Masa : 3.05 pm
Mood : Santai, bengang, marah dll
Sekarang minggu exam kat CFS IIUM PJ. Saya sendiri baru sahaja habis menduduki exam pagi tadi. Ada satu paper lagi yang perlu saya tempuh sebelum semuanya tamat disini. InsyaAllah.. Semua sahabat2 sedang bertungkus lumus dengan buku. Saya pula berhadapan dengan laptop 24 jam. Ada sesuatu yang perlu saya kaji. Saya takkan berhenti selagi saya tak bertemu jawapan yang memuaskan.
Banyak hal yang berlaku sejak kebelakangan ini. Nak tak nak saya kena ambil tahu juga. Bermula satu isu hangat tentang satu blog yang bersikap biadap dengan menghina TGNA. Satu penghinaan terhadap ulama' secara terang-terangan. Khabarnya empunya blog telah ditahan. Klik sini.. Baguslah. Tapi sakit dalam hati saya dan juga hati sahabat2 yang lain takkan terubat. Namun begitu, saya tetap mendoakan empunya blog yang menghina ulama' ini diberikan hidayah oleh Allah. Mungkin dia melakukan dalam keadaan hatinya langsung tak dapat membezakan mana yang baik dan buruk. Semoga kasih sayang Allah bersamanya. Juga bersama kita semua.
Klik sini kalau nak access ke blog tersebut!
Apa yang saya mampu katakan. Ramai rakyat Malaysia berpolitik dengan nafsu. Nafsu amarah, nafsu kebencian dll. Sangat mengecewakan. Bila saya menjalankan 'blog walking' ke blog2 yang tak pernah saya pergi, sangat mendukacitakan. Ramai yang berkata berakalkan nafsu. BN dgn BNnya.. PAS dgn PASnya.. Cuma satu je yang saya nak katakan disini.. Kalaulah kita memahami apa yang diperlukan oleh sesebuah negara mengikut Al Quran dan Sunnah, kita takkan berbalah. Sokonglah yang membawa kita kepada Allah dan Islam yang syumul. Fikir2kan!
Satu hal lagi yang mengganggu ketenangan saya bilamana hakim telah memutuskan Menteri Besar Perak ialah Zamry. Lantas hati saya bermonolog, 'akan terkuburkah pemerintahan di bawah kepimpinan ulama'??'.. Sememangnya mereka telah menang. Tapi pemenang sebenarnya bukanlah mereka. Kemenangan 5-0 berpihak kepada Zamry sekaligus meranapkan harapan Nizar. Oh tidak.. Bukan meranapkan harapan. Harapan pejuang Islam takkan pernah diranapkan oleh sesiapa. Kita tak kalah. Kita hanya belum menang. Satu hari nanti kemenangan pasti berpihak kepada yang benar. Ya Allah.. Kami menantikan saat itu.. Apapun.. Tahniah kepada Zamry. Pimpin Perak elok2 ya.. Jauh daripada maksiat, rasuah, dll.. Kepada Nizar, semua yang berlaku ada hikmahnya.. Klik sini
Banyak lagi yang ingin saya katakan.. Tapi saya tak punya masa yang banyak. saya masih perlu menjalankan 'blog walking' dan membaca berita2 terkini. Mencari jawapan kepada persoalan yang membeku di minda saya. Kepada sahabat2 saya, marilah kita berdoa moga2 Malaysia berada di bawah kepimpinan Ulama'..
Ulama' pewaris Nabi.. Takbir!!
2 comments:
Ada kaitan ke tajuk dengan isi?
takda kaitan eh??
baca btl2 la..
Post a Comment