Saturday, February 6, 2010

printf("Pengganggu Yang Positive");

Bismillahirrahmanirrahim....

Masa : 9.20 a.m
Mood : Santai


Berhabuk.. Berdebu.. Apa lg nak cakap pasal blog saya nie ya?? Hehe.. Dah lama tak menjenguk.. Keupayaan menulis saya semakin hilang sekarang. Entah kenapa.. Tapi hari nie Allah memberikan kekuatan untuk saya kembali menulis. Alhamdulillah.. Dekat2 nak exam nie baru saya rasa nak menulis.. Saya taklah sesibuk shbt2 saya yg lain. Sem nie saya hanya mengambil 1 subjek. Shbt2 semua da start study. Saya je yg terumbang-ambing sekarang.. Entah kenapa.. Jiwa saya kosong.. Seakan2 saya semakin jauh dariNya....

Saya mencari kekuatan.. Munajat padaNya selalu.. Alhamdulillah diberi ketenangan. Tetapi ada yang mengganggu ketenangan itu. Entah apa.. Saya pun tak bertemu jawapan..

Saya nak menceritakan sedikit apa yang terbuku dihati.. Setelah dikaji dan diselidik.. Yang mungkin menjadi pengganggu kepada ketenangan saya..

1) Hargai sentiasa

Manusia.. Bila ada sesuatu ataupun seseorang dihadapan mata, kita jarang menghargai. Namun, bila sesuatu ataupun seseorang itu nak pergi.. Baru kita tersentak! Baru nak menyesal.. Baru terimbau segala salah dan silap kita.. Zahirnya kata tidak mengapa. Masih tersenyum walhal hatinya dipagut kesedihan yang mendalam.. Patah tumbuh hilang berganti.. Ya benar.. Namun hati ini masih tetap bersedih..

2) Belajar mengawal emosi

Hati ini kata mahu berubah.. Tapi jasadnya masih tak mampu menzahirkan dengan perbuatan.. Bukan tak mencuba langsung. Seringkali mencuba. Namun secara berperingkat. Seringkali dikala sunyi memikirkan betapa buruk manusia yang terlalu emosi.. Itulah saya.. Manusia yang sangat emosi.. Saya pun pelik.. Bila bekerja bersama sahabat2 kadang2 emosi saya mencapai tahap maksima. Kerana tak puas hati dengan beberapa perkara. Namun saya hanya mendiamkan pada awalnya. Tanda masih mampu bertahan. Tapi bila saya mula berkata, itu tandanya dah tak mampu menahan emosi. Tanyala kepada sesiapa yang pernah bergerak kerja dengan saya. Mesti ada cerita menarik.. :) Saya masih belajar mengawal emosi..

3) Satu pendekatan??

Sebagai salah satu langkah untuk mengawal emosi.. Saya mengambil satu pendekatan iaitu bergerak kerja tanpa peduli orang lain. Bila bergerak kerja, kalau orang lain ganggu perancangan saya, saya takkan serang balas(Jika dahulu saya akn selalu melakukan serang balas). Saya akan buat tak peduli. Walhal dalam hati Allah je tahu betapa marahnya saya. Namun saya sentiasa disejukkan dgn kata2, "kita merancang, Allah jua merancang. sebaik2 perancang ialah Allah".. Alhamdulillah.. Banyak masa saya langsung tak beremosi.. Tenang saja.. Namun kadang2 terlepas juga emosi bilamana perancangan yg saya da tetapkan org lain sibuk nak kacau. Kadang saya melakukan serang balas. Serang balas itu perlu pada ketika kita rasakan perlu.. Tapi ingat.. Kena rujuk akal. Bukan nafsu.

4) Azam baru

Saya dah siap2 pasang azam baru. Kalau nak tahu.. Saya tak suka pasang azam baru setiap kali tahun baru. Saya suka memasang azam baru setiap kali pergi/ berpindah ke tempat baru. InsyaAllah tak lama lagi saya akan memasuki main campus. Saya da pasang azam awal2 lagi.. Harap2 mampulah saya melaksanakan azam tue.. Ameen..

5) ICT???

Hmm.. Saya dah bertekad nak sambung course nie juga. Saya suka bekerja dengan komputer. Memahami mesin nie kadang2 bagus untuk membantu saya mengawal emosi. Kadang2 komputer buat hal. Sebagai seorang student ICT saya rasa terpanggil untuk melihat apa yang terjadi pada komputer tersebut, Namun seringkali rasa tercabar bila saya tak tahu macamana nak settelkan masalah komputer yang memang sedia bermasalah. Baru2 nie komputer saya diserang virus ym. Virus nie salah satu jenis worm. Nie yang lecturer saya kata lah. Sampai sekarang saya tak mampu buang virus tue. Tp.. Satu kepuasan apabila saya cuba dan cuba walaupun gagal. Kadang2 emosi berada pada tahap maksima. Rasa macam nak baling je lptp nie dari tingkap 4. Rasa je la.. Tak buat pun.. Hehe.. Emosi saya benar2 teruji. Tapi saya tak mudah marah bila berhadapan dengan lptp saya. walaupun rasa macam nak belasah orang. Hehe..

Banyak lagi yang menjadi pengganggu kepada ketenangan saya sebenarnya.. Tapi saya listkan 5 je. Malas nak taip panjang2.. Saya mengharapkan output yang terbaik daripada pengganggu2 nie.. Pengganggu2 nie menjadi kumpulan pendesak kepada saya. Alhamdulillah.. Saya mampu improve apa yang tak baik..

Dikesempatan ini.. Saya nak mohon maaf pada semua sahabat saya.. Mungkin waktu kita bergerak kerja bersama, saya terlalu strict, emosi, suka cari pasal, garang etc.. Itulah saya.. Saya sedang cuba untuk improvekan diri kearah yang lagi baik.. Doakan.. Moga2 pengganggu2 ini mampu menjadikan saya lagi baik. Mampu menjadi kumpulan pendesak agar saya tak terus lalai.. Doakan saya..

tak lupa juga.. SALAM IMTIHAN.. BITTAUFIQ WANNAJAH..

Ya Allah.. KepadaMu kami berserah.. KepadaMu kami mohon pertolongan..

p/s : pengganggu asalnya adalah negative tp cuba untuk memandangnya sebagai positif yang mana akhirnya tanpa disangka2 pasti akan membawa kita ke arah positive.

2 comments:

ummu khosyatillah bt muzakir said...

salam
huhu.. ak xtau sama ad nk teruskan atau x kos ni..
buntu2..
komputer?
masih sama..
ak tetap xpercaya pd objek mekanikal ni

aku abid said...

wslm..
haha.. aku pun takut gak sbenanya.. takut bila aku da pasang tekad btl2 tp bila tiba d gmbk aku berubah hati..
aku suka sngt keja ngan komputer. tercabar rasanya..
apa2pun, mg yg terbaek utk ko.. n aku.. hehe..
doa bnyk2..