Semoga hari2 anda diselubungi ketenangan jiwa yang hakiki..
Thursday, December 16, 2010
BERADABLAH KEPADA DIRIMU
Saturday, July 24, 2010
KATA-KATA HIKMAH KHULAFA' UR RASYIDIN
Tuesday, July 20, 2010
Coretan Hatiku Yang Mati..
Wednesday, July 14, 2010
HIKMAH DIAM
Saya ingin kongsikan sesuatu yg sngt bermanfaat yg saya dpt dari sorang shbt.. silakan baca..semoga bermanfaat :)
Bagi mereka yg beriman, lidah yg dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan utk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan utk mengeluarkan mutiara-mutiara yg berhikmah. Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia drp mengucapkan perkataan yang sia-sia.
HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayan tanpa meminta maaf kpd orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.
Hadis2 Rasulullah mengenai kelebihan diam yg bermaksud:
* "Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya.Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". ( RW ABU NAIM )
* "Barangsiapa yg beriman kpd Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yg baik atau diam". ( RW BUKHARI & MUSLIM )
* "Barangsiapa diam maka ia terlepas dr bahaya".( RW AT-TARMIZI )
Madah Dari Hukama:
* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KRN KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORG CERDIK YG PENDIAM LEBIH BAIK DR ORG BODOH YG BANYAK CAKAP.
* MENASIHATI ORANG YG BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG.
* KALAU ORG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YG SEBENARNYA ORG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.
Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dgn diam. Jalan yg terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap ke arah perkara2 yg baik. Bicara yg baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kpd kekuatan iman pada diri manusia.
Monday, April 5, 2010
Aku punya kenangan PLKN.. Aku juga punya Mami yang Terbaik!
Mood: Santai
Masa: 01.40 pm
Assalamualaikum w.b.t.. Rasa jari jemari nie tetiba nak berkongsi sebuah cerita. Cerita tentang kenangan semasa berada dalam PLKN.. Cerita tentang kasih ibu.. Tersenyum sejenak.. Betapa seorang ibu membesarkan anak-anaknya dengan penuh ketabahan. Betapa mulia mereka yang bergelar ibu.
Teringat pula pada seorang kenalan mami saya(kdg2 orang pelik bila saya panggil mami.. huhu), Rohaya namanya. Macik Rohaya.. Beberapa hari lepas macik datang ke rumah. Berbual bersama mami. Tetiba timbul cerita tentang anak lelakinya yang sedang mengikuti Program Latihan Khidmat Negara(PLKN). Saya tersenyum mengenangkan pengalaman yang saya perolehi ketika mengikuti PLKN suatu masa dulu. Namun senyuman saya terhenti kerana melihat macik Rohaya mengesat air mata. 'Macik sedih rupanya..', hati saya bermonolog.
Saya pun kata, 'macik janganlah sedih. Along okek jak di sana tue. Nanti lama2 bukan dia mau balik tue. sebab rasa best suda disana. Macam kami semua dulu. awal2 jak sedih. lepas tue ndak mau balik suda..' (baca ikut loghat sabah)
Lalu mami pun mencelah, 'beginilah anak2.. kita disini mengalirkan air mata.. dorang disana bukan main gembira'. Terkesan sungguh di hati saya.. Ya.. Sememangnya apa yang mami katakan betul. Mami pernah merasainya..
Kump 1 Siri 5 2008 Kem Geo Kosmo, Kuala Kubu Bharu, Selangor masih dalam ingatan dan takkan pernah terpadam. Mami berusaha sedaya upaya untuk saya ditukarkan ke Kem San Sui(tak tahulah ejaan betul ke tak) yang terletak di Tawau, Sabah. Tapi saya berkeras untuk tak nak tukar. Saya kata nak berdikari di tempat orang. Lalu mami pun terpaksa mengalah.
Saya ingatkan senang bila masuk PLKN nie. Rupanya tak.. Tapi alhamdulillah pada awalnya saya tak pernah menangis sebab berpisah dengan keluarga. Saya pernah tergelak bila melihat ada yang menangis dalam dorm saya. Bila tanya dari hati ke hati, rupanya menangis rindukan keluarga.. Hati saya pelik. Saya tak menangis pun? Malah saya dan kawan2 yang datang jauh dari Sabah selalu djadikan contoh oleh jurulatih. Teringat kata2 seorang jurulatih saya, Cikgu Sarwati, 'tengok irma. Dia dari Sabah. Tak menangis pun'. Saya hanya tersenyum. Ya.. Benar.. Saya tak menangis. Tapi mami saya menangis. Bukankah itu lebih menyakitkan sebenarnya? Bilamana ibu kita menangis kerana rindukan kita tapi kita pula sebaliknya??
Handphone kami diambil dan hanya diberi semasa hujung minggu. Nasib baik ada telefon awam. Saya dan kawan2 masing2 membeli kad telefon supaya senang nak guna. Tiap2 hari saya kol mami supaya mami tahu saya dalam keadaan baik. Saya sedih sebenarnya. Rindu pada mami tak tertanggung. Tapi saya tak suka menangis macam pelatih lain. Saya tak suka orang nampak saya nie lemah. Jadi saya selalunya akan menangis sembunyi2. Hehe (n_n)v
Saya ditempatkan dalam kumpulan Alpha. Saya masih ingat bagaimana saya dan beberapa pelatih yang lain mencipta logo kami yang mana akhirnya kami menang semasa malam Kontrak Kita Janji(KKJ). Pengalaman yang takkan dilupakan.. Masa itu saya bersorak kegembiraan. Rupa2nya mami saya menangis kesedihan..
Mami saya sanggup datang dari jauh untuk menjenguk saya. Saya gembira. Saya nak tunjukkan bahawa saya baik2 saja berada di kem latihan. Tapi Allah menentukan.. Satu hari saya jatuh pitam. Jatuh kat kawasan berbukit. Nasib ada kawan menahan daripada tergolek jatuh. Saya pun dikejarkan ke medic(klinik kat kem tue kami panggil medic). Saya masih terasa bagaimana jurulatih saya menampar perlahan wajah saya supaya saya sedar. Ada jugak jurulatih yang garang. Dia kata kalau saya tak bangun dia tampar saya kuat2. Saya dengar sayup2 suara mereka. Saya nak buka mata tak boleh. Memang kecoh satu kem. Huhu..
Sebenarnya saya memang dah rasa tak sihat. Petang tue ada latihan komando. Saya dah minta dikecualikan. Tapi saya masih berada di tapak latihan. Melihat betapa seronoknya, lalu saya merasa sihat semula. Hehe.. Saya pun curi2 ikut latihan yang mana membawa kepada pitam. Selepas sedar telinga saya tak habis2 mendengar leteran jurulatih saya.
Rupa2nya tak berhenti disitu. Selepas keluar dari medic saya dimasukkan semula kerana demam. Bila demam tak kebah juga saya dimasukkan ke dalam hospital. Saya telah disuspek denggi. Fuh! Peritnya bilamana terpaksa ulang alik ke hospital untuk cek darah. Saya masih ingat bila dimasukkan ke dalam hospital dan 2 orang nurse nak menyuntik saya. Saya menangis meronta2. Nak ketawa pun ada bila melihat muka nurse tersebut. Dalam hati saya berkata, 'nurse baru kot. huh, tak boleh! kang dia salah cucuk!!'. Bila jurulatih yang garang datang saya hanya menangis tanpa suara. Rasa lucu pulak bila teringat semua tue.. Sampai sekarang saya anti pada suntikan.. Cukuplah 7 kali suntikan sepanjang berada dalam PLKN.
Selepas disuntik saya pun tertidur. Bila bangun tetiba saya melihat pacik. Serba salah saya rasa. Pacik saya yang masih menuntut di UM masa tue tetiba marah2. Dia tak puas hati sebab saya ditinggalkan keseorangan di hospital. Bila sampai kat kem semula, pacik saya marah jurulatih. Padahal saya dah pesan dalam kereta, jangan cakap apa2 kat jurulatih. Pacik saya tak peduli juga..
Masa tue memang saya jadi tumpuan jurulatih. Haha.. Teringat pulak bilamana tibanya waktu makan malam, saya selalu tak makan. Cikgu Sarwati akan cari saya kat dorm. Satu dorm bergema suara cikgu. Saya selalu ambil buah dan lari balik dorm. Kena lari, kalau tak, nanti kena tangkap oleh jurulatih dan kena paksa makan. Haru biru jadinya masa tue. Haha..
Mami selalu datang jenguk saya. Selama sebulan mami berada di semenanjung. Kalau tak silap saya mami habis dalam RM4000 lebih. Hanya untuk saya seorang. Kawan2 pelatih Sabah yang lain rindukan masakan Sabah. Saya pun minta mami masak dan kami makan beramai2. Meriahnya masa tue.. Banyak kali juga mami masak dan bawa ke kem. Saya ajak semua wira dan wirawati alpha makan bersama. Tak lupa juga jurulatih saya. Mami memang suka masak.. Sangat seronok masa tue..
Ada kawan2 kata saya nie anak manja. Ya.. Benar.. Saya tak nafikan. Tapi manja hanya bila bersama dengan mami saya. Bila berjauhan saya jadi orang yang sangat berdikari. Teringat kalau kat rumah, kerja rumah mami selalu siapkan. Saya tak sempat nak buat mami dah siapkan. Bila berada kat kem semua saya buat sendiri. Mungkin mami sedih sebab takut saya tak dapat buat semua. Huhu.. Nampaknya saya berjaya menbuatkan mami saya bangga.. Haha
Saya tak tahu apa seorang ibu rasa sebenarnya. Sebab saya tak jadi ibu lagi. Kalau saya jadi ibu pasti saya memahami apa yang mami rasakan. Pernah sekali semasa malam penghayatan, saya dipanggil untuk membacakan surat dari seorang anak untuk ibunya. Sampai terduduk saya menangis dan saya tak mampu meneruskan bacaan. Disitulah buat pertama kali saya menghamburkan air mata kerinduan saya terhadap mami di depan semua jurulatih dan pelatih.. Bila mami datang jenguk, saya terus peluk mami dan menangis.. Mami tanya, 'kenapa nie??'. Saya pun jawab sambil mengesat air mata, 'ada malam penghayatan.. rindu mami..'. Mami saya ketawa je..
Sekarang macik Rohaya mengalami apa yang mami pernah alami.. Saya yakin along pun rindukan maknya. Cuma lumrah seorang lelaki takkan tunjuk sangat. Along seorang anak yang baik. Along berada kat kem latihan di Melaka. Kalau sekitar Selangor agak senang untuk saya pergi menjenguk. Tapi Melaka.. Susah sikit. Apapun moga2 along akan setiasa sihat disana. Lelaki senang sikit.. :)
Sampai sekarang saya masih berhubung dengan jurulatih saya.. Untuk kumpulan alpha ada 3 jurulatih.. Cikgu Sarwati, Cikgu Pauthi dan Cikgu Affendi. Cikgu fendi tue ayah angkat saya. Tapi saya lagi rapat dengan cikgu pauthi. Tambahan pula anak ckg pauthi masuk uia juga. Kalau ckg datang melawat anaknya, hafizah, cikgu mesti hubungi saya untuk berjumpa.
Teringat pula pada Badan Islam PLKN(BIP). Saya sebagai ketua muslimat dan seorang sahabat dari Terengganu sebagai ketua muslimin. Kami sendiri yang menubuhkan badan tersebut untuk membantu ust sebab ustazah takda. Baru berhenti tak silap. Kesian ust nak tangani kami yang ramai.. Lalu kami pun membantu yang termampu.. Banyak program yang kami buat. Kami rancang bersama ust. Manisnya kenangan tersebut.. Tapi yang membuatkan saya selalu tergelak bilamana saya dan ketua muslimin tue sama2 dimasukkan ke hospital kerana suspek denggi. Cuma keadaan dia lebih teruk daripada saya. Saya masih ingat mami datang mengambil saya dari hospital dan saya terpaksa meninggalkannya.. Sedih rasanya. Bila nak pergi saya jumpa sahabat saya tue dan ucap selamat tinggal. Dia tersenyum dan kata, 'take care irma'. Saya sedih sebab dia keseorangan. Takda family datang.. Betapa bertuahnya saya..
Banyak yang saya pelajari semasa berada dalam PLKN. Sebab tue mami sekarang dah percaya bahawa saya mampu menjaga diri di tempat orang. Teringat pula setiap kali habis cuti sem, mami selalu tanya samada saya nak mami saya hantar sampai UIA atau tak. Saya dengan yakin kata tak. Haha.. Kalau kembar saya memang selalu ditemani oleh mami saya. Anak manja.. Itulah modal saya untuk mengusik kembar saya.
Mami memang terbaik! InsyaAllah kalau ada rezeki Allah beri saya merasa untuk jadi seorang ibu.. Saya nak jadi macam mami saya.. Memang terbaik!! (n_n)v
p/s: dah lama tak jenguk kem geo kosmo.. insyaAllah dalam perancangan.. mg Allah permudahkan..
Saturday, March 27, 2010
KISAH RAHSIA
Monday, March 22, 2010
Moga2 Tiada Rasa Benci...
Masa: 6.23 am
Mood: jiwa kacau!
Apa perasaan anda bila ada yg kata anda nie macam nie.. Anda tue macam tue..?? Marah? Sedih? Gembira? Tak kisahlah sebab takda kaitan dengan saya :)
Semalam saya baru sahaja remove beberapa orang sahabat dari fb dan offline mereka kat ym. Alasan?? Sebab saya tak suka diorg. Diorg suka saya ke?? Suka ke tak suka saya tak kisah.
Saya insyaAllah dalam proses merawat hati dan memperbaiki kelemahan diri supaya tiada benci dalam hati. Saya tak suka sesetengah orang bukan sebab salah diorang. Mostly salah saya. So, sebagai langkah terbaik agar kesalahan saya tak berulang, saya tak nak tau apa jadi kat diorang dan saya pun tak nak diorang tau apa jadi kat saya.
Kadang2 bila dah bertekad nak berubah ada je ujian datang. Saya paling tak suka gaduh ataupun ada selisih faham dengan orang. tapi, kalau terjadi juga maknanya saya memang benar2 tak suka pada anda. Dan saya tak kisah anda suka ataupun tak dengan saya. Sebab anda bukan orang penting dalam hidup saya. :)
Mohon maaf atas salah silap. Saya akui.. Semua salah faham adalah berpunca daripada kelemahan diri saya sendiri. Saya sangat mementingkan kesempurnaan dan komitmen dalam melakukan sesuatu samada bergerak kerja ataupun sebagainya.. Dan bilamana saya dah bagi 100% tapi beberapa pihak pula sebaliknya, yang tue menyebabkan saya mudah naik angin :) (moral: sifat mementingkan kesempurnaan kalau tak dapat dikawal akan menjadi kelemahan yang mana akan membinasakan diri sendiri)
Bilamana kita terlalu mementingkan kesempurnaan dan komitmen, dan mereka2 tak memberikan yang terbaik kita akan frust giler2. Padahal kita tak tahu apa halangan yang menimpa mereka.. (moral: saya kena latih diri untuk lebih husnu dzon)
Mohon maaf sekali lagi.. Doakan saya agar mampu merawat hati dan memperbaiki kelemahan diri. Moga2 dalam hati tiada rasa benci..
Saturday, March 20, 2010
HATI-HATI BERTANYA
Wednesday, March 17, 2010
AKIBAT LUPA MATI
..InshaAllah..
Click here if you wanna noe me
- aku abid
- Seorang penyair yang selalu berduka. Namun kehadirannya menjadi inspirasi. Menyembunyikan kedukaan menzahirkan kesenangan.
~Aku ingin menjadi Abu Bakar~
Aku ingin menjadi Abu Bakar
Menjalin setia sebuah persahabatan
Setia berkorban demi kebenaran
Sebagai Umar,
Berdiri tatkala tunduknya manusia
Bersuara tatkala diamnya mereka…
Seteguh Ibnu Zubair
Yang setia menahan panahan Hajjaj
Bersama si ibu tua
Lantas mati dalam dakapan sejarah..
Seteguh pemuda Ghiffari
Menentang kezaliman walaupun diancam
Aku ingin menyulam kerendahan hati Yusuf
Yang memaafkan saudaranya
Walau bertemankan kegelapan perigi tua
Serta tawakal Ibrahim
Ketika meninggalkan insan tercinta
Di bumi tandus tanpa bicara…
Ingin kusemai benih imam Al-Banna
Yang merelakan tubuhnya dimamah peluru
Serta senyuman ai-Qutb
Ketika berdepan dengan tali maut
Lantas terukir keharuman di pusaraku
Bagai harumnya pusara Ashabul Ukhdud..
Tuhanku
Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa. [al-Nisa’:36]
Qudwahku
Ketika Ummul mu’minin ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha ditanya tentang ahlak (tingkah laku) Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau menjawab, “Sungguh akhlak Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah Al Qur’an.” (HSR Muslim no. 746). Ini bererti Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah orang yang paling sempurna dalam memahami dan mengamalkan isi al-Qur’an, menegakkan hukum-hukumnya dan menghiasi diri dengan adab-adabnya. (Lihat keterangan imam an-Nawawi dalam kitab Syarh Shahih Muslim 6/26). Maka orang yang paling sempurna dalam memahami dan mengamalkan sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, dialah yang paling sempurna dalam berpegang teguh dan mengamalkan Al Qur’an dan agama Islam secara keseluruhan.
Petunjukku
“Ramadan, bulan yang dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi umat manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (di antara yang hak dan batil).” [al-Baqarah:185]