Petang semalam saya menerima kiriman sms daripada sorang kwn yang menyatakan bahawa Bro. Asmady telah meninggal dunia.. Saya terkejut sangat dan hampir tak percaya. Bila saya kol sendiri pengirim sms tue, rupanya benar. Bro meninggal dunia kat Bukit Mahkota, Nilai selepas menunaikan solat jumaat. Accident. Accident apa saya kurang pasti. Yang saya dengar accident motor.
Terus terang saya katakan air mata saya tak berhenti mengalir.. Saya tak sangka begitu cepat Bro pergi. Masih terasa lagi camane bro mengajar kat dalam class. Penuh dengan gelak ketawa. Semua suka dengan cara Bro.. Saya bersyukur sebab dapat kenal Bro dan jadi salah seorang daripada student Bro..
Saya pernah mengadu dengan Bro. Saya rendah diri jadi budak ICT. Ramai pandang rendah kat saya. Bro selalu bagi semangat. Saya memang suka sangat jadi student ICT sebenarnya. Minat saya lebih kepada computer. Then, Bro pun cakap, “buat apa yang awak nak buat. Ramai yang tak tau ICT nie camane. Yang penting awak suka, jangan peduli orang lain. Buktikan pada diorang.” Kata2 Bro buatkan semangat saya kembali pulih. Thankz Bro.. Cuma saya terkilan tak dapat ucapkan terima kasih sekali lagi.
Apa yang pasti, kami ICT student berasa sangat kehilangan.. Kami sangat terkesan dengan pemergian Bro. Saya masih ingat lagi hari terakhir saya jumpa ngan Bro. Masa tue hari last kitorang exam dan petang tue kitorang kena present projek. Saya ucap selamat tinggal kat bro. Tak sangka rupanya tue pertemuan terakhir…
Kepada sume aktivis INTECHSS, bro dah takde.. Mesti pelik sket bila kita wat keje tapi bro takde. Selalunya kita rujuk bro, miss azimah n mdm faridah. Sekarang tinggal miss n mdm je.. Kehilangan tue tetap akan terasa..
Bro. Mohd Asmady Zakaria.. Seorang lecturer yang sangat baik.. Mengajar dengan gaya yang tersendiri. Menjadikan sume student sentiasa ceria. Thankz Bro.. Jasa Bro akan sentiasa dikenang..
Ya Allah, Engkau ampunilah dosa2 bro Asmady.. Tempatkanlah beliau dalam kalangan hambaMu yang beriman dan beramal soleh.. Ameen..
4 comments:
Dari-Nya kita datang, kepadaNya jua kita akn kembali.. Arwah memang seorang yang sangat baik dan bagus.. moga Allah tempatkan bro bersama orang yang beriman dan beramal soleh. Ameen . .
Al-Fatihah untuk beliau..Sebagai kawan karib dari sekolah dan semasa di universiti lagi, saya cukup terasa atas pemergian beliau bertemu Ilahi..
Al-Fatihah...:-(
Al- fatihah..
Salam, ada pembetulan sikit. Bro Asmadi meninggal dunia kat Bukit Mahkota,Nilai. Berdekatan dengan kawasan perumahan Arwah) selepas menunaikan solat jumaat.
Salam.. tq eny suzana.. info tue pun saya dapat daripada sorg kwn. maklumlah.. berada jauh kat sabah nie buatkan saya tak tau pape. apepun tq..
Post a Comment