Tuesday, March 24, 2009

Astaghfirullahalazim..

Astaghfirullahalazim.. Astaghfirullahalazim.. Astaghfirullahalazim.. Dunia semakin berubah. Tetiba minda saya diasak dengan pelbagai pertanyaan. Lantas memaksa jari jemari pinjaman Allah ini untuk menari-nari di hadapan laptop pemberian abang. Biar apa yang menghantui minda saya ini dikongsi bersama sahabat2 di luar sana. Baru sebentar tadi berlangsungnya konsert Akademi Fantasia ataupun lebih kita kenali sebagai AF dengan menyaksikan tersingkirnya Adilah. Tipulah kalau saya kata saya tak menonton AF. Setiap malam pasti diari AF yang menjadi pilihan. Jangan salah faham.. Menonton AF tak bermakna saya menyokong mereka. Saya suka memerhati. Bila melihat AF membuatkan saya sedar bahawa di luar sana kehidupan saudara seISLAM saya semakin meniru kehidupan di Barat. Halal dan haram tak diambil kira.

Apa yang membuatkan saya sedih sangat apabila pengacara diari AF, Sarimah Ibrahim mengwar-warkan konsert yang akan diadakan. Siap kata tiket murah lagi. Astaghfirullahalazim.. Astaghfirullahalazim.. Astaghfirullahalazim.. Sememangnya dunia semakin berubah.. Kadang2 saya nak boikot saluran tv yang menyiarkan program realiti AF dan yang sewaktu dengannya. Tapi, saya berdepan dengan family saya yang tak berapa faham. Jadi, saya ambil keputusan untuk melihat sama bersama mereka. Setiap kali menonton bersama, setiap kali itu jugalah mulut saya nie tak berhenti mengkritik. Dengan harapan apa yang saya katakan itu masuk dalam minda dan hati family saya. Mungkin ada yang tak bersetuju dengan cara saya. Terpulang.. Masing2 ada cara yang tersendiri bukan? Itulah usaha yang dapat saya lakukan. Sebenarnya semua yang bergelar muslim patut melakukan perkara yang sama. Terpulang dengan cara apa sekalipun. Sebagaimana yang saya katakana tadi, masing2 punya cara yang tersendiri. Yang penting amar makruf nahi mungkar itu tetap berjalan. Kadang2 juga minda saya ini terlalu aktif berfikir. Bagaimana jika kita wujudkan Akademi Alquran untuk menggantikan AF??? Adakah penyertaan dari seluruh Malaysia akan sama banyaknya seperti penyertaan AF?? Saya rasa tak. Kalau adapun, tentulah bilangannya sedikit jika dibandingkan dengan AF. Ini pendapat saya. Maaflah kalau ada yang tak bersetuju.

Apa yang lagi membuatkan saya tak faham apabila kredit telefon sanggup dibazirkan untuk mengundi. Dengan alasan, peserta itu adalah kawan mereka, satu negeri, comel, cantik, berbakat dsbnya. Tak faham langsung!!! Cuba duit untuk membeli kredit itu kita sedekahkan kepada yang memerlukan bukankah lebih baik? Pahala dapat, jiwa pun tenang.

Selalu saya mendengarkan ayat ini,”alah.. bukannya selalu gak. Kita sokong je.takde masalah. Yang penting bukan kita yang wat.” Saya bagi analogi. Bukankah pengilang, pengedar, penjual dan pembeli arak turut mendapat ‘saham’ yakni dosa yang sama?? Tidaklah berani untuk saya katakan bahawa penyokong2 rancangan sebegini turut mendapat dosa. Saya tak berani. Mungkin anda boleh bertanya kepada yang lebih pakar yakni ustaz dan ustazah. Saya hanya memberikan analogi. Saya kira cukuplah analogi ini membuatkan kita semua berfikir dan ianya kekal sebagai satu peringatan yang hakiki.

Sebagaimana analogi yang saya berikan tadi, sebenarnya sudah boleh membuatkan kita berfikir demi kemaslahatan diri. Adakah aku turut sama berdosa apabila aku menyokong mereka?? Aku tak buat.. Aku dapat ‘saham’ jugak ke?? Tepuk dada tanya iman. Takpun, tanya yang pakar :)

Oh ya.. Saya hampir terlupa untuk menjelaskan sesuatu. Maafkan saya.. Mungkin ada yang hairan mengapa saya asyik menyebut-nyebut dosa. Satu perkataan yang agak menakutkan lagi mengerikan. Sekiranya anda amati kembali, dalam program realiti tv sebegitu(saya tak memfokuskan pada AF semata. Yang sewaktu dengannya) bukankah berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan?? Pada saya mungkin tidak menjadi masalah sekiranya program itu disertai oleh kaum Adam sahaja. Bebas daripada panahan kaum Hawa. Namun sebaliknya yang berlaku. Jadi, saya kira anda semua faham dan sedar bagaimana dengan mudahnya kita mendapat ‘saham’ itu. Program realiti tv seperti ini memberi impak yang besar terutamanya kepada kanak2. Bagaimana kita hendak membina kekuatan daripada kanak2 kecil itu sedangkan kita menyajikan tayangan sebegitu rupa??

Bukan program realiti tv saja yang memberi impak besar. Kita ambil satu contoh rancangan tv yang dikenali bebagai Tom Tom Bak. Pada awalnya saya meminati rancangan ini. Namun, saya dikejutkan dengan satu episod yang membuatkan saya naik marah dan hampir menangis. Suatu hari tue saya sedang menonton tv bersama family saya di puchong (cfs cuti beberapa hari. Cuti sempena apa saya lupa). Tengah bergelak ketawa tiba2 pengacara no 1 negara itu mempersilakan seorang budak perempuan yang comel untuk menari. Andaian pertama yang saya buat ialah budak itu akan berasa malu2. Bukankah rakyat di Malaysia ini pemalu dan berbudi bahasa?? Namun, andaian saya meleset sama sekali. Dengan penuh yakin si adik comel kita menari. Tahu menari apa?? Gelek sana, gelek sini. Malu untuk saya katakana disini. Tetapi tarian itu menunjukkan betapa ghairahnya si adik comel itu menari. Astaghfirullahalazim.. Saya terkesima. Lantas tanpa membuang masa, saya meluru masuk ke dalam bilik. Saya ingin menangis. Tapi disebabkan rasa marah saya yang melebihi kesedihan saya, air mata tertahan jua.

Saya tak marah kepada si adik comel kita. Saya marah kepada ibu bapa adik kita. Kalau beginilah asuhan mereka untuk si adik, bagaimana bila adik kita itu meningkat dewasa?? Terjagakah pergaulannya? Terjagakah auratnya? Astaghfirullahalazim.. Tak patut saya berfikiran sebegitu rupa. Semoga adik comel kita itu sentiasa mendapat perlindungan daripadaNya..

Ayyuhal muslimin dan muslimat!!! Bangkitlah daripada tidur yang lena.. Sesungguhnya kita tak diserang secara zahir. Tapi kita diserang dan dijajah melalui minda. Betapa suka dan gembiranya kaum kuffar melihat kehancuran Islam, melihat umat Islam yang tak patuh kepada perintah Allah, melihat umat Islam yang berpecah belah.. Dimana peranan kita?? Sebagai seorang yang bergelar mahasiswa, kita punya kuasa. Kita punya suara mahasiswa! Suara yang dahulunya digeruni. Kita punya kekuatan! Mantapkan diri kita dengan ilmu pengetahuan. Ilmu dunia dan ilmu akhirat. Bila panjang umur dan murah rezeki, berkesempatan untuk mendirikan masjid, didiklah anak2 kita untuk menjadi seorang yang cinta kepada Islam dan cinta kepada perjuangan Islam itu sendiri. TAKBIR!!!

No comments: