Saturday, March 20, 2010

HATI-HATI BERTANYA


Di dalam sesetengah perkara yang ingin anda ketahui tetapi dibatasi oleh larangan tatatertib agama, maka anda hendaklah bersabar, lambat-laun akan anda ketahui juga. Contohnya, dalam kisah Luqman Al-Hakim ingin mengetahui bagaimana Nabi Daud A.S membuat baju besi itu, Luqman dapat menahan keinginan untuk bertanya. Dia bersabar dan berulang-alik ke rumah Nabi Daud A.S selama setahun, semata-mata untuk mengetahui perkara itu dengan penglihatan mata sahaja tanpa bertanya. Akhirnya dia mendapat pengetahuan bagaimana hendak membuat baju besi seperti itu. Kesimpulannya, batas-batas pertanyaan yang diharuskan ialah :

1.   Pertanyaan itu tidak membawa kepada mudharat, samada bagi yang bertanya mahupun yang ditanya.

2.   Pertanyaan itu tidak mendedahkan perkara yang dirahsiakan termasuk yang mengaibkan seseorang.

3.   Pertanyaan itu tidak membawa akibat yang menjadikan seseorang itu riak atau berdusta. Dengan meninggalkan pertanyaan-pertanyaan seperti yang di atas, anda akan menjadi seorang muslim yang baik.

Cara-cara untuk menyekat atau mengawal keinginan nafsu bertanya dan berkata-kata ialah:

1.    Hendaklah mengingati "mati" yang boleh tiba pada bila-bila masa sahaja.

2.    Hendaklah sentiasa ingat, seseorang itu bertanggungjawab terhadap setiap kata-kata yang diucapkannya.

3.    Sentiasalah beringat bahawa masa itu emas. Jangan membuang masa dengan perbuatan atau kata-kata yang sia-sia. Sedarlah bahawa setiap detik nafas anda adalah pelaburan bagi masa depan anda.

4.    Hendaklah sentiasa mengawal lidah daripada berkata-kata yang tidak perlu atau yang tiada kena-mengena.

5.   Jika anda bimbang selalu bergaul dengan orang ramai itu akan mendatangkan bencana terhadap lisan, maka bolehlah anda mengasingkan diri.

6.   Biasakan berdiam diri atau membiasakan lidah tidak berkata-kata yang tidak perlu dan tiada kena-mengena.



2 comments:

Fate, hah? said...

woo...
ok2
aku dah la jenis suka bertanya
org pun agaknya dah naik rimas ngn aku
huahua

aku abid said...

haha~