Tuesday, April 28, 2009

Mujahadah (memerangi hawa nafsu)

Kata "mujahadah" berasal dari kata "al-jihad" iaitu mengeluarkan segala kesungguhan, kekuatan dan kesanggupan pada jalan yang diyakini oleh manusia bahawa jalan itulah yang hak dan benar. Namun demikian, kata al-jihad itu telah sering dipakai dalam erti perang sabil, memerangi musuh-musuh, dan membela diri dari serangan dan gangguan mereka.
Seorang ahli bahasa yang terkenal, Ibnul Atsir menerangkan bahawa al-jihad adalah memerangi orang kafir dengan sungguh-sungguh menghabiskan daya dan tenaga dalam menghadapi mereka, baik dengan perkataan atau perbuatan. Sebagaimana mafhum firman Allah:

"Berjihadlah dijalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka"(Surah At-Taubah: 20)

Kata jihad boleh juga diertikan dengan perjuangan dalam mencari rezeki yang halal; berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w:

"Mencari (rezeki) yang halal itu adalah jihad".(Hadith riwayat Abu Nuaim dari Ibnu Umar)

Namun dalam dunia tasauf, kata jihad diertikan dengan memerangi hawa nafsu. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. bahawa memerangi hawa nafsu itu lebih berat dan lebih besar daripada memerangi orang-orang kafir. Bahkan Rasulullah s.a.w. setelah kembali dari satu peperangan besar bersabda kepada sahabat-sahabatnya:
"Kita ini kembali dari peperangan yang paling kecil, menuju peperangan yang lebih besar"

Setelah Rasulullah s.a.w. ditanya sahabat, beliau menjawab bahawa peperangan yang lebih besar itu ialah memerangi hawa nafsu. Dalam hadith yang lain pula, Rasulullah s.a.w menggambarkan bagaimana besarnya bahaya hawa nafsu:

"Bukanlah orang yang gagah berani itu lantaran dia cepat melompati musuhnya didalam pertempuran, tetapi orang yang berani ialah orang yang boleh menahan dirinya dari kemarahan".(Hadith riwayat Abu Daud)

Imam Qusayiri menerangkan bahawa mujahid ialah mereka yang berusaha membebaskan diri dari kekangan hawa nafsu yang menjadi sifat manusia, dan berusaha mengendalikan diri serta tidak memperturutkan kehendaknya dalam kebanyakan waktunya. Imam Ghazali menerangkan erti mujahadah iaitu pengerahan kesungguhan dalam menyingkirkan nafsu dan syahwat atau menghapuskannya sama sekali.

Menurut Prof. Dr. Hamka bahawa perjuangan melawan hawa nafsu, manusia terbahagi kepada tiga bahagian. Kalah sama sekali dengan ajakan hawa nafsu, sehingga dirinya ditahan dan diperbudak oleh hawa nafsunya sendiri, bahkan hawa nafsunya itu dijadikan tuhannya. Sebagaimana mafhum firman Allah,
"Apakah yang engkau lihat (Muhammad) orang yang mengikuti hawa nafsunya menjadi tuhannya?".

Peperangan antara keduanya berganti-ganti, terkadang kalah dan menang, jatuh dan tegak. Orang yang begini yang patut disebut MUJAHID. Kalau dia mati dalam keadaan menang, matinya mati syahid. Kerana memerangi hawa nafsu itu lebih berat daripada melawan musuh yang kelihatan.

Orang yang dapat mengalahkan hawa nafsunya, sehingga ia dapat menguasai hawa nafsunya, bukannya dikuasai oleh hawa nafsu. Malah tidak diperbudakkan oleh hawa nafsunya. Sabda Rasulullah s.a.w., "Tidak seorangpun di antara kita yang tidak bersyaitan, saya sendiri pun juga bersyaitan. Tetapi sesungguhnya Allah telah menolong saya menghadapi syaitan saya, sehingga syaitan itu dapat saya kalahkan". (Hadith riwayat Ibnu Jauzi dan Ibnu Abdurrahman Salmi).

Umar bin Khatab juga mendapat darjat yang ke-3 ini kerana Rasulullah s.a.w pernah berkata kepada Umar, "Demi tuhan yang menguasai diriku di dalam tangan Nya, tidaklah engkau bertemu dengan syaitan pada satu jalan, melainkan syaitan itu menyingkir kepada jalan lain yang tidak engkau lalui". (Hadith riwayat Muslin dan Saad bin Abi Waqash).

Darjat yang ke-3 ini adalah darjat nabi dan wali. Ada pun yang disebut wali di sini ialah Waliur Rahman, yang disebut Allah dalam Al-Quran yang telah taqarrub kepada Allah dengan amal ibadahnya, bukan wali menurut sesetengah umat yang telah diperjual belikan oleh ulama-ulama yang mengubah-ubah pelajaran agama. Memerangi hawa nafsu adalah suatu perjuangan yang benar-benar berat, maka kalau manusia kurang berhati-hati tentu akan tergelincir dan kalah. Sehingga akan diperbudakkan oleh hawa nafsunya sendiri.

Monday, April 27, 2009

10 Amalan Terbalik..

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:
<1> Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh si mati atau harta peninggalan si mati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
<2> Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
<3> Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik??
<4> Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
<5> Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
<6> Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
<7> Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun.Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
<8> Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa!
<9> Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
<10> Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, MasyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.
Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariKu walaupun satu ayat."(Riwayat Bukhari)

Saturday, April 18, 2009

Surat Fatimah Gemparkan Kota Baghdad!!!!

p/s : seseorg beri saya surat nie ms saya form5 (dlm bentuk softcopy), tp baru terbaca sekarang sbb tak perasan surat nie disertakan bersama tazkirah yg diberi.. bl cek semula, rupanya ada surat nie. sangat tragis...

Message:

Fatimah adalah seorang saudara perempuan seorang mujahid yang terkenal di daerah Abu Gharib, yang berasal dari sebuah keluarga yang terkenal kebaikan dan ketaqwaannya. Suatu hari pasukan AS menyerbu rumahnya, dengan tujuan menangkap saudaranya. Namun kerana mereka tidak dapat menemukannya, pasukan AS menangkap Fatimah dengan tujuan memaksa saudaranya menyerahkan diri.

Surat tulisan tangan Fatimah, baru-baru ini berhasil diselundupkan keluar dari penjara Abu Gharib, surat ini menggambarkan penderitaan para tawanan wanita akibat perbuatan terntara AS.
Segera surat ini tersebar dan menghebohkan kota Baghdad, mengirimkan gelombang yang akan terus berlanjut ke seluruh Iraq.

Mafkarat al-Islam berhasil mendapatkan salinan surat tersebut.

Bismillahirrahmanirrahiim.
*Say He is God the One; God the Source [of everything]; Not has He fathered, nor has He been fathered; nor is anything comparable to Him.*
[Qur*an, Surat 112 *al-Ikhlas*]

Saya menulis surat Al-Ikhlas ini karena mempunyai arti yang mendalam bagi saya, dan menimbulkan getaran di hati orang-orang yang beriman.

Saudaraku mujahidin di jalan Allah* Apa yang dapat kukatakan padamu?
Saya katakan, rahim-rahim kami telah terisi dengan janin akibat perkosaan yang dilakukan keturunan kera dan babi itu. mereka telah menodai tubuh kami, meludahi muka kami, dan merobek-robek Al-Quran untuk digantungkan ke leher-leher kami. Allahu Akbar.

Tidakkah kau mengerti tentang kejadian yang menimpa kami? Betulkah kau tidak tahu ini terjadi pada kami? Kami saudaramu,dan Allah akan meminta tanggungjawabmu tentang kejadian ini kelak.

Demi Allah, tidak semalam pun kami lewatkan dipenjara ini kecuali mereka mendatangi salah satu dari kami untuk melampiaskan nafsu setannya. Padahal kami selalu menjaga kehormatan kami karena takut kepada Allah.
Takutlah pada Allah! Bunuhlah kami bersama mereka! Hancurkan mereka bersama kami! Jangan biarkan kami di sini agar mereka bisa bersenang-senang
Memperkosa kami, sesungguhnya ini adalah sebuah perbuatan dosa besar di sisi Allah.

Takutlah pada Allah akan urusan kami. Biarkan (jangan serang) tank dan pesawat mereka. Datanglah pada kami di penjara Abu Ghurayb.
Saya saudaramu karena Allah. Mereka memperkosa saya lebih dari sembilan kali dalam satu hari. Bisakah kau bayangkan? Bayangkan salah satu saudaramu diperkosa. Bersama saya ada 13 gadis, semuanya belum menikah. Semuanya telah diperkosa didepan mata kami semua. Mereka melarang kami untuk solat. Mereka mengambil pakaian kami, dan membiarkan kami telanjang. Saat surat ini saya tulis, seorang diantara kami telah bunuh diri setelah diperkosa beramai-ramai. Seorang tentara memukulnya di dada dan paha setelah memperkosanya, lalu menyiksanya.

Gadis itu kemudian bunuh diri dengan memukulkan kepalanya ke tembok penjara, karena dia sudah tidak sanggup menerima ini. Meskipun bunuh diri dilarang oleh Islam, saya memaklumi perbuatannya* Saya hanya berharap, semoga Allah mengampuninya, sesungguhnya Dia Maha Pengampun

Saudaraku, saya katakan padamu lagi, takutlah ada Allah. Hancurkan kami bersama para tentara itu, agar kami bisa beristirahat dalam damai. Tolonglah kami, tolonglah kami, tolonglah kami* Waa Mu*tasimah!.

Surat ini telah berakhir, namun penderitaan penulisnya dan para muslimah belum berakhir. Hatta mataa haadza s-sukuut !! Ini yang sudah kesekian kalinya terjadi..
Entah berapa lagi akan segera menyusul . Kelmaren, hari ini dan besok Begitu seterusnya..

Ya Rabb nasyku ilaika da'fa quwwatina Wa qillata hiilatina Allahumma n-shurna nashran adziima Allahuma 'alaika bil haaula l-kuffar Allahuma 'alaika biman adzaa l-muslimin.

catatan:
sebarkan agar semuanya dapat mengetahui


Wednesday, April 15, 2009

nape budak2 skrg manja sangat???

“Pelik la budak kecik nie.. Apsal kalo nak makan mesti kita yg besar nie kena sediakan?? Nak mandi mesti kita yang kena mandikan?? Tak le wat sendiri ke???”

Hmm.. Melampau tak soalan saya tue?? Hehe.. Kalo fikir2kan semula mmg melampau pun.. Tapi, kepala nie tak le lepas dari ‘ter’ fikirkan soalan tue.. Mana taknye.. Cuti nie watkan saya hampir2 sakit jiwa. Terpaksa jadi The Nanny yang tak bertauliah. Fuh! Mmglah saya suka rancangan ‘The Nanny’ tapi tak bersedia lagi nak jadi nanny.. Haiyoo..

Saya nak kongsikan camane brutalnya saya jadi The Nanny.. Hehe.. Kisah nie berlaku di satu petang hari….

Watak Utama: Saya :)
Watak kedua: Memey (Adik sepupu)
Watak ketiga: Abang (Nie abg sulung saya)

Alkisah pun bermula….

Masa tue saya baru je abih makan. Mami masak ketam masak kicap. Tak tahan woooo.. Nyam2.. Sedap… After makan, saya pun rehat. Tak le gerak dah. Full sangat2.. Masa tue saya duduk kat sofa. Dari duduk saya dah terbaring. Macik saya kata kalo org yg dah makan kenyang terus baring or tido, ular sawa namanya.. Saya jadi ular sawa ke?? Whatever.. Hehe.. Masa tue gak adik sepupu n abang ngah tengok tv.

Yg tak bestnya tengah2 rest abang plak panggil..

“Ma, memey nak makan Maggie. Masakkan kejap.” Abang mengeluarkan perintah. Haiyak! Orang baru nak rest.. Hampeh.. Hampeh.. “Jap lagi.. Ngah kenyang nie.. Jap lagi eh..” Saya menjwb dengan penuh dedikasi..

5 mnt..10 mnt..15 mnt..

“Memey nak makan ye dik?? Maggie je?? Jap lagi akak masak,” Abang beritahu kat memey. “Ma, pergilah masakkan Maggie tue” Sambung abang lagi..

Haiyoo.. Nie dah arahan penuh nie.. nak ingkar ke tak? Ingkar ke tak? Ingkar? Tak? Ingkar?? Akhirnya saya pun bangun then masuk dapur.. Tak ingkar la jwbnya..

On da way nak masuk dapur tue saya tetiba dapat satu idea. Brilliant punya idea!! Haha.. Nak makan sangat kan.. Hehe.. Saya pun sengih memanjang..

Tengah ‘berperang’ dalam dapur tue tiba2 memey masuk. Saya terus cakap kat dia, “nak makan ye sayang.. Meh cium akak dulu. Baru akak masakkan.” Saya pun merendahkan badan n hulur pipi saya. Sebagai pembakar semangat.. Cehh…!!

“Orang nak satu je la.. Napa masak dua??” Memey bertanya. “Eh.. Mana boleh satu.. Makan mesti banyak..” Saya tersengih.. Padahal dalam hati saya dah tergelak sakan. Memey baru berusia 9 tahun. Saya nie nak masuk 19 tahun. Tapi kdg2 nakal saya mengalahkan memey.. Nak makan sangat kan.. Hah.. Makan dua bungkus sekali.. Hehe..
Hampeh punya akak!!

Tak abih kat situ lagi.. Selalunya saya biarkan memey makan sendiri. Sebabnya mami yg selalu suapkan. Tapi mami takde. Abang plak tengah mandi. Yes! Yes! Kini giliran saya jadi akak mithali.. Haha..

“Memey sayang.. Meh makan. Akak suap” Penuh berhemah saya berkata. “Banyaknya.. Org makan sikit je la..” Memey mula membebel.. Hisy! Budak nie.. Tak padan dengan kecik. Tunggu jap lagi ye.. Baru tau langit tue tinggi ke rendah..

“Mesti makan banyak2. Supaya cepat gemuk” Saya memujuk. Memey tetap tak nak. “Memey! Sini! Akak rotan kang..” Saya jerit. Bagi takut sket. Hehe.. Memey pun datang. Sebut je rotan, for sure memey takut. Mana taknye.. Saya ajar memey ngaji. Salah sebut huruf saya rotan.

Suapan pertama.. Suapan kedua.. Suapan ketiga..

Memey dah kenyang.. Hehe.. Dua bungkus tue.. Baki banyak lagi.. “Bagi abih ye.. banyak lagi nie..” Saya memujuk.. “Tak nak..” Memey menjawab. “Kalo tak abih, jangan berdiri. Duduk je kat situ” Saya mengancam. Memey pun buka mulut. Then bila saya suap memey gigit garfu tue. “Memey.. jgnla gigit garfu..” Saya dah tak tau nak watpe. Nak marah lebih2 tak le.. Mara pura2 boleh la.. saya tak reti la nak mara budak2 nie.. Then saya pun tanya, “Nak akak rotan??” Automatik garfu dilepas.. “Bagitau mami nnt..” Memey mengugut. “Bagitaula.. Ingat akak takut???” Saya jegilkan mata kat dia.. Alamak!! Apa nie.. Takkan ngan budak kecik pun nak gaduh?? Haiyoo irma.. matanglah sket..

Masa suap memey tue, saya perhati je muka dia. Dia dah jeling2 saya. Marahla tue. Tapi comel.. Saya sayang sangat ngan adik saya tue. Walaupun juz adik sepupu. Dah lama saya nak ada adik kecik. Saya mmg dah ada adik. Tapi adik kembar la. Sebaya ngan saya. Takkan makan pun saya nak suap kan?? Dah besar panjang.. Tue mengada namanya.. Bila ada memey nie, saya blaja utk jadi akak yg lagi bertanggungjwb. Saya suka pakaikan baju utk dia.. ikat rambut dia.. suapkan dia.. n last sekali.. rotan dia! Haha!!

Tapi saya peliklah. Masa saya kecik2 dulu.. takdenye kena manja2. kena rekrut dek abang adala.. Saya ingat lagi. Dulu abang sangat2 garang orangnya. Saya n my twins wat silap sket kena hukum. Pernah sekali saya n my twins, rima bergaduh masa tengok tv. Abang ada gak masa tue. Dia nie tak suka org wat bising masa ngah tengok tv. Dia pun panggil kitorang n denda. Rima kena berdiri dekat sofa. Saya plak dekat satu penjuru rumah. Tak le gerak. Berdirilah kitorang mcm patung.. Ada sekali tue pulak saya kena denda duduk bersila. Gaya macam org bertapa. Tak le gerak jugak. Bersuara apatah lagi.. Nak dijadikan cerita, dtglah lanun2 yg tak berperikemanusiaan (Dua org abg saya). Abang yang kedua pegang ular mainan. Dia sorok kat belakang dia. Dia tersengih2 sambil mundar mandir depan saya. Abang yang ketiga pun tersengih2 mcm kerang busuk. Dalam hati Allah je yg tau.. Dah la tak le gerak. Tak le bersuara pulak tue. Kejamnya abang.. Isk..Isk..Isk.. Saya nangis dalam hati je la. Tak kuasa nak nangis depan abang. Hampeh je! Tapi akhirnya air mata mengalir gak. Mana taknye.. ‘Lanun2’ letak ular mainan atas peha saya. Dah tau saya allergic menatang tue.. Tiba2…. Mami muncul disebalik pintu!! Yes..!! Yes..!! Mami dah balik!! Saya pun apalagi, “Mamiiiiiiiii….!” Meraung je tak.. Tapi hampeh gak! Abang kata, “jangan bersuara.” Mami tanya abang, “Kenapa nie??” Abang jawab, “bising sangat.” Mami pun senyum..

Bila mami senyum tue dah tau dah. Maknanya mami tak le wat apa2.. Meraungla saya dalam hati… Wlupun mami tak dapat lepaskan saya dari hukuman abg, at least mami dah bagi amaran dgn ‘lanun2’ tak bertauliah tue.. Lega rasa..

Mcm tue la saya kena didik masa kecik. Bila tengok memey nie.. Manja sangat. Saya nie tak reti nak manja2kan budak. Rotan budak pandai la! Hehe..

Sedar tak sedar.. Maggie tue dah nak abih. Memey tak nak abihkan. “Memey tak le mcm nie sayang.. Ada orang nak makan Maggie. Tak pernah rasa. Takde duit nak beli. Memey dah ada depan mata mcm nie.. Makan ye sayang.. Dua suap je lagi..” Pujuk saya. Sebenarnya saya rasa bersalah gak. Budak2 pun saya nak kenakan. Tak matang langsung saya nie! Sian memey.. Saya sje je nak kenakan dia makan dua bungkus Maggie. Mesti len kali memey tak brani mnta saya masak lagi. Hehe..

Kalo fikir2kan semula.. Saya suka budak2.. Tapi cara saya brutal sket. Degil je nak rotan.. Mybe sbb abang dah didik saya mcm tue dari kecik kot. Saya tak retila nak manja2kan orang.. Tapi alhamdulillah.. Garang2 saya pun.. Saya pandai pujuk bila memey merajuk. Tue baru jaga adik.. Hmm..

Tapi saya mmg suka jaga budak2.. Masakkan utk diorg.. Suapkan makanan.. Gosokkan baju.. Pakaikan baju.. Hmm.. Rasa mcm jadi ibu pulak. Bgslah.. Kira praktis dari awal.. Hahaha!!!
Tapi.. Napa budak2 skrg manja sangat?? Kdg2 jenuh gak melayan.. Napa eh??

Monday, April 13, 2009

Satu Penerbangan...

Bila kita akan berangkat dari alam ini (Dunia) ianya ibarat penerbangan ke sebuah negara lain iaitu Kubur dan Akhirat. Maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith.

1.Penerbangan bukannya melalui Air Asia atau Air Jordan, tetapi Al-Jenazah.

2.Bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat, atau ianya atas kesudian Pencipta kita.

3.Bajunya bukan Pierre Cardin, Dunhill atau setaraf dengannya tetapi kain putih Cotton.

4.Pewanginya bukan Channel atau Polo,tetapi air mawar dan cendana.

5.Passport kita bukan Malaysia, British atau American, tetapi Al-Islam.

6.Visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi 'Lailaillah'.

7.Pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail dan lain-lain.

8.Layanan di dalamnya bukan lagi kelas business atau ekonomi, tetapi sekadar kain yang diwangikan.

9.Destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau Jeddah International, tetapi tanah perkuburan.

10.Ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan permaidani, tetapi bilik 6 kaki dalam gelap gelita.

11.Pegawai imegresen bukanlah pihak Kastam, tetapi adalah Munkar dan Nakir. Mereka akan memeriksa samada kita layak ke destinasi yang diidamkan. Destinasi itu bukanlah Disneyland, Paris atau London tetapi samada Syurga atau Neraka.

12. Tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan.

13. Lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh.

14.Destinasi terakhir samada Syurga yang mengalir sungai di bawahnya atau Neraka Jahannam.

15.Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya.. Ianya percuma, jadi simpanan (savings) anda tidak akan dihabiskan.

16.Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu tidak perlu bimbang. Sebarang sajian tidak akan disediakan, oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau halal-haram makanan

17.Jangan risaukan delay, penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya.

18.Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda telah hilang selera bersuka-ria.

19.Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu anda lagi. Ya! Berita Baik!!

20.Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda. Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini Oleh itu bergembiralah selagi boleh! 'sekiranya' anda boleh! Hanya ingat!! Penerbangan ini datang tanpa 'amaran' Cuma perlu ingat! Nama anda telah ditempah untuk penerbangan. ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT???

Thursday, April 9, 2009

Gadis itu...

Nun jauh di sana..
Berdiri seorang gadis yang sedang menginjak dewasa
Memandang sepi alam yang semakin tercemar
Dek kerakusan manusia yang tidak pernah puas
Apatah lagi bersyukur!!!
Langkah kakinya diatur perlahan
Diiringi semangat jihad yang membara
Bibirnya basah dengan kalimah Allah
Air matanya tumpah mengenang segala nikmatNya
Hatinya sayu menginsafi segala kejahilannya…

Gadis itu..
Berjalan dan terus berjalan
Mengatur langkah dengan cekal
Air matanya mengalir bagai sebuah empangan yang pecah
Ke mana arah hendak dituju?

Gadis itu..
Seakan mengalami penderitaan batin yang sukar untuk dimengertikan
Tiada siapa yang tahu
Waima dirinya sendiri
Keriangan menghiasi hari-harinya
Namun tiada siapa yang tahu
Keriangan yang dipamer itu adalah dinding konkrit yang memagari

Gadis itu…
Amat percaya terhadap dirinya
Menyanjung tinggi DIA di pundaknya
Mengamalkan sunnah pesuruhNya
Mencuba menjadi hamba yang taat..
Akan tetapi!!!
Mengapa dirinya kalian jadikan persoalan?
Mengapa jiwanya kalian siksa?
Mengapa kebebasannya kalian sekat?
Mengapa? Mengapa? Dan mengapa?!!!

Namun begitu..
Si gadis tetap tersenyum simpul
Memberi penghormatan kepada kalian
Sebagai seorang manusia
Menurut segala perintah kalian
Namun tetap meninggikanNya
Lantaran rasa kasihnya yang tidak pernah pudar
Apalagi yang kalian mahukan???

Gadis itu..
Sering bergelak-tawa bersama kalian
Sepertinya tiada apa yang berlaku
Namun..
Sedarkah kalian
Si gadis sentiasa menanti masa untuk menyendiri
Agar butir-butir jernih itu mampu dilepaskan
Seringkali juga..
Dia bercerita pada teman akrabnya
Sekadar untuk melepaskan beban yang menghimpit di dada
Agar dia masih mampu bernafas
Meneruskan hidup di bumi gersang ini

Gadis itu
Amat merindukan sahabat sahabiahnya
Merindukan gelak tawa mereka
Merindukan untuk bersama berjuang pada jalanNya
Merindukan segala yang telah lama ditinggalkannya..
Akan tetapi..
Kerinduannya seperti tiada kesudahan

Gadis itu..
Pantang sekali mengaku kalah!
Dia tidak pernah berasa goyah dengan ujian yang ditimpakanNya
Kerana dia tahu..
Ada insan lain yang lebih menderita

Gadis itu..
Sering menggenggam jari-jemarinya dan mengatakan
Aku seorang yang kuat!
Dengan itu..
Jiwanya tidak akan pernah goyah
Dengan itu juga..
Semakin terserlah kedegilannya..

Gadis itu..
Meneruskan langkahnya..
Melihat pelbagai karenah manusia
Yang hanyut dalam dunia khayalan
Dunia ciptaan mereka sendiri
Mereka begitu leka
Sehinggakan mereka tidak menyedari kehadiran si gadis
Kekecewaan jelas terpancar pada wajah sugulnya
Beginikah pengakhiran hidupnya?

Dalam perjalanannya…
Si gadis melihat seribu satu kepura-puraan manusia
Si gadis amat benci kepada simpati yang dihulurkan mereka
Kerana dengannya.
Dia khuatir hati gadisnya akan menjadi lemah
Lantaran hatinya kini bagaikan sebuah kaca retak yang menanti masa untuk pecah
Tetapi amat mendambakan nasihat daripada mereka..
Kerana dengannya..
Dia mampu mengukuhkan kembali hati gadisnya

Di mana kan kucari gadis sepertinya?
Punya kedegilan yang begitu tinggi..
Namun awas!
Jangan kerana kedegilannya itu menghancurkan segalanya..
Dia sama seperti mereka yang menerima ujianNya
Hanya berbeza pada kemampuannya
Jangan pernah menyangka bahawa penderitaannya amat perit sekali
Kerana diluar sana ada lagi mereka yang lebih perit..
Lihatlah saudaramu di Bumi Palestin
Mereka lebih perit daripadanya
Oleh itu bersyukurlah..
Bersabarlah..
Bertawakallah
PadaNya…

Gadis itu..
Kini berhenti mengorak langkah
Mengesat butir jernih yang mengalir di pipinya..
Wajahnya mendongak keatas
Senyuman terpamer di bibirnya..
Lantas jari-jemarinya digenggam..
Hatinya berbisik kepadanya
“Engkau seorang gadis yang kuat!”

Wednesday, April 8, 2009

BN kalah lagi..

Berdebar rasanya hati saya sepanjang perjalanan proses pengundian semalam. Tertanya2 saya. Sapelah agaknya yang akan menang?? Menjelang lewat malam akhirnya pertanyaan saya terjawab. Bukit Gantang dimenangi oleh PAS, Bukit Selambau dimenangi oleh calon dari PKR, dan Batang Ai dimenangi oleh BN.

Setelah mengetahui keputusan, saya tergelak sakan. Mana taknye, BN dah yakin sangat kata boleh menang. Tup..Tup..!! Kalah di dua kawasan. Dah takde rezeki. Nak wat camane kan?? Tapi yang membuatkan telinga saya nie sedikit panas apabila mendengar ulasan drp Dr. Sivamurugan Pandian dalam Fokus Pilihan Raya lewat malam semalam. Dia kata, Calon PAS menang sebab sedikit sebanyak adanya undi simpati. UNDI SIMPATI??? Takkan tak boleh terima kenyataan bahawa rakyat kat Bukit Gantang tue memang menyokong PAS kot…

Apa yang saya lihat BN seakan2 tak boleh nak terima pihak mereka dah kalah. Memanglah mereka kata mereka terima je keputusan yang rakyat dah buat. Tapi, nape perlu timbul persoalan undi simpati??? Hanya Dr. Sivamurugan Pandian yang boleh menjawab.

Saya bukan anti BN. Tapi saya anti kepada mereka yang selalu berpura2. Hmm.. Terpulang kepada anda semua untuk menilainya..

Teringat saya kepada ucapan sorang yang agak kuat pengaruhnya dalam BN(tak ingat namanya). Dia kata, rakyat seakan2 tak insaf apabila memilih pembangkang. Kerana apa?? Kerana pembangkang takkan bawa kemajuan sebagaimana kemajuan yang dibawa oleh kerajaan. Kemenangan yang diperolehi di Sarawak pada saya tak boleh dijadikan sebagai kayu pengukur bahawa rakyat masih menerima BN. Sekarang sume dah bijak nak cari kesahihan berita tentang kerajaan mahupun pembangkang. Tak perlu bergantung 100% pada TV. Seperti yang kita tahu, TV nie pro kerajaan. So, mestilah berita yang baik2 pasal kerajaan. Kemenangan di bahagian pedalaman Sarawak tue mybe sebab diorang tak dpt informasi yang lengkap. Sedangkan kawasan yang maju boleh dimanipulasi apatah lagi kawasan pedalaman. Kalau ada yang tak setuju, terpulang. Nie pendapat saya.
Kerajaan sepatutnya amik iktibar daripada sume2 yang dah berlaku. Kenapa boleh kalah di dua kawasan sekaligus?? Dah jelas rakyat dah tak boleh kena tipu. Sekarang banyak sumber untuk dapatkan informasi. Bukan setakat tengok kat TV. Rakyat dah boleh pilih yang terbaik. Di pihak pembangkang pulak, jangan suka dulu. Amik iktibar dari sume2 nie gak. Menang tak bermaksud menang. Tapi menang yang sebenarnya ialah menang dalam menegakkan Islam. Jauh lagi perjalanan..

Tahniah dan takziah kepada yang menang. Yang tak menang tue, kira alhamdulillah. Terlepas drp tanggungjawab yang berat.. Saya tak boleh nafikan betapa banyak jasa kerajaan kepada rakyat. Taraf hidup rakyat meningkat, dsbnya. Cuma yang hak dan batil tetap tak boleh bercampur. So, kerajaan kena pikirkan hal nie secara mendalam. Moga diberi petunjuk dan kekuatan yang hakiki. Apepun tahniah dan syabas di atas kemajuan yang diberikan selama nie dan mybe pada masa yang akan datang.

Melalui pilihan raya kecil nie saya dapat simpulkan satu era pemerintahan yang baru bakal menjelma. Kekalahan demi kekalahan yang diterima kerajaan pasti memaksa mereka untuk mengkaji semula di mana salah silap selama nie. Dipihak pembangkang pulak sudah pasti mereka akan sedaya upaya untuk mengekalkan kepercayaan rakyat.

Bagi diri saya dan anda semua, kita adalah insan biasa yang terpaksa berfikir secara luar biasa dalam menilai mana satu yang terbaik untuk menerajui tampuk pemerintahan negara. Jangan sampai salah pilih mengundang kepada kemungkaran yang berleluasa. Pastikan saluran informasi adalah tepat. Saya ingatkan bukan hanya melalui TV. Banyak lagi saluran lain. Semoga negara kita sentiasa dilimpahi rahmatNya..

Friday, April 3, 2009

Selamat tinggal Bro..

“Setiap yang hidup pasti akan merasai mati..”

Petang semalam saya menerima kiriman sms daripada sorang kwn yang menyatakan bahawa Bro. Asmady telah meninggal dunia.. Saya terkejut sangat dan hampir tak percaya. Bila saya kol sendiri pengirim sms tue, rupanya benar. Bro meninggal dunia kat Bukit Mahkota, Nilai selepas menunaikan solat jumaat. Accident. Accident apa saya kurang pasti. Yang saya dengar accident motor.

Terus terang saya katakan air mata saya tak berhenti mengalir.. Saya tak sangka begitu cepat Bro pergi. Masih terasa lagi camane bro mengajar kat dalam class. Penuh dengan gelak ketawa. Semua suka dengan cara Bro.. Saya bersyukur sebab dapat kenal Bro dan jadi salah seorang daripada student Bro..

Saya pernah mengadu dengan Bro. Saya rendah diri jadi budak ICT. Ramai pandang rendah kat saya. Bro selalu bagi semangat. Saya memang suka sangat jadi student ICT sebenarnya. Minat saya lebih kepada computer. Then, Bro pun cakap, “buat apa yang awak nak buat. Ramai yang tak tau ICT nie camane. Yang penting awak suka, jangan peduli orang lain. Buktikan pada diorang.” Kata2 Bro buatkan semangat saya kembali pulih. Thankz Bro.. Cuma saya terkilan tak dapat ucapkan terima kasih sekali lagi.

Apa yang pasti, kami ICT student berasa sangat kehilangan.. Kami sangat terkesan dengan pemergian Bro. Saya masih ingat lagi hari terakhir saya jumpa ngan Bro. Masa tue hari last kitorang exam dan petang tue kitorang kena present projek. Saya ucap selamat tinggal kat bro. Tak sangka rupanya tue pertemuan terakhir…

Kepada sume aktivis INTECHSS, bro dah takde.. Mesti pelik sket bila kita wat keje tapi bro takde. Selalunya kita rujuk bro, miss azimah n mdm faridah. Sekarang tinggal miss n mdm je.. Kehilangan tue tetap akan terasa..

Bro. Mohd Asmady Zakaria.. Seorang lecturer yang sangat baik.. Mengajar dengan gaya yang tersendiri. Menjadikan sume student sentiasa ceria. Thankz Bro.. Jasa Bro akan sentiasa dikenang..

Ya Allah, Engkau ampunilah dosa2 bro Asmady.. Tempatkanlah beliau dalam kalangan hambaMu yang beriman dan beramal soleh.. Ameen..





Peralihan Kuasa PM

Semalam detik bersejarah yang menyaksikan peralihan kuasa Perdana Menteri. Tak perlu lah saya sebutkan sape yang menggantikan Pak Lah. Sume pun dah tau.. Dengan peralihan kuasa ini ada sesuatu yang ‘menarik’ untuk disaksikan. Dalam perutusan PM kita yang baru, beliau dengan rasminya menarik balik penggantungan sementara dua buah akhbar dan yang amat menarik sekali ialah pembebasan 13 tahanan ISA. Hmm.. Saya amat yakin dan pasti berita ini sangat2 menggembirakan keluarga sume tahanan terbabit. Setelah sekian lama menanti saat untuk dilepaskan dan bertemu dengan ahli keluarga sudah pasti saat2 ini takkan pernah padam dalam kotak memori 13 tahanan tersebut.

Saya rasa keputusan untuk membebaskan 13 tahanan tersebut adalah satu langkah awal dan bijak yang diambil oleh PM baru kita nie. My first impression said, “he was good.” But not really good until Islam berada di tempat yang sepatutnya. Penggantungan dua akhbar dan 13 tahanan ISA saya kira cukup bagus untuk dijadikan sebagai berita muka depan yang menunjukkan keseriusan PM baru kita dalam mengemudi tampuk pemerintahan negara. Ye ke?? Betul ke macam tue?? No komen… :)

Apa yang pasti, PM baru kita nie memegang satu amanah yang merupakan tanggungjawab yang amat besar sekali. Sekiranya beliau tak amanah dalam tugasnya tanggunglah di akhirat kelak. So, kita doakan moga2 PM baru kita nie selamat dalam mengemudi pemerintahan Negara. Ameen..

Ingat nak jadi PM nie senang?? Pemimpin kepada seluruh rakyat..! Jikalau dahulu, Pak Lah saya lihat cuba untuk membawa Islam agar lebih difahami oleh sume rakyat. Lihat saje karektor beliau. Namun, saya melihat sedikit kegagalan disitu. Bilamana kita nak membawa Islam itu mestilah dalam keadaan berjemaah. Tak boleh sorg2. Nanti kita mudah dilambung ombak yang ganas. Sudah ada buktinya bukan?? Yang tak tau tue, cari sendiri..

Kepada Pak Lah, jasa beliau cukup banyak. Bgslah dah tak jadi PM. Terlepas dari amanah yang sangat berat. Perbanyakkanlah amal ibadah.. Kita yang muda nie pun kena banyakkan amal ibadah. Bukan Pak Lah je.. Ye tak?? :)

Kepada PM baru kita.. tak payah sebut nama lah ye.. sume pun dah tau.. Jalankanlah tugas dengan penuh amanah. Sebabnya, jawatan kat dunia yang kita pegang nie akan dipersoalkan di akhirat kelak. Jangan rasa gembira je. Tugas untuk memimpin kitorang rakyat Malaysia nie payah. Banyakkan gak amal ibadah ye.. Jangan ingat nak berkempen je..

Kepada kedua2 buah akhbar, tahniah.. Penggantungan dah ditarik.. Bolehlah beroperasi lagi ye?

Tak lupa jugak kepada 13 tahanan ISA.. Selamat kembali kepada keluarga..

Sebagai seorang rakyat Malaysia yang sangat2 tak menyokong penahanan tanpa pembicaraan, saya nak menyeru sume2 yang membaca tulisan nie.. Sape2 yang pernah memegang ataupun yang sedang memegang mane2 jawatan, peganglah ia dengan amanah. Walaupun tak sebesar amanah sebagai PM. Kita akan dipersoalkan! Ikutlah AlQuran dan Sunnah. Kalau tak dapat laksanakan sume, sedikit pun takpe. Yang penting jangan tinggal sume..

Selamat tinggal PM lama.. Selamat datang PM baru.. Patah tumbuh hilang berganti. Yang pasti, Islam takkan patah dan takkan ada gantinya.. Takbir !!!