Saturday, August 22, 2009

Nasib si Anak Perantau...

Alhamdulillah.. berjaya gak melalui hari puasa yg pertama.. saya yg plg semangat.. walaupun saya @#@#@#@... keh keh keh.. biarlah rahsia..

Saya malas nak cita sbenanya.. tapi nak cita gak! hehe.. hari nie saya, rusni n beberapa org adk sabah buka posa skali (anis, darni, mariam n fatimah).. kalo bahasa sabah tak panggil buka posa. kami panggil sungkai.. bila sungkai sama2 trasa beshnya.. smpai sbt2 psl sabah.. aduyai.. rindunya kampung halaman.. nie la nasib si anak perantau.. ceh... nak tangkap syahdu dah nie...

Yg tak le tahan bila cita2 sambil makan tue.. ada je adk2 nie wat lawak. terutama darni.. kami bandingkan makanan di semenanjung nie dgn sabah. lebih spesifiknya tawau.. sbb rata2 kami drp tawau..

Kalo disini.. kuih bulat warna hijau yg diselaputi kelapa dipanggil kuih melaka. kalo di tmpt kami, tawau.. kami panggil onde-onde. beza kan? kan? kan?? keh keh keh..

Yang paling tak tahan bila darni mula cita pasal pengalamannya beli kuih terang bulan. utk pengetahuan suma, disini terang bulan tue dipanggil apam (kalo tak silaplah..). darni punya konfiden je ckp kat penjual nak kuih terang bulan. manalah penjual tue nak paham.. bila darni tunjuk kuih yg mana satu, baru dia phm.. hahaha...

Bnyk lagi kitorg cita.. yg pntg.. bila berkumpul mcm nie menggamit memori bersungkai bersama family.. teringatla pulak ngan family... huwaaaaaaa.....!!!

Tapi kan... nak wat camana.. begitulah adat sbg anak perantau.. mesti kuat!!! nak tangkap syahdu dah nie... isk2..

Teringin nak makan masakan mami saya.. saya yakin dan pasti.. bukan saya sorg je rasa mcm tue. suma anak sabahan pun rasakan menda yg sama.. sabar ya suma...

Pada yg balik raya tue.. jgn dilupa kami yg tak balik nie.. isk2.. saya tak balik.. maknanya 2 kali beraya diperantauan.. yg balik tue.. jgn lupa beli amplang.. keh keh keh.. sempat lagi ya..

Baru posa sehari! dah ingt raya.. hisy! tak ble blah betul irma nie..

Bukan apa.. adat perantau.. masa skrg nie la alunan lagu raya akn berkumandang.. tak rasa syahdu lagi.. tunggula dua tiga hari lagi nak raya.. adalah yg menangis tak berlagu.. ceh! sapa tue?? irma ke?? no.. no.. no...

rindu hati ini.. ingin ku kembali... bla.. bla.. bla.. (lirik lagu)

stop dululah.. kang bnyk saya merapu.. kapla tak brapa betul skrg nie..

Friday, August 21, 2009

RAMADHAN TIUP SEMANGAT LAWAN MUSUH DALAMAN

PEMBUKAAN kota Makkah adalah antara peristiwa besar dalam sejarah Islam yang berlaku pada Ramadan. Peristiwa ini berlaku pada tahun ke-8 hijrah. Pembukaan kota Makkah dilihat sebagai kejayaan penting dalam peribadatan dan perkembangan syiar Islam kerana di sini terletak kiblat bagi orang Islam iaitu Kaabah


Sempena pembukaan kota ini, Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami sudah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata. Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah silapmu yang lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmat-Nya kepadamu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya).

“Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepenuh-penuhnya dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada tolok bandingnya).” (Surah al-Fath, ayat 1 hingga 3).

Peristiwa ini berlaku apabila Bani Bakr dalam naungan Quraish bertindak menyerang Bani Khuzaah dalam naungan Islam pimpinan Rasulullah.

Serangan Bani Bakr dibantu pihak kafir Quraish. Tindakan ini menimbulkan kemarahan orang Islam kerana dengan pertolongan itu, pihak Quraish melanggar perjanjian Hudaibiah yang dipersetujui mereka dengan pihak Islam. Lebih-lebih lagi, serangan itu menyebabkan berpuluh-puluh orang daripada Bani Khuzaah terbunuh. Menurut catatan sejarah, hampir 20 orang terbunuh dalam serangan itu.

Oleh kerana serangan itu dibantu pihak Quraish, maka Amru bin Salim bersama rakannya daripada Bani Khuzaah bergegas ke Madinah untuk memberitahu dan meminta bantuan daripada Rasulullah.

Apabila pihak Quraish mendengar permintaan Bani Khuzaah kepada Rasulullah, mereka begitu menyesal, lalu menghantar Abu Sufian bin Harb bertemu Baginda untuk merayu dan memohon maaf di atas tindakan mereka. Namun, Rasulullah dan sahabat tidak menghiraukannya. Dengan keputusan itu, beliau pulang dengan perasaan hampa dan kecewa ke Makkah.

Oleh kerana perjanjian Hudaibiah dilanggar pihak Quraish, maka Rasulullah menyiapkan Muslimin dengan jumlah mencecah hingga 10,000 orang berangkat ke Makkah. Keberangkatan Rasulullah dan sahabat ke Makkah dijangka oleh pihak Quraish.

Catatan sejarah menjelaskan bahawa sahabat dapat mematahkan cubaan Hatob untuk mengutuskan surat ke Makkah bagi memaklumkan keberangkatan Muslimin.

Apabila Hatob dihadapkan kepada Rasulullah, beliau menjelaskan bahawa tujuan mengutus surat ke Makkah melalui seorang wanita bertujuan memaklumkan kepada keluarganya mengenai keberangkatan Muslimin dan bukan berpaling tadah atau murtad.

Alasan ini diterima Rasulullah kerana beliau adalah salah seorang pejuang di medan Badar yang Allah menjanjikan keampunan.

Setiba Rasulullah di Makkah, orang Islam berjaya memasukinya tanpa tentangan sengit. Walaupun beberapa pertempuran berlaku, ia dapat dipatahkan oleh Khalid Ibn Walid dan sahabat lain.

Apabila Rasulullah memasuki kota itu, Baginda bertindak menghancurkan berhala di sekeliling Kaabah sebagai simbol berakhirnya penyembahan berhala di Makkah. Pihak Islam juga memberi layanan amat baik kepada orang Quraish.

Daripada peristiwa ini, dapat diperhatikan juga beberapa tindakan Rasulullah kepada orang kafir.

Pertama, ketika menandatangani perjanjian Hudaibiah, Rasulullah kuat dan Islam mantap, namun baginda dan pihak Islam tidak mencabuli perjanjian itu, malah menghormatinya. Tetapi, apabila perjanjian itu dicerobohi, maka Rasulullah akan mengambil tindakan terhadap yang melanggarnya.

Tindakan ini melihatkan Islam adalah agama yang menepati perjanjian. Tetapi, pada hari ini kita melihat kuffar menguasai dunia dan kekuatan mereka nyata dengan beberapa siri serangan ke atas negara Islam.

Kedua ialah tindakan Rasulullah memberi kemaafan kepada orang kafir Quraish ketika pembukaan Makkah. Ini adalah langkah tepat bagi menarik mereka kepada ajaran Islam, walaupun sebelum ini mereka menindas, menyeksa dan membunuh orang Islam.

Ini menunjukkan Islam menjaga keamanan sejagat dan tidak memperlakukan musuhnya kerana dendam. Segala tindakan berdasarkan kepada lunas yang digariskan syarak.

Daripada peristiwa ini, jelas bahawa Ramadan bukan bulan yang menyebabkan umat Islam lemah. Sebaliknya, ia bulan yang meniupkan semangat berjuang untuk melawan musuh sama ada berbentuk dalaman seperti memerangi nafsu atau musuh luaran untuk menghancurkan umat Islam melalui pelbagai teknik dan bentuk penghancuran.

Oleh itu, apabila umat Islam berjaya melawan nafsu, maka mereka akan berjaya melawan musuh yang sentiasa mengancam dari luar. Apabila umat Islam sentiasa memusuhi nafsu jahat, maka mereka akan sentiasa melawan musuh yang memadamkan cahaya Allah. Sebaliknya, jika umat Islam tidak mempunyai pertahanan diri kukuh dalam melawan nafsu jahat, maka kebanyakan mereka turut tumbang apabila berhadapan dengan serangan kufar. Inilah pentingnya tarbiah pada Ramadan yang mampu melahirkan umat yang bukan saja dapat menahan diri daripada godaan hawa nafsu, malah melatih diri untuk berhadapan dengan musuh di alam nyata.


p/s: mari kita bersama2 menambah amal ibadah dlm bulan yg mulia nie... melawan nafsu yg paling utama.. nafsu kuat tido.. mls g clas.. mengumpat etc.. bukan bermakna semangat nak buat suma tue masa ramadhan nie je.. kita cb istiqamah okek....????!

Wednesday, August 12, 2009

Surat Dariku utk Diriku..

Kini 19 tahun engkau hidup..
Terlalu banyak nikmat Allah utkmu..
Nikmat yg paling besar yakni nikmat iman dan islam
Nikmat yg tak dpt engkau dustakan..
Bukankah engkau perlu bersyukur???
Sudah tentu..
Bersyukur itu sudah pasti..

Nikmat apa lagi yg Allah berikan??
Terlalu banyak bukan??
Nikmatnya bersahabat.. Nikmatnya berukhuwwah..
Semua terasa nikmat bilamana disatukan dengan ikatan aqidah..
Engkau sudah hadam tentangnya bukan??
Adakah engkau masih mahu mendustakannya??

Apa lagi nikmat Allah?
Jgn tipu diri sendiri..
Sesungguhnya engkau tahu..
Hati yg berperasaan juga nikmat daripada Allah..
Mahu mendustakannya lagi??

Banyak lagi nikmat Allah..
Engkau hnya perlu merenung nikmat hati.. nikmat bersahabat.. dan nikmat berukhuwwah..
Kerana apa??
Kerana engkau hampir mendustakannya bukan??
Betapa ramai yg memujuk dan menasihati
Tp engkau tetap buat tak peduli..

Betapa nikmatnya hati yg berperasaan
Engkau nafikan dgn cb menukarkan hatimu mjadi hati yg beku!
Betapa nikmatnya bersahabat
Engkau cemari dgn perasaan emosionalmu!
Betapa nikmatnya berukhuwwah
Engkau kotori dgn sifat putus asamu!

Nikmat yg mana lagi engkau dustakan?!!

Perlukah hati yg tak bersalah itu engkau hukum?
Perlukah sahabatmu engkau pinggirkan?
Perlukah ukhuwwah itu terputus di tengah jalan?

Jawab dgn akal yg waras.. Bukan dgn nafsu yg sesat!

Engkau tak rasa ke yg engkau tue
Selalu menyusahkan sahabat2mu??
Adakah dgn mengasingkan diri mampu mengubah segalanya?
Adakah dgn berdiam diri dan menganggap tak pernah berlaku apa2 merupakan jln penyelesaiannya?

Jawab dgn akal yg waras!

Engkau tahu dirimu seorg yg optimis..
Takkan pernah mengalah wlu ditimpa badai yg mengganas
Tapi..
Kenapa ujian sekecik nie engkau dah rebah?
Bukankah sorg sahabatmu pernah berkata
Bahawa engkau akn mudah jatuh bila berhadapan dgn ujian yg lagi besar
Bilamana ujian sekecik nie pun tak mampu atasi..

Renungi dgn hati yg Allah anugerahkan..

Aku tahu..
Engkau masih mengharap..
Utk semuanya kembali seperti sediakala..
Aku tahu..
Engkau masih mencuba..
Wlupun hasilnya sngt menyakitkan..
Jgn diharap pd org itu
Tp, mengharaplah pdNy
Nescaya engkau takkan kecewa..

Wahai dirimu yg juga diriku
Engkau adalah aku..
Dan aku adalah engkau..
Jgn bebankan fikiranmu dgn semua nie..
Juga jgn engkau korbankan hatimu, sahabatmu dan ukhuwwah yg terbina ats ikatan aqidah..
Aku tahu betapa penting ketiga2 itu utkmu..
Krn aku juga merasa kepentingannya..
Bukankan diri kita sama??

Jgn juga engkau hampakan harapan sahabat2 mu..
Betapa mereka mengharap semua kembali kepada sediakala..
Jgn pula engkau berjanji kpd mereka..
Krn engkau sendiri tahu..
Betapa sukar dan mustahil semua itu..
Apa yg dapat engkau lakukan ialah..
Mengharap padaNy..

Jgn dustakan nikmat yg diberikan
Ujian itu juga satu nikmat..
Cari dan jadilah dirimu yg dahulu..
Jgn biarkan hatimu menguasai dirimu..
Tapi kuasailah hatimu..
Aku menasihatimu krn engkau adalah aku..
Aku menyayangimu krn kita adalah satu..

- dariku utk diriku-

H1N1 : Musibah yg Mengajak kita Bermuhasabah

Penularan H1N1 kini semakin meruncing.. Baru2 nie di campus saya sendiri 2 org telah dijangkiti virus tersebut. Mereka positif H1NI. Sorg bro n sorg sis. Sangat terkejut masa saya menerima berita tue. Saya cb meletakkan diri saya di tmpt mereka.. Ntah apa perasaan saya.. Yg pastinya saya sngt takut..

H1N1.. Adakah ini teguran drp Allah??? Buat kita manusia yg lalai lagi alpa.. Setiap penyakit itu ada ubatnya.. Tp mungkin sbb kita nie manusia yg berdosa, Allah tak temukan kita dgn penawarnya lagi.. Wallahu'alam..

Kdg2 saya terfikir.. Kalau saya dijangkiti penyakit tue n Allah panggil saya menghadapNya.. Cukupkah amalan saya?? Ramai yg tak sedar di sebalik musibah nie kita patut muhasabah. Selama kita hidup, cukup ke amalan kita?? Apa sumbangan kita utk Islam?? Adakah kita nie jenis yg tak peduli dgn masalah umat Islam yg len?? Kau, kau.. Aku, aku.. Itukah kita???

Saya tak mampu mengulas panjang ttg isu nie.. Hanya apa yg saya ble kata, anggp musibah nie sbg satu teguran drp Allah utk kita muhasabah semula diri kita nie. Diri kita yg penuh dosa dan noda yg takkan hilang tanpa mendapatkan keampunan dariNya..

"Musibah mengajak kita bermuhasabah"

Sunday, August 9, 2009

Hatiku yang rapuh..

Di keheningan malam

Aku bertafakur sejenak

Aku serahkan diriku padaMu

Mengenang kembali dosa dan noda yang menyelaputi diri yang hina


Aku menangis dalam ketakutan

Aku mengaku sebagai pejuang di jalanMu

Aku bersemangat melaungkan kalimahMu

Aku kata itu dan ini

Tapi…

Aku terlupa..

Aku lalai..

Aku alpa..


Layakkah aku bergelar pejuangMu?

Hatiku lemah

Hatiku rapuh

Aku sakit ya Allah..

Aku sakit menahan betapa sakitnya hati ini..

Seringkali aku berfikir utk mengasingkan diri..

Seringkali juga panahan syaitan menembusi hati rapuhku..

“tinggalkan semua shbt2mu!! Kau tak bernilai lagi di mata mereka!!”

Itulah kata2 sang syaitan..


Pernah sekali..

Aku menangis dlm kesakitan yg amat..

Sehinggakan aku kata aku benci sahabatku!

Sehinggakan aku ingin pergi meninggalkan mereka

Biarlah mereka berjuang tanpaku

Aku tak bernilai di mata mereka!


Sungguh rapuh hatiku..

Terpedaya dengan hasutan syaitan

Aku berjuang melawannya

Aku letih..

Aku bosan..

Melalui perjalanan penuh berliku..

Dimana kesudahannya?.



Kepada hatiku..

Mengapa engkau begitu rapuh??

Jika ingin berjuang

Perlukan hati yg kuat

Agar mampu mengharungi segala mehnah dan tribulasi

Mengapa engkau begitu rapuh??


Hatiku yang mati..

Aku berusaha menghidupkan engkau kembali

Aku letih bertarung denganmu

Aku takut aku kalah pada akhirnya

Engkau semakin rapuh dari hari ke hari..


“biarkan!! Jgn dikenang lagi!!”

Itulah bisikan hatiku..

Yang mana itulah modalku

utk melawan kata2 syaitan yg tak jemu bertamu

Tapi..

Aku seakan2 tak mampu bertahan lagi..

Aku benci hatiku!!

Aku benci!!!!


Hatiku yg rapuh..

Perlukah aku menguncimu??

Biarkan engkau tak mempunyai apa2 rasa??

Kejamkah aku bila aku ingin menjadikan engkau sbg hati yg tak punya

Mata utk melihat

Telinga utk mendengar

Kejamkah aku??


Aku ingin sekali menjadikan engkau tak berperasaan

Aku letih melayan karenahmu

Biarkan aku sendiri..

Jgn pernah engkau menggangguku lagi!!

Sunday, August 2, 2009

Konsert Antara Dunia (KAD 09')

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dgn limpah kurniaNya, berjaya gak Konsert Antara Dunia semalam.. konsert nie anjuran gamis n rabbani production.

Saya n kak ma sepatutnya kena ada kat stadium sehari sebelum konsert. tp memandangkan kak ma ada exam, kitorg pun bertolak lambat..


Sampai je kat stadium ktorg agak blur. nak lalu bhg mana satu?? sbbnya tak pena pegi stadium tue lagi.. tp, alhamdulillah Allah permudahkan.. Ktorg adalah ajk dr unit carnival. tp memandangkan unit carnival dah nak abih wat aktiviti, ktorg diserap masuk dlm unit booth.. (sbb ktorg lmbt sngt dtg! huhu..)

nie la name tag saya.. pttnya tertulis carnival..tp akhrnya jd booth..

nie adala salah sebuah gerai.. bnyk jual bag. nasibla saya nie bukan shopperholic punya person.. ahaks...!


Ntah nak wat apa.. jln2 tnya samada org2 yg bukak gerai tue okek ke tak.. tak pun, kitorg round2 sambil merasa minuman free.. asyik wo0o0o... kitorg tak sbr sbenanya nak tunggu mlm konsert berlangsung..

nie adalah gerai yg memberikan perkhidmatan refleksologi.. kak ma dah cb. saya tak brani plak..

Ptg tue nak dkt maghrib rombongan UIA,PJ sampai.. Dlm satu bas gak.. Besh nya saya rasa bila dorg datang.. saya n kak ma pun g tunggu dorg kat tangga. pttnya saya yg incharge dr pj smpi ke stadium. saya kna pungut tambang bas. tp tak dpt, sbb g stadium awl. so, saya mnta kak had tlg. tp kak had pun tak dpt g last minute.. akhirnya kak tasya yg tolong.. tq akak!!! afta btau kat mana nak solat n suh dorg jln2 tngk gerai dulu, saya pun bawa la beberapa org muslimat g beli tiket. ada yg terhilangkan tiket masa dlm bas.. huhu..

Ptg tue gak, kak ma btau satu berita yg sngt2 mengejutkan.. sampai tak lalu mkn saya dibuatnya.. tp kak ma kata kna makan gak. so, saya pun makan je la.. pdhl dlm hati Allah je tau betapa risaunya saya.. bkn saya sorg.. ramai lg.. apa2pun, saya tetap bersemangat utk konsert mlm tue! saya menantikan persembahan drp shoutul harokah.. grup nie peberet saya.. saya suka lagu2 mereka sbb berunsurkan jihad. semangat jadinya.. tp dlm hati still cuak ngan berita yg kak ma sampaikan..

Mlm tue kump Nibras pun ada. drp mesir tak silap.. merdu je sora dorg nyanyi.. kumpulan drp Malaysia : Rabbani, Hijjaz n Raihan.. Indonesia : dah tentula my peberet.. shoutul harokah... THE BEST!!!


Konsert nie dirasmikan oleh ayahanda Tuan Guru.. Sayunya hati saya melihat betapa dimamah usia rupanya Tuan Guru.. Saya berkata kpd kak ma, "kak, kte doakan mg tuan guru dipanjangkan umur.. kalo Allah amek tuan guru, rasanya separuh drp semangat kte hilang. tp, apapun perjuangan mesti diteruskan.."


Kak ma berkata (sdkt demi sdkt memberi nasihat), bhw apapun yg terjadi perjuangn mesti diteruskan.. yup! saya mmg bersetuju.. bknlah bermakna bila tuan guru dah takda, perjuangan pun turut terhenti.. hnya padaMu Allah ku memohon.. pnjgkanlah umur pendokong islam..

Tp, yg agak membuatkan saya sedikit sayu bilamana kak ma kata tuan guru seakan2 ayahnya.. ayah kak ma baru je menyahut panggilan Ilahi.. mesti kak ma sn
gt sedih.. saya hnya mampu menyabarkan kak ma.. sesungguhnya kak ma sorg yg sngt tabah!

Persembahan mlm tue sngt100x mantop!!!! ada elemen2 ttg ibu bapa turut diselitkan.. yg mana kita sbg anak seharusnya taat pd kedua ibu bapa.. teringat mami saya kat Sabah.. sayu plak hati nie.. adakah saya dah menjalankan tanggungjwb sbg anak yg solehah?? adakah saya nie anak yg menyenangkan ataupun sebaliknya?? ya Allah.. mg2 mamiku redha dgn tiap perlakuanku.. bantulah aku mnjadi ank yg solehah.. ameen..

Dipaparkan gak ttg dari mana manusia dtg.. saya amat yakin dan pasti ramai yg akn berfikir. apa yg mereka lakukan selama ini btl ataupun tak.. mesti ramai yg berfikir wlupun tak ramai yg nak berubah..


Bkn ttg ibu bapa n dr mana kita dtg je.. ada gak sakaratulmaut.. lakonan yg mana menunjukkan sorg hamba Allah dlm kadan sdg menghadapi sakaratulmaut.. saya sngt takut melihat lak
onan tersebut. tapi, itulah yg kita suma bakal lalui.. tiap yg hidup pasti akan merasai mati.. lantas hati saya terdetik. kalo Allah cabut nyawa saya pada saat dan ketika itu, bersediakah saya?? ckupkah amalan saya?? bila kita mati, hnya 2 je tmpt kita. samada syurga ataupun neraka.. saya mmg tak layak utk masuk ke syurga tp saya tak nak masuk neraka.. saya sdg cuba melayakkan diri..

Apa yg saya boleh kata.. suma membawa pengajaran yg sngt berguna.. ditambah lagi dgn lagu2 yg mantop2 blako.. lakonan2.. sngt2 baek!!! ada gak pengenalan ttg gamis.. mesti ramai yg dah phm apa yg dibawa oleh gamis sbenanya.. syabas gamis!!!

Saya nie jenis yg hafal lagu2.. tp tajuk tak tau.. huhu.. so, bila org tnya tajuk lagu apa, saya pun
hnya menggelengkan kepala.. haha..

Saya melihat ramai yg memberikan sambutan hangat pada kumpulan peberet saya. sbb lagu2 mereka... Subhanallah.. benar2 membangkitkan semangat jihad! saya kata kat kak ma, "ptt bawa shoutul harokah g demo.. semangat sket.." kak ma gelak je..


Apa yg membuatkan semangat saya tmbh berkobar2 bilamana laungan takbir sentiasa bergema di seluruh isi dewan.. mcm nak g berperang je rasa. hehe.. dlm masa yg sama, kak ma beritau satu berita yg membuatkan saya lega yg amat!!! kak ma dpt berita tue melalui msg. then kak ma 4wd kat saya. barula saya 4wd pd shbt2 yg len.. masa tue saya dah mampu tersenyum tanpa ada gusar di hati.. alhamdulillah..


Saya tak dpt nak amek gmbr ms konsert
berlangsung.. sbbnya takda camera. kalo nak guna hp mmg tak leh la.. tak jelas mana.. tp takpa.. wlupun tak dpt amek gmbr, suma 2 akn tetap terpahat kat dlm kotak ingtn saya.. punya giler minat kat shoutul harokah nie..! hahaha

Mlm tue saya n kak ma pelu bermalam sbenanya. kak ma kata kna kemas apa2 yg ptt.. tp, kak ma kna g gombak pulak.. takkan saya nak tinggal sorg2 je.. dahla ramai gak ajk yg saya tak knal lg.. so, kak ma pun suh saya balik sama ngan student uia yg len.. saya apalagi....! gembira bukan kepalang!! sbb mmg saya nak blk pun.. =)
Masa nak naik bas blaku sket mslh. Bas yg student nilai naik rosak. so, dorg campur ngan kitorg student pj. saya tak tau rupanya ada gak student nilai dtg.. hmm.. bgs2..

Kami pun naiklah bas yg sama.. terpaksa duduk sempit2. ada gak yg tak duduk. dlm bas tue muslimin suma nyanyi. yg besh dorg nyanyi lagu shoutul harokah. bangga saya.. tetiba plak! haha.. tp... yg tak besh nya.. dorg nyanyi lagu len pastu.. trus telinga saya nie detect bnyak sora2 su
mbang berkumandang.. haiyoo.. td nyanyi lagu shoutul harokah sedap je.. tetiba nyanyi lagu len jd sumbang.. hmm.. musykil2...

Yg pntg, kami suma hepi..!!!! Harapnya ada lg konsert mcm nie di masa akan dtg.. syabas pd gamis!!!!!!!



nie masa nak balik dah...