Wednesday, April 8, 2009

BN kalah lagi..

Berdebar rasanya hati saya sepanjang perjalanan proses pengundian semalam. Tertanya2 saya. Sapelah agaknya yang akan menang?? Menjelang lewat malam akhirnya pertanyaan saya terjawab. Bukit Gantang dimenangi oleh PAS, Bukit Selambau dimenangi oleh calon dari PKR, dan Batang Ai dimenangi oleh BN.

Setelah mengetahui keputusan, saya tergelak sakan. Mana taknye, BN dah yakin sangat kata boleh menang. Tup..Tup..!! Kalah di dua kawasan. Dah takde rezeki. Nak wat camane kan?? Tapi yang membuatkan telinga saya nie sedikit panas apabila mendengar ulasan drp Dr. Sivamurugan Pandian dalam Fokus Pilihan Raya lewat malam semalam. Dia kata, Calon PAS menang sebab sedikit sebanyak adanya undi simpati. UNDI SIMPATI??? Takkan tak boleh terima kenyataan bahawa rakyat kat Bukit Gantang tue memang menyokong PAS kot…

Apa yang saya lihat BN seakan2 tak boleh nak terima pihak mereka dah kalah. Memanglah mereka kata mereka terima je keputusan yang rakyat dah buat. Tapi, nape perlu timbul persoalan undi simpati??? Hanya Dr. Sivamurugan Pandian yang boleh menjawab.

Saya bukan anti BN. Tapi saya anti kepada mereka yang selalu berpura2. Hmm.. Terpulang kepada anda semua untuk menilainya..

Teringat saya kepada ucapan sorang yang agak kuat pengaruhnya dalam BN(tak ingat namanya). Dia kata, rakyat seakan2 tak insaf apabila memilih pembangkang. Kerana apa?? Kerana pembangkang takkan bawa kemajuan sebagaimana kemajuan yang dibawa oleh kerajaan. Kemenangan yang diperolehi di Sarawak pada saya tak boleh dijadikan sebagai kayu pengukur bahawa rakyat masih menerima BN. Sekarang sume dah bijak nak cari kesahihan berita tentang kerajaan mahupun pembangkang. Tak perlu bergantung 100% pada TV. Seperti yang kita tahu, TV nie pro kerajaan. So, mestilah berita yang baik2 pasal kerajaan. Kemenangan di bahagian pedalaman Sarawak tue mybe sebab diorang tak dpt informasi yang lengkap. Sedangkan kawasan yang maju boleh dimanipulasi apatah lagi kawasan pedalaman. Kalau ada yang tak setuju, terpulang. Nie pendapat saya.
Kerajaan sepatutnya amik iktibar daripada sume2 yang dah berlaku. Kenapa boleh kalah di dua kawasan sekaligus?? Dah jelas rakyat dah tak boleh kena tipu. Sekarang banyak sumber untuk dapatkan informasi. Bukan setakat tengok kat TV. Rakyat dah boleh pilih yang terbaik. Di pihak pembangkang pulak, jangan suka dulu. Amik iktibar dari sume2 nie gak. Menang tak bermaksud menang. Tapi menang yang sebenarnya ialah menang dalam menegakkan Islam. Jauh lagi perjalanan..

Tahniah dan takziah kepada yang menang. Yang tak menang tue, kira alhamdulillah. Terlepas drp tanggungjawab yang berat.. Saya tak boleh nafikan betapa banyak jasa kerajaan kepada rakyat. Taraf hidup rakyat meningkat, dsbnya. Cuma yang hak dan batil tetap tak boleh bercampur. So, kerajaan kena pikirkan hal nie secara mendalam. Moga diberi petunjuk dan kekuatan yang hakiki. Apepun tahniah dan syabas di atas kemajuan yang diberikan selama nie dan mybe pada masa yang akan datang.

Melalui pilihan raya kecil nie saya dapat simpulkan satu era pemerintahan yang baru bakal menjelma. Kekalahan demi kekalahan yang diterima kerajaan pasti memaksa mereka untuk mengkaji semula di mana salah silap selama nie. Dipihak pembangkang pulak sudah pasti mereka akan sedaya upaya untuk mengekalkan kepercayaan rakyat.

Bagi diri saya dan anda semua, kita adalah insan biasa yang terpaksa berfikir secara luar biasa dalam menilai mana satu yang terbaik untuk menerajui tampuk pemerintahan negara. Jangan sampai salah pilih mengundang kepada kemungkaran yang berleluasa. Pastikan saluran informasi adalah tepat. Saya ingatkan bukan hanya melalui TV. Banyak lagi saluran lain. Semoga negara kita sentiasa dilimpahi rahmatNya..

2 comments:

ummu khosyatillah bt muzakir said...

salam..
no comment..:)

kita buat ksmpulan mcm ni je la ye..

kpd penyokong pas: jgn bersuka dlu..mcm irma ckp, msh jauh perjalanan dlm usaha mntarbiyah dn menegakkn syariat Islam..apa2 parti pun, bila kita dh menang, pasti akn ad mata2 yg melihat tindk tanduk kita..bersyukur kpd Allah SWT krn memberi peluang kpd pas skali lg untk memegang pemerinthn di bkt gantang.

kpd penyokong umno: la tahzan..slama bukit gantang mnjadi kubu kuat umno dr mula kwsn itu diadakn PRK, akhirnya mnjadi kwsn pas dari mac 2008..mgkin ad kesilapan pd sistem pemerintahan tu sndiri..rakyat x bodoh..mereka blh menilai. oleh itu, bantulah pemimpin2 utk mengurang/ menhapuskn sgla bntk masalah disiplin, politik wang dsb.. bangkit utk kembalikn kegemilangan yg pernh umno kecapi suatu masa dahulu..

wallahualam..

aku abid said...

wslm..
i like dat ummu..:)