Tuesday, March 24, 2009

Singkatnya Hidup Ini..

Baru sebentar tadi saya menonton satu filem yang sangat menarik. Bertajuk ‘Alien vs Predarator’. Sangat menarik. Cerita nie mengisahkan tentang manusia di sebuah pekan yang terpaksa menentang Alien yang tak diketahui dari mana dan bila datangnya. Banyak babak yang dilakonkan pada waktu malam. Hampir 90% pada waktu malam. Saya menonton seorang diri. Pada asalnya saya ditemani oleh abang saya. Tapi akhirnya abang saya surrender dan masuk tidur. Tinggallah saya seorang diri.

Menonton seorang diri agak menakutkan. Ditambah pula filem yang agak seram. Tapi disebabkan ianya dah menjadi tabiat masa sekolah dulu membuatkan saya tak berasa takut. Kalau ada rasa takut pun, takdelah sampai membuatkan saya surrender. Filem ini mengingatkan saya kepada satu ungkapan yang pernah disebutkan oleh ustazah saya, “hidup nie hanya sementara. Oleh itu perbanyakkanlah amal ibadah.” Kenapa saya menyentuh tentang filem nie pula? Sebenarnya saya nak kaitkan jalan cerita filem ini kehidupan yang sedang kita lalui.

Dalam filem tue saya melihat bagaimana dasyatnya Alien itu membunuh manusia. Tapi yang peliknya Alien tue berfikir seakan2 manusia berfikir. Tahu bagaimana menggunakan machine gun dsbnya. Alien zaman moden kot :) Berbalik kepada cerita tadi, saya sangat takut melihat begitu mudahnya manusia mati. Mati meninggalkan dunia yang sementara ini. Lantas saya pun berfikir. Jikalau saya berada di tempat mereka, apa yang akan saya lakukan?? Adakah saya akan menyelamatkan diri ataupun sanggup berkorban demi menyelamatkan family saya?? Sudah tentulah saya akan bertindak menyelamatkan family saya dahulu. Tapi, sudah tentu juga saya akan terbunuh. ‘terbunuh’ bermaksud saya akan meninggalkan dunia yang sementara ini untuk selama-lamanya. Selama-lamanya….

Cukupkah amalan saya?? Cukupkah dengan sekadar memelihara solat, mengaji setiap hari, melibatkan diri dengan gerak kerja dakwah dsbnya untuk membantu saya berhadapan dengan malaikat Munkar dan Nakir?? Badan saya menggigil bila memikirkan perkara itu.. Sebagaimana gerunnya kita mengingati mati, lebih gerun lagi apabila mati dalam keadaan yang tak bersedia. Maksudnya disini kita mati dalam keadaan yang tak cukup amalan. Solat pun kadang2, mengaji jauh sekali. Sekali dalam bulan Ramadhan pun payah. Apatah lagi melibatkan diri dalam gerak kerja dakwah.. Bagaimana kita mahu menjawab soalan Munkar dan Nakir nanti??

Hidup manusia ini terlalu singkat. Rasulullah yang tercinta pun hidup tak melebihi 70 tahun. Cuba anda fikirkan, berapa lamakah lagi anda akan hidup? Sempatkah untuk melihat sinaran matahari esok hari? Ataupun di saat anda sedang menbaca tulisan saya ini malaikat Izrail datang menjemput anda? Hidup kita nie terlalu singkat. Tapi kita tak pernah mahu mengajak diri kita untuk mengingati mati. Bukankah Junjungan kita yang tercinta pernah berkata,”orang yang bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati”. Tidakkah saya, anda dan kita semua mahu tergolong dalam kalangan orang yang bijak??? Tepuk dada tanya iman.

Mengimbas kembali ketika zaman persekolahan saya seakan2 membiarkan sembilu merobek2 hati. Banyak perkara yang berlaku mendewasakan saya. Disitulah saya diuji dengan ujian yang sangat tidak tertanggung bebannya. “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” Menghayati kata2 Allah ini, semangat saya kembali. Dan saya katakan dalam diri,”aku tak mahu menemui Tuhanku dalam keadaan jahil. Mati itu pasti. Dan aku harus bersedia untuk itu.”. Disebabkan itulah saya masih mampu berdiri teguh sehingga kini. Saya tak nak kehidupan yang singkat ini disia-siakan. Saya tak nak larut dalam tangisan yang berpanjangan. Untuk menjadi seorang muslimah yang unggul mestilah kuat bukan? Kuat dalam erti kata mampu menghadapi segala ujian yang Allah timpakan. Mampu tersenyum dalam kesakitan. Itulah definisi yang saya faham tentang bagaimana kuatnya seorang muslimah itu. Hidup yang singkat jangan dibazirkan dengan air mata.. Walau apapun dugaan yang datang menimpa, hidup perlu diteruskan! Peace NO War!! :)

Saya pernah bertanya kepada seorang kawan rapat saya, “apa yang ko rasa bila ko mati, ko dimasukkan ke dalam liang lahad. Ko sorang2 je?” Nak tahu apa jawapan kawan saya?? Jawabnya,”tak payahlah ko tanya soalan yang sebarangan.. buat aku takut je!” situasi ini sering berlaku. Kenapa rasa takut bila bercerita soal kematian? Kenapa tak rasa takut bila bercerita soal kekasih? Siap bergelak ketawa menceritakan pengalaman mengalami first date bersama teman lelaki ataupun teman perempuan. Soal itu kita tak takut pula…?? Dunia dan manusia semakin berubah. Hidup kita nie singkat sahaja…

Kita lahir ke dunia disambut dengan kegembiraan ibu, ayah, adik beradik dan sanak saudara. Kita mula belajar bertatih. Belajar menyebut ABC. Mengaji muqaddam. Kemudian kita masuk tadika. Guru kita mengajar kita menyanyi. Satu2 saya sayang Allah, dua2 saya sayang Rasulullah dan seterusnya.. Selepas tadika kita pun masuk darjah. Berlari berkejar-kejaran bersama teman. Bermain masak-masak bagi yang perempuan dan perang-perang bagi yang lelaki. Seterusnya melangkah masuk ke alam baru. Sekolah menengah. Disinilah pembentukan diri kita yang sebenarnya. Sekiranya betul asuhan yang diberikan, betullah kita. Sekiranya kurang asuhan dan perhatian daripada ibu bapa, liarlah kita.

Saya bukan hendak menyalahkan ibu bapa. Tidak sama sekali. Tapi, bukankah ibu bapa juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan anak-anak semakin rosak? Ibu bapa harus mengasuh dengan cara yang digariskan oleh Islam. Barulah mampu melahirkan generasi yang soleh dan solehah. Tetapi, anak-anak juga punya peranan yang penting. Walaupun tidak diasuh dengan baik, ataupun lahir dalam keluarga yang berpecah belah, anak-anak seharusnya pandai mendidik diri sendiri. Jangan beri alasan tak boleh. Kenapa ada yang mampu melakukannya??

Terlalu jauh saya berhujah. Kembali kepada proses perjalanan hidup manusia tadi. Setelah menamatkan persekolahan, kita akan melangkah ke satu persekitaraan yang baru yang dipanggil alam universiti. Belajar lagi selama beberapa tahun. Di tempat inilah dugaan semakin bertambah banyaknya. Apatah lagi orang seperti saya. Perantaulah katakan.. Teringat kepada adik saya yang juga merupakan kembar saya. Dia mengambil jurusan undang2 di UITM, Shah Alam. Dan saya selalu risau akan keadaannya disana. Namun alhamdulillah adik saya itu mampu menjaga diri dengan baik. Berbalik kepada proses tadi. Pejam celik, pejam celik kita dah graduate. Kita pun berkerja. Selepas itu berkahwin dan mempunyai anak. Yang terakhir sekali, meniti usia tua dan kemudian menemui ajal.

Begitulah perjalanan hidup yang selalu kita fikir-fikirkan. Kita sogok minda kita dengan pemikiran itu. Saya nak mengajak anda semua untuk meninggalkan pemikiran seperti itu. Apa jaminan yang anda boleh berikan dengan mengatakan anda akan sempat graduate daripada universiti, berkahwin dan mempunyai anak? Tak semua orang bertuah seperti itu. Ramai sahaja yang mati di usia yang muda. Di Tawau yang merupakan tanah kelahiran saya mencatatkan kisah pilu apabila seorang wanita maut dalam kemalangan. Padahal wanita itu baru sahaja bertunang dengan jejaka pilihan selama sehari. Sehari sahaja.. perkahwinan yang diimpikan musnah begitu sahaja. Hidup kita nie sangat singkat. Perbanyakkanlah mengingati kematian. Walaupun menyakitkan dan menggerunkan, tetapi tidaklah sesakit azab kubur dan tidaklah segerun menantikan soalan daripada Munkar dan Nakir. Kematian itu pasti. “Setiap yang hidup pasti akan merasai mati..” Sesungguhnya hidup ini terlalu singkat.. Terlalu singkat…
Renung-renungkan dan fikir-fikirkan..




No comments: