Monday, March 15, 2010

PERIHAL LELAKI DAN WANITA

Betapa beratnya menjadi seorang lelaki, di antaranya adalah seperti berikut

LELAKI
*********
1.    Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
2.    Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN!!
3.    Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN !!!
4.    Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.

WANITA
**********
1.    Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2.    Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tdk sebaliknya.
3.    Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4.    Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
5.    Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6.    Wanita wajib taat kepada suaminya.
7.    Talak terletak di tangan suami bukan isteri.
8.    Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
   
Pernahkan kita lihat sebaliknya? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat.Sudah pasti intan permata tidak dibiar bersepah bukan? Itulah bandingannya dgn seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak,tetapi setiap saat dia didoakan oleh seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). 
Diakhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini :
•    isterinya,
•    ibunya,
•    anak perempuannya
•    saudara perempuannya

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini :
•    suaminya
•    ayahnya
•    anak lelakinya
•    saudara lelakinya

Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui mana-mana pintu syurga yang disukainya cukup dgn 4 syarat sahaja :
•    sembahyang 5 waktu
•    puasa di bulan ramadhan
•    taat suaminya
•    menjaga kehormatannya

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. Subhanallah..

3 comments:

Azimah Rupilen said...

Assalamualaikum ukhti..syukran post benda ni...

Ana menjadi semakin rasa semangat untuk perbaiki diri agar tidak menzalimi kaum adam, sama ada bapa ana adik2 ana, suami dan anak2 ana..

Rerama Ungu said...

Assalamualaikum...

Sekadar penerangan mungkin ada pembaca yang tak tahu...

Apabila dikata itu syaratnya wanita nak masuk Syurga, sebenarnya bukan itu sahaja yang perlu dibuat.

Sama juga dengan rukun Islam, rukun Islam 5 sahaja, tetapi banyak yang muslim perlu patuhi...

Contohnya dalam rukun Islam, tiada sesuatu larangan pun...tetapi, untuk ke syurga banyak larangan yang muslim perlu jauhi...

Sama juga dengan syarat wanita nak masuk syurga...yang dicakap itu hanya tiang2nya sahaja...

Syarat sebuah rumah, tiang,dinding dan atap...tetapi rumah itu tidak akan sempurna tanpa pintu, jendela dan sebagainya.

Sama juga dengan syarat wanita tersebut, kalau semua syarat itu wanita lakukan tapi solatnya tiada khusyuk, mengumpat, mencela orang lain, neraka tetap layak baginya tanpa rahmat Allah.

Jadi, janganlah memahami maksudnya sahaja daripada syarat tersebut...sesungguhnya bukan mudah untuk menemui Allah dalam syurganya..

Faman ya'mal misqala zarratin khairan yarahu...waman ya'mal misqala zarrati sharran yarahu...

Wallahu A'lam

aku abid said...

zimah : afwan ya ukhti.. :)

mat : syukran ats penerangan yg baek.. :)