dari makanan serta minuman agar percikan hingus tidak mengenai orang lain dan meletakkan sapu tangan atau tangan ke mulut, memperlahankan suaranya sedapat mungkin. Daripada Abi Hurairah katanya, Apabila Rasulullah s.a.w bersin beliau meletakkan tangannya di mulutnya dan dengannya suaranya menjadi tidak kuat.

(7) Memuji Allah sesudah bersin.

(7)   Orang yang bersin dan memuji Allah hendaklah diwajib dengan (Yarhamukallah) dan orang yang bersin pula menjawabnya dengan doa yang berikut (Yahdikumullahu wa yushlihu balakum)

(8)   Meletakkan tangan di mulut ketika menguap untuk menutup pandangan yang tidak layak ketika mulut terbuka, juga untuk menghalang sesuatu dari masuk ke mulut. Juga disuruh mengurangkan suara dan jika dapat jangan sampai mengeluarkan suara. Selepas menguap hendaklah beristighfar kepada Allah kerana menguap adalah bukti kemalasan. Oleh itu Allah tidak menyukainya dan menyatakan bahawa ia disebabkan syaitan. Dari Abu Hurairah berkata Nabi, "Sesungguhnya Allah suka akan bersin dan benci akan menguap. Jika salah seorang kamu bersin dan memuji Allah hendaklah orang Islam yang mendengarnya mengucapkan 'Yarhamukallah'. Adapun menguap adalah dari syaitan, jadi jika salah seorang dari kamu menguap maka hendaklah ia mengembalikannya sedapat mungkin kerana apabila kamu menguap syaitan ketawa melihatnya."

(9)   Berusaha tidak sendawa, menghindari makanan yang menyebabkan sendawa atau makanan yang memperbanyakkannya. Jika tidak dapat dihindari bersendawalah dengan suara yang ringan kemudian bacalah istighfar sesudah bersendawa. Daripada Abu Hurairah katanya, "Aku memakan kepingan roti dan daging kemudian aku mendatangi nabi lalu aku sendawa. Beliau bersabda, pendekkan sendawamu kerana sesungguhnya orang yang paling lapar pada hari kiamat kelak ialah orang yang paling kenyang di dunia."

(10)           Mengingat Allah dan bersyukur kepadaNya ketika berkaca(melihat wajah cermin) kemudian berdoa dengan doa yang warid dari nabi: "Segala puji bagi Allah, sebagaimana engkau elokkan kejadian aku maka elokkanlah akhlakku."

(11)           Menggunakan telefon bila perlu sahaja bukan untuk bermain-maian, bergurau atau untuk mengejutkan orang lain, dan bertelefonlah pada waktu-waktu yang sesuai, awali percakapan dengan salam, mengenalkan diri kemudian menyebut maksud.

(12)           Membiasakan diri dengan amal yang salih seperti beribadah bersedekah, solat sunat, menghampiri diri kepada Allah, berzikir dan membaca Al-Quran. Jangan meninggalkan demikian kerana malas, enggan atau kesibukan dunia. Daripada Aisyah katanya, amalan yang disukai Rasulullah ialah amalan yang terus menerus dilakukan seseorang.

(13)           Meninggalkan berlebihan dalam segala suatu, tidak melakukan sesuatu yang tidak berguna selalu memperbaiki diri dan berusaha memperbaikinya. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, "Sebahagian tanda kebagusan Islam seseorang adalah meninggalkan sesuatu yang tidak dimaksudkannya."

(14)           Memberi nasihat kepada orang yang mengenai kebaikan, yakni dengan nasihat yang baik bagi orang itu samada pada agamanya atau dunia.

(15)           Menerima nasihat orang lain, mahu mengakui kebenaran dan kembali semula kepadanya juga mengakui kesalahan diri sendiri jika memang benar bersalah dan jangan berterusan padanya, kerana kebenaran itu ialah barang orang mukmin yang hilang yang terus dicarinya dan akan berterima kasih kepada orang yang menyerahkannya kepadanya serta memuji setiap orang yang sudi memberi nasihat.

(16)           Membiasakan hidup sederhana mensyukuri yang sedikit dan meninggalkan hidup bermewah-mewah dan bersenang-senang di dunia kerana sifat tu menjauhkan diri dari takabur dan ujub serta selamat dari sifat sombong memuji-muji dari dan angkuh. Dari Aisyah katanya, "Tikar Rasulullah s.a.w diperbuat daripada kulit yang disamak setelah dipenuhi dengan sabut."

(17)           Ikhlas kerana Allah dalam semua pekerjaan, menjadikan matlamat utama dari kehidupan sebagai syiar orang mukmin yang diletakkannya di hadapan dan terus-menerus mengulang-ulang sebutan, 'Oh Tuhanku, Engkaulah tujuanku dan Redhamulah yang kucari."


Saturday, July 24, 2010

KATA-KATA HIKMAH KHULAFA' UR RASYIDIN


1) Syd. Abu Bakar rha. Berkata:

Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan iaitu:

-          Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya. 

-          Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim. 

-          Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan.

-          Adakalanya harta itu akan dicuri dan akan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tak berguna.

2) Syd. Umar Al Khattab rha berkata:

-          Orang yang banyak ketawa kurang wibawanya.

-          Orang yang menghina orang lain, dia juga akan dihina.

-          Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.

-          Barang siapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan dijaga.

3) Syd. Uthman Ibnu Affan rha berkata:

Antara tanda-tanda orang bijaksana ialah: 

-          Hatinya berniat suci.

-          Lidahnya selalu basah dengan zikrullah.

-          Kedua matanya menangis kerana penyesalan di atas dosa-dosanya. Segala perkara dihadapinya dengan sabar.

-          Mengutamakan kehidupan akhirat.

4) Syd. Ali Karramallahu Wajhah berkata:

-          Tiada solat yang sempurna tanpa khusyu'.

-          Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri dari perbuatan yang sia-sia.

-          Tiada kebaikan Al-Quran tanpa mengambil pengajaran daripadanya.

-          Tanpa kebaikan orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara'.

-          Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.

-          Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimilikinya.

-          Doa yang sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.

-          Barang siapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya berarti tidak wara', sedangkan orang yang tidak wara' itu bererti hatinya mati.

Tuesday, July 20, 2010

Coretan Hatiku Yang Mati..

Bismillahirrahmanirrahim...

Masa: 6.23pm
Mood: Keliru

Assalamualaikum.. :)

Sudah 3 bulan rasanya saya bercuti daripada menulis sesuatu.. Rasa malas selalu menjengah. Di samping kesibukan yang melanda.. Kali ini saya paksakan juga untuk menulis.. Menulis sesuatu yang mungkin akan melegakan sedikit rasa di hati..

Apa khabar iman anda? ibadah anda? Hati anda? Semoga dalam naunganNya sentiasa.. Kita selalu melalui hari-hari dalam hidup kita sehingga lupa untuk bertanya soalan-soalan sebegitu.. InsyaAllah kali ini kita cuba tanyakan pada diri sendiri dan pada orang lain juga..

Saya seakan-akan tak mampu untuk menulis lagi.. Hati jadi kosong.. Sangat-sangat kosong.. Bukanlah sifat malas sebenarnya yang menghalang saya untuk menulis sejak 3 bulan yang lalu.. Hanya kerana hati yang semakin mati menghalang jemari saya untuk beraksi di atas papan kekunci..

Hmm.. Sekarang pun hati masih lagi tak bernyawa.. Kosong.. Hitam berdebu.. Seringkali juga saya mencuba untuk menggilap kembali agar sekurang-kurangnya nampak sedikit bayang-bayang.. Tapi tak mampu. Masih tetap hitam berdebu..

Pernah saya diberitahu oleh seorang sahabat.. Dia kata jiwanya kosong.. Mungkin hatinya mati.. Selalunya saya pasti akan menasihati ataupun memberi sedikit sebanyak semangat yang berbaki dalam diri.. Namun kali nie saya tak mampu berbuat apa-apa. Kerana hati saya juga sedang mati..

Allah akan beri kita rasa sakit dahulu.. Kemudian rasa tenang yang tiada bandingannya.. Sesiapa yang mendapat tarbiyah terus daripada Allah ialah manusia yang sangat-sangat beruntung.. Bagaimana dengan saya? Anda?

Jikalau dapat saya scan jiwa dan hati saya.. Pasti saya takkan mampu berhadapan dgn Allah mahupun manusia lainnya.. Rasa diri terlalu hina kala ini.. Allah..

Hmm.. :) senyum dikala ujian mendatang..

Ujian yang Allah beri untuk menguatkan kita juga bukan? Mengapa perlu bersedih?

Saya diberikan ujian hati yang sungguh hebat.. Tak tertahan rasa.. Setiap kali memikirkan pasti berderai air mata.. Hatta depan manusia lain, pasti akan cepat-cepat mencari jalan untuk segera beredar. Agar titisan air mata tak kelihatan..

Duhai hati...

Menjauh untuk menjaga sesuatu.. Bukanlah perkara yang senang untuk dilakukan. Tapi perlu juga.. Hati itu sangat bernilai.. Sangat-sangat bernilai.. Perlu sentiasa dijaga agar jauh dr segala dosa dan noda.. Moga Allah melindungi..

p/s: Kepada sahabat-sahabatku, kawan-kawanku.. Mungkin ada perkara yang kamu tanyakan kepadaku dan aku tak mampu untuk memberikan jawapan yang pasti.. Aku mohon maaf.. Aku belum bersedia untuk berterus-terang. Biarkan aku begini.. InsyaAllah sampai masa nanti, kamu akan tahu juga..

Semoga Allah melindungi aku dan kalian..

Inilah coretan hatiku yang mati...

Wednesday, July 14, 2010

HIKMAH DIAM

Bismillahirrahmanirrahim..

Mood: Macam2 ada
Masa: 1.46 am

Lama rasanya tak update n jenguk blog nie.. Kemalasan melanda diri.. Namun pagi nie saya cuba untuk merajinkan diri.. :)

Saya ingin kongsikan sesuatu yg sngt bermanfaat yg saya dpt dari sorang shbt.. silakan baca..semoga bermanfaat :)

                                          *******************************************************
Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kpd manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati org lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Bagi mereka yg beriman, lidah yg dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan utk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan utk mengeluarkan mutiara-mutiara yg berhikmah. Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia drp mengucapkan perkataan yang sia-sia.

HIKMAH DIAM

1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayan tanpa meminta maaf kpd orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Hadis2 Rasulullah mengenai kelebihan diam yg bermaksud:
 
* "Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya.Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". ( RW ABU NAIM )
 
* "Barangsiapa yg beriman kpd Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yg baik atau diam". ( RW BUKHARI & MUSLIM )
 
* "Barangsiapa diam maka ia terlepas dr bahaya".( RW AT-TARMIZI )

Madah Dari Hukama:
 
* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KRN KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORG CERDIK YG PENDIAM LEBIH BAIK DR ORG BODOH YG BANYAK CAKAP.
 
* MENASIHATI ORANG YG BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG.
 
* KALAU ORG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YG SEBENARNYA ORG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dgn diam. Jalan yg terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap ke arah perkara2 yg baik. Bicara yg baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kpd kekuatan iman pada diri manusia.

Monday, April 5, 2010

Aku punya kenangan PLKN.. Aku juga punya Mami yang Terbaik!

Bismillahirrahmanirrahim...

Mood: Santai
Masa: 01.40 pm

Assalamualaikum w.b.t.. Rasa jari jemari nie tetiba nak berkongsi sebuah cerita. Cerita tentang kenangan semasa berada dalam PLKN.. Cerita tentang kasih ibu.. Tersenyum sejenak.. Betapa seorang ibu membesarkan anak-anaknya dengan penuh ketabahan. Betapa mulia mereka yang bergelar ibu.

Teringat pula pada seorang kenalan mami saya(kdg2 orang pelik bila saya panggil mami.. huhu), Rohaya namanya. Macik Rohaya.. Beberapa hari lepas macik datang ke rumah. Berbual bersama mami. Tetiba timbul cerita tentang anak lelakinya yang sedang mengikuti Program Latihan Khidmat Negara(PLKN). Saya tersenyum mengenangkan pengalaman yang saya perolehi ketika mengikuti PLKN suatu masa dulu. Namun senyuman saya terhenti kerana melihat macik Rohaya mengesat air mata. 'Macik sedih rupanya..', hati saya bermonolog.

Saya pun kata, 'macik janganlah sedih. Along okek jak di sana tue. Nanti lama2 bukan dia mau balik tue. sebab rasa best suda disana. Macam kami semua dulu. awal2 jak sedih. lepas tue ndak mau balik suda..' (baca ikut loghat sabah)

Lalu mami pun mencelah, 'beginilah anak2.. kita disini mengalirkan air mata.. dorang disana bukan main gembira'. Terkesan sungguh di hati saya.. Ya.. Sememangnya apa yang mami katakan betul. Mami pernah merasainya..

Kump 1 Siri 5 2008 Kem Geo Kosmo, Kuala Kubu Bharu, Selangor masih dalam ingatan dan takkan pernah terpadam. Mami berusaha sedaya upaya untuk saya ditukarkan ke Kem San Sui(tak tahulah ejaan betul ke tak) yang terletak di Tawau, Sabah. Tapi saya berkeras untuk tak nak tukar. Saya kata nak berdikari di tempat orang. Lalu mami pun terpaksa mengalah.

Saya ingatkan senang bila masuk PLKN nie. Rupanya tak.. Tapi alhamdulillah pada awalnya saya tak pernah menangis sebab berpisah dengan keluarga. Saya pernah tergelak bila melihat ada yang menangis dalam dorm saya. Bila tanya dari hati ke hati, rupanya menangis rindukan keluarga.. Hati saya pelik. Saya tak menangis pun? Malah saya dan kawan2 yang datang jauh dari Sabah selalu djadikan contoh oleh jurulatih. Teringat kata2 seorang jurulatih saya, Cikgu Sarwati, 'tengok irma. Dia dari Sabah. Tak menangis pun'. Saya hanya tersenyum. Ya.. Benar.. Saya tak menangis. Tapi mami saya menangis. Bukankah itu lebih menyakitkan sebenarnya? Bilamana ibu kita menangis kerana rindukan kita tapi kita pula sebaliknya??

Handphone kami diambil dan hanya diberi semasa hujung minggu. Nasib baik ada telefon awam. Saya dan kawan2 masing2 membeli kad telefon supaya senang nak guna. Tiap2 hari saya kol mami supaya mami tahu saya dalam keadaan baik. Saya sedih sebenarnya. Rindu pada mami tak tertanggung. Tapi saya tak suka menangis macam pelatih lain. Saya tak suka orang nampak saya nie lemah. Jadi saya selalunya akan menangis sembunyi2. Hehe (n_n)v

Saya ditempatkan dalam kumpulan Alpha. Saya masih ingat bagaimana saya dan beberapa pelatih yang lain mencipta logo kami yang mana akhirnya kami menang semasa malam Kontrak Kita Janji(KKJ). Pengalaman yang takkan dilupakan.. Masa itu saya bersorak kegembiraan. Rupa2nya mami saya menangis kesedihan..

Mami saya sanggup datang dari jauh untuk menjenguk saya. Saya gembira. Saya nak tunjukkan bahawa saya baik2 saja berada di kem latihan. Tapi Allah menentukan.. Satu hari saya jatuh pitam. Jatuh kat kawasan berbukit. Nasib ada kawan menahan daripada tergolek jatuh. Saya pun dikejarkan ke medic(klinik kat kem tue kami panggil medic). Saya masih terasa bagaimana jurulatih saya menampar perlahan wajah saya supaya saya sedar. Ada jugak jurulatih yang garang. Dia kata kalau saya tak bangun dia tampar saya kuat2. Saya dengar sayup2 suara mereka. Saya nak buka mata tak boleh. Memang kecoh satu kem. Huhu..

Sebenarnya saya memang dah rasa tak sihat. Petang tue ada latihan komando. Saya dah minta dikecualikan. Tapi saya masih berada di tapak latihan. Melihat betapa seronoknya, lalu saya merasa sihat semula. Hehe.. Saya pun curi2 ikut latihan yang mana membawa kepada pitam. Selepas sedar telinga saya tak habis2 mendengar leteran jurulatih saya.

Rupa2nya tak berhenti disitu. Selepas keluar dari medic saya dimasukkan semula kerana demam. Bila demam tak kebah juga saya dimasukkan ke dalam hospital. Saya telah disuspek denggi. Fuh! Peritnya bilamana terpaksa ulang alik ke hospital untuk cek darah. Saya masih ingat bila dimasukkan ke dalam hospital dan 2 orang nurse nak menyuntik saya. Saya menangis meronta2. Nak ketawa pun ada bila melihat muka nurse tersebut. Dalam hati saya berkata, 'nurse baru kot. huh, tak boleh! kang dia salah cucuk!!'. Bila jurulatih yang garang datang saya hanya menangis tanpa suara. Rasa lucu pulak bila teringat semua tue.. Sampai sekarang saya anti pada suntikan.. Cukuplah 7 kali suntikan sepanjang berada dalam PLKN.

Selepas disuntik saya pun tertidur. Bila bangun tetiba saya melihat pacik. Serba salah saya rasa. Pacik saya yang masih menuntut  di UM masa tue tetiba marah2. Dia tak puas hati sebab saya ditinggalkan keseorangan di hospital. Bila sampai kat kem semula, pacik saya marah jurulatih. Padahal saya dah pesan dalam kereta, jangan cakap apa2 kat jurulatih. Pacik saya tak peduli juga..

Masa tue memang saya jadi tumpuan jurulatih. Haha.. Teringat pulak bilamana tibanya waktu makan malam, saya selalu tak makan. Cikgu Sarwati akan cari saya kat dorm. Satu dorm bergema suara cikgu. Saya selalu ambil buah dan lari balik dorm. Kena lari, kalau tak, nanti kena tangkap oleh jurulatih dan kena paksa makan. Haru biru jadinya masa tue. Haha..

Mami selalu datang jenguk saya. Selama sebulan mami berada di semenanjung. Kalau tak silap saya mami habis dalam RM4000 lebih. Hanya untuk saya seorang. Kawan2 pelatih Sabah yang lain rindukan masakan Sabah. Saya pun minta mami masak dan kami makan beramai2. Meriahnya masa tue.. Banyak kali juga mami masak dan bawa ke kem. Saya ajak semua wira dan wirawati alpha makan bersama. Tak lupa juga jurulatih saya. Mami memang suka masak.. Sangat seronok masa tue..

Ada kawan2 kata saya nie anak manja. Ya.. Benar.. Saya tak nafikan. Tapi manja hanya bila bersama dengan mami saya. Bila berjauhan saya jadi orang yang sangat berdikari. Teringat kalau kat rumah, kerja rumah mami selalu siapkan. Saya tak sempat nak buat mami dah siapkan. Bila berada kat kem semua saya buat sendiri. Mungkin mami sedih sebab takut saya tak dapat buat semua. Huhu.. Nampaknya saya berjaya menbuatkan mami saya bangga.. Haha

Saya tak tahu apa seorang ibu rasa sebenarnya. Sebab saya tak jadi ibu lagi. Kalau saya jadi ibu pasti saya memahami apa yang mami rasakan. Pernah sekali semasa malam penghayatan, saya dipanggil untuk membacakan surat dari seorang anak untuk ibunya. Sampai terduduk saya menangis dan saya tak mampu meneruskan bacaan. Disitulah buat pertama kali saya menghamburkan air mata kerinduan saya terhadap mami di depan semua jurulatih dan pelatih.. Bila mami datang jenguk, saya terus peluk mami dan menangis.. Mami tanya, 'kenapa nie??'. Saya pun jawab sambil mengesat air mata, 'ada malam penghayatan.. rindu mami..'. Mami saya ketawa je..

Sekarang macik Rohaya mengalami apa yang mami pernah alami.. Saya yakin along pun rindukan maknya. Cuma lumrah seorang lelaki takkan tunjuk sangat. Along seorang anak yang baik. Along berada kat kem latihan di Melaka. Kalau sekitar Selangor agak senang untuk saya pergi menjenguk. Tapi Melaka.. Susah sikit. Apapun moga2 along akan setiasa sihat disana. Lelaki senang sikit.. :)

Sampai sekarang saya masih berhubung dengan jurulatih saya.. Untuk kumpulan alpha ada 3 jurulatih.. Cikgu Sarwati, Cikgu Pauthi dan Cikgu Affendi. Cikgu fendi tue ayah angkat saya. Tapi saya lagi rapat dengan cikgu pauthi. Tambahan pula anak ckg pauthi masuk uia juga. Kalau ckg datang melawat anaknya, hafizah, cikgu mesti hubungi saya untuk berjumpa.

Teringat pula pada Badan Islam PLKN(BIP). Saya sebagai ketua muslimat dan seorang sahabat dari Terengganu sebagai ketua muslimin. Kami sendiri yang menubuhkan badan tersebut untuk membantu ust sebab ustazah takda. Baru berhenti tak silap. Kesian ust nak tangani kami yang ramai.. Lalu kami pun membantu yang termampu.. Banyak program yang kami buat. Kami rancang bersama ust. Manisnya kenangan tersebut.. Tapi yang membuatkan saya selalu tergelak bilamana saya dan ketua muslimin tue sama2 dimasukkan ke hospital kerana suspek denggi. Cuma keadaan dia lebih teruk daripada saya. Saya masih ingat mami datang mengambil saya dari hospital dan saya terpaksa meninggalkannya.. Sedih rasanya. Bila nak pergi saya jumpa sahabat saya tue dan ucap selamat tinggal. Dia tersenyum dan kata, 'take care irma'. Saya sedih sebab dia keseorangan. Takda family datang.. Betapa bertuahnya saya..

Banyak yang saya pelajari semasa berada dalam PLKN. Sebab tue mami sekarang dah percaya bahawa saya mampu menjaga diri di tempat orang. Teringat pula setiap kali habis cuti sem, mami selalu tanya samada saya nak mami saya hantar sampai UIA atau tak. Saya dengan yakin kata tak. Haha.. Kalau kembar saya memang selalu ditemani oleh mami saya. Anak manja.. Itulah modal saya untuk mengusik kembar saya. 

Mami memang terbaik! InsyaAllah kalau ada rezeki Allah beri saya merasa untuk jadi seorang ibu.. Saya nak jadi macam mami saya.. Memang terbaik!! (n_n)v

p/s: dah lama tak jenguk kem geo kosmo.. insyaAllah dalam perancangan.. mg Allah permudahkan..

Saturday, March 27, 2010

KISAH RAHSIA



KISAH RAHSIA DI SEBALIK SEMBAHYANG LIMA WAKTU, PUASA dan SYAFAAT NABI SAW
Ali bin Abi Talib r.a berkata : "Sewaktu Rasullullah S.A.W duduk bersama para sahabat muhajirin dan ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata : ' Ya Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu kalimat- kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa A.S. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab (terhampir).'

Lalu Rasullullah S.A.W. bersabda: 'Silakan bertanya.' Berkata orang Yahudi: 'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.' Sabda Rasullullah S.A.W. : 'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada tuhanNya, Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi, Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam A.S., maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengabulkan permintaannya.‘ Sembahyang Isya' itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul sebelumku, Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari, ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya tiap orang kafir.’

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata: 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang?’ Rasullullah S.A.W bersabda: 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan, sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam, orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.' Sabda Rasullullah S.A.W. lagi: 'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.' Setelah itu Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud: 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan, sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam A.S. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan'. Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Sembahyang Isya'. Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isya' berjamaah, Allah S.W.T. haramkan dari terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titi sirath.' Sabda Rasullullah S.A.W. seterusnya: 'Sembahyang Subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan sembahyang subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberi oleh Allah S.W.T. dua kebebasan iaitu:
Dibebaskan dari api neraka. Dibebaskan dari nifaq (sifat munafik).
Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata: 'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (S.A.W). Kini katakan pula kepada kami semua kenapakah Allah S.W.T. mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?'. Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam A.S. selama 30 hari. Kemudian Allah S.W.T. mewajibkan ke atas keturunan Adam A.S. berlapar selama 30 hari. Sementara izin makan diwaktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah S.W.T. kepada makhlukNya'. Kata orang Yahudi: 'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi dari puasa itu.’ Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah S.W.T. dia akan diberi oleh Allah S.W.T. tujuh perkara:
Akan dicairkan daging haram yang tumbuh di badannya (daging yang tumbuh dengan makanan yang haram).
Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
Dijauhkan dari merasa lapar dan haus.
Diringan baginya siksa kubur (siksa yang sangat mengerikan).
Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T. pada hari Kiamat untuk menyeberang titian sirath. Allah S.W.T. akan memberinya balasan syurga.'
Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu antara semua para nabi.' Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Seorang nabi menggunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat pada umat saya di hari kiamat).' Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan engkau utusan Allah).'

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (Al-Baqarah : 155)"