Kadang2 saya tertanya2. adakah bercinta ataupun bahasa remaja sekarang ber’couple’ sudah menjadi perkara biasa pada kita?? Ia seakan2 sudah sebati menjadi darah daging kita. Apabila melihat seorang lelaki ataupun perempuan yang taat beribadah, taat pada ibu bapa, melibatkan diri dalam kegiatan dakwah, dsbnya sudah tentu membuatkan kita berasa senang bukan? Sejuk mata memandang… Tapi, tanpa kita ketahui ada dalam kalangan orang2 seperti ini rupa2nya hanyut dalam mainan perasaan mereka juga!! Dan mungkin lagi tepat saya katakan, hanyut dibuai bisikan syaitan! Jikalau orang seperti ini terlibat dalam isu couple, apatah lagi mereka2 diluar sana yang beragama Islam tapi hidupnya tak seperti orang Islam??
Suka saya menceritakan pengalaman saya. Bagaimana mula terbitnya kebencian saya terhadap budaya couple nie. Masa tue saya form1. Memasuki alam sekolah menengah membuatkan saya teruja. Banyak benda baru yang saya pelajari. Dipendekkan cerita, satu hari tue masa saya berjalan pulang dari sekolah bersama kakak angkat saya, kakak saya tue pun ‘mengusulkan’ satu perkara. Dia kata ada budak form5 nak couple dengan saya. Saya pun tercengang.. Takde angin takde ribut tiba2 perkara nie muncul. Pastu saya pun cakap tak naklah. Tak minat benda2 nie. Akak saya ‘kesayangan’ saya ‘masa tue’ pun mengusulkan sekali lagi. Dia kata,”camana kalo couple sehari je?? Juz sehari je. Tolonglah dia..Tolonglah.. sehari je..”(sampai merayu..ish3x..tak baik buat saya menyampah..:) Dengan penuh meluat saya pun cakap,”kalo orang tak nak janganlah paksa2!!” Hmm.. Nak tahu apa yang jadi?? Bila lelaki tue tahu saya tolak, dia tumbuk lantai simen sampai tangan bengkak. Saya tak tahu camana nak gambarkan betapa meluat dan bencinya saya masa tue.. Start dari peristiwa tue saya dah tak berapa nak rapat dengan akak ‘kesayangan’ saya tue. Orang kalau dah mabuk kepayang macam tue ke?? Macam orang hilang akal ye? Kalau nak tumbuk pun, carilah benda yang sesuai.. tumbuk bantal ke, rumput ke, apa2 je la.. Hmm.. Tak pun, tumbuk muka sendiri! Aik? Tue lagi teruk.. Eh takpe.. Bagi pengajaran pada diri sket.. Jangan marahhh….!
Selesai cerita saya.. Saya malas nak cerita pengalaman tue, tapi saya rasa patut dikongsikan pada anda semua. Untuk menunjukkan betapa bahaya budaya couple! Cuba bayangkan, form1 tue masih umur budak2 lagi. Masih berkejar-kejaran dengan kawan, orang usik terus nangis, dan macam2 lagi dah diajak bercouple?? Apa dah jadi dengan umat Islam sekarang… Kawan saya pula pernah berkata,”kita perempuan nie tak boleh jual mahal.. kalo dah ada yang suka, terima je. Bukannya terus kahwin.. couple je..” Saya pun tercengang…Hahhhh???? Apa dah jadi??? Wahai mawar berduri ataupun yang dah patah durinya, setujukah anda dengan kata2 ‘bekas’ kawan rapat saya nie?? Mesti tak setujukan? Seteruk manapun cara hidup seorang gadis itu, pasti dia tak nak dikata jual murah. Walaupun sebenarnya dia sedang meletakkan dirinya pada harga yang murah ataupun pada harga yang ‘sangat2’ murah...
Duhai sekalian mawar.. Dirimu sangat berharga. Jangan engkau biarkan tangan2 kasar memetikmu sesuka hati. Lindungi dirimu dengan duri yang ada padamu. Kerana apabila engkau membiarkan si tangan2 kasar memetikmu pada pada waktu yang bukan sepatutnya, sudah pasti satu masa nanti, engkau akan dibuang oleh si tangan kasar kerana kelayuanmu.. engkau bukan lagi mawar yang berduri yang mekar mewangi di taman larangan. Tapi kini engkau adalah mawar yang patah durinya yang sedang kelayuan.. Dan tempatmu bukan lagi di taman larangan. Tapi di tepi2 jalan, di tong sampah, dipijak2 sehingga hancur. Sebagaimana hancurnya mawar itu, begitulah juga hancurnya maruahmu sebagai seorang wanita yang dahulunya sangat berharga..
Saya tak pandai nak bermadah dengan Mr.Kumbang@si tangan kasar. Apa yang boleh saya katakan, bantulah kuntuman mawar ini dengan tidak memetiknya. Janganlah pernah untuk mencuba memasuki taman larangan. Sekiranya kedua2 pihak memainkan peranan pasti budaya couple dah lama berkubur.
Melihat pada senario masa kini, agak sukar untuk ‘mencuci’ minda dan hati umat Islam kerana sudah terlalu kemaruk dengan cinta yang berpanjangan. Halal dan haram dah tak diambil kira. Pegang sana, pegang sini.. Saya peliklah.. Bagaimana begitu mudah wanita Islam masa kini diperlakukan sebegitu rupa?? Dimana harga diri anda?? Ingatlah bahawa anda sangat istimewa. Bukannya saya hendak menyalahkan kaum hawa sahaja. Tak.. jangan salah faham wahai wanita sekalian.. Sememangnya kaum adam pun bersalah. Tetapi jikalau kita kaji sedalam2nya, bukankah semua ini berpunca daripada wanita? Saya juga wanita seperti anda tetapi saya berani untuk mengakui hakikat ini (wanita ke?? Macam tua sangat. Anak gadis lagi sedap didengar. Rasa muda sket..hehe..:) Jikalau wanita tak menyambut huluran salam lelaki, mungkinkah budaya ini berlanjutan?? Jikalau takde wanita yang begitu berani meluah perasaan mungkinkah ia terjadi?? Saya rasa anda tak memerlukan masa yang lama untuk menjawab soalan saya.
Berbalik kepada soal halal dan haram. Saya tak berani nak menghukum bercouple ni haram. Jauh sekali halal. Terlalu banyak pendapat yang saya dengar. Pergi ceramah ust tue, dia kata haram.. Pergi ceramah ust nie, dia kata tak haram. Nak tahu pandangan saya?? Mengikut pandangan saya yang kurang ilmu nie, bagi saya couple lebih kepada haram. Kerana apa?? Saya nak mengajak anda berfikir. Menurut seorang ust nie, kita tak boleh mengatakan orang bercouple itu haram kerana ada yang mampu menjaga batas2 sebaik mungkin. Ini adalah kayu ukur mengatakan couple tak boleh dikatakan haram. Kayu ukur saya pula, apabila ada seorang yang bercouple menyalahi syariat walaupun seluruh dunia mematuhinya, bukankah tetap jatuh hukum haram kepada yang seorang itu? Cukuplah sekadar seorang yang yang tak mematuhi sudah membuktikan ia haram. Seorang sahaja cukup untuk menjadi kayu ukur. Namun begitu, terpulang kepada anda semua. Saya lebih suka mengambil pendapat yang lagi keras. Untuk menyelamatkan diri. Jangan salahkan saya. Saya memang dah terdidik untuk melebihkan budaya bercouple nie kepada haram. Terpulang kepada anda hendak mengambil pendapat yang mana satu. Janganlah kerana anda bercouple, terus sahaja anda menyokong couple itu tak haram. Hanya kerana anda juga bercouple.. Mahu menyelamatkan dirilah katakan ye…?
“Dan janganlah kamu mendekati zina.. ” Bukankah peringatan ini sudah terlalu jelas?? Dan saya fikir sudah ramai yang mengetahui kewujudan ayat ini dalam Al Quran namun terus menerus tak mengendahkannya. Couple itu satu cara merintis jalan menuju zina. Syaitan tak kan pernah berputus asa.. Sampai bila orang2 yang bercouple ini mampu membatasi perhubungan mereka dengan syariatNya?? Satu hari pasti akan kecundang jua.. kita belum cerita lagi dosa, pahala.. syurga, neraka.. saya tak berani menyentuh tentang semua tue. Cukuplah saya dan anda semua fikirkannya sendiri.
Teringat saya kepada peristiwa semasa form5. semasa sekolah saya merupakan seorang PRS. Form5 tue saya bertindak sebagai s/u PRS. Saya nie agak garang.. Mungkin sangat garang sebenarnya. Adik2 pun ramai yang takut. Jumpa je dengan saya terus mereka jadi budak baik. Belakang saya wallahua’lam.. Satu hari tue, seorang hamba Allah nie mengadu kat saya bahawa ada dalam kalangan adik PRS nie yang bercouple. Hamba Allah tue minta pertolongan saya untuk menasihati adik tue. Adik tue setahun lebih muda daripada saya. Form4 lah senang cerita. Saya pun mengucapkan syukur dalam hati sebab hamba Allah nie ambil serius pasal perkara nie. Tetapi, di hari yang lain saya dapat tahu daripada seorang akak lower6 bahawa hamba Allah tue sebenarnya turut bercouple dengan seseorang. Betapa hancurnya hati saya masa tue. Saya lari ke tandas dan mengurung diri buat seketika. Saya sangat2 kecewa. Pandai hamba Allah tue berlakon di hadapan saya.. Dia mengatakan sesuatu yang tak di lakukannya. “Wahai orang2 yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan. Sangatlah dibenci disisi Allah apabila kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan” (Surah Ash Shaff : Ayat 2-3). Sesungguhnya Allah telah memberi peringatan yang cukup keras kepada kita. Tapi yang peliknya ramai umat Islam buta dalam celik, gelap dalam terang. Dah tahu tapi buat2 tak tahu. Tak cukup dengan tue siap berlakon konon2 baik pula. Semoga kisah nie mampu menjadi pengajaran buat kita semua..
Saya rasa isu nie dah basi kedengaran. Tapi saya akan terus membicarakan tentangnya. Untuk memberi kesedaran kepada semua umat Islam. Amar makruf nahi mungkar itu tanggungjawab yang wajib dilaksanakan oleh setiap yang bergelar muslim. “Dan hendaklah ada di antara kamu, satu golongan yang mengajak (manusia) kepada kebaikan, menyuruh kepada yang ma’ruf, melarang dari kejahatan dan merekalah orang-orang yang beuntung” (Surah Ali-’Imran : Ayat 104) Mungkin dengan tulisan saya nie akan ada hati seseorang yang terdetik untuk berubah.. InsyaAllah..
Oleh itu, saya nak mengajak anda semua untuk turut menyampaikan peringatan kepada sesiapa sahaja. Kepada blogger2 manfaatkan ruangan di dalam blog anda untuk isu seperti ini. Seperti yang saya katakan tadi isu ini dah basi kedengaran. Namun jangan pernah terfikir untuk berhenti meneruskan peringatan sebagaimana mereka2 tak pernah berhenti untuk meneruskan budaya couple ini.
“Kamu adalah sebaik-baik ummat yang dilahirkan untuk (kemaslahatan) manusia, kamu MENYURUH (mengajak) harus kepada yang ma’ruf (kebaikan) dan kamu MENCEGAH dari kemungkaran serta kamu BERIMAN dengan Allah” (Surah Ali-’Imran: Ayat 110)
No comments:
Post a Comment