Saturday, March 27, 2010

KISAH RAHSIA



KISAH RAHSIA DI SEBALIK SEMBAHYANG LIMA WAKTU, PUASA dan SYAFAAT NABI SAW
Ali bin Abi Talib r.a berkata : "Sewaktu Rasullullah S.A.W duduk bersama para sahabat muhajirin dan ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata : ' Ya Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu kalimat- kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa A.S. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab (terhampir).'

Lalu Rasullullah S.A.W. bersabda: 'Silakan bertanya.' Berkata orang Yahudi: 'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.' Sabda Rasullullah S.A.W. : 'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada tuhanNya, Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi, Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam A.S., maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengabulkan permintaannya.‘ Sembahyang Isya' itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul sebelumku, Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari, ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya tiap orang kafir.’

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata: 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang?’ Rasullullah S.A.W bersabda: 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan, sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam, orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.' Sabda Rasullullah S.A.W. lagi: 'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.' Setelah itu Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud: 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan, sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam A.S. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan'. Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Sembahyang Isya'. Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isya' berjamaah, Allah S.W.T. haramkan dari terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titi sirath.' Sabda Rasullullah S.A.W. seterusnya: 'Sembahyang Subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan sembahyang subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberi oleh Allah S.W.T. dua kebebasan iaitu:
Dibebaskan dari api neraka. Dibebaskan dari nifaq (sifat munafik).
Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata: 'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (S.A.W). Kini katakan pula kepada kami semua kenapakah Allah S.W.T. mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?'. Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam A.S. selama 30 hari. Kemudian Allah S.W.T. mewajibkan ke atas keturunan Adam A.S. berlapar selama 30 hari. Sementara izin makan diwaktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah S.W.T. kepada makhlukNya'. Kata orang Yahudi: 'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi dari puasa itu.’ Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah S.W.T. dia akan diberi oleh Allah S.W.T. tujuh perkara:
Akan dicairkan daging haram yang tumbuh di badannya (daging yang tumbuh dengan makanan yang haram).
Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
Dijauhkan dari merasa lapar dan haus.
Diringan baginya siksa kubur (siksa yang sangat mengerikan).
Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T. pada hari Kiamat untuk menyeberang titian sirath. Allah S.W.T. akan memberinya balasan syurga.'
Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu antara semua para nabi.' Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Seorang nabi menggunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat pada umat saya di hari kiamat).' Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan engkau utusan Allah).'

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (Al-Baqarah : 155)"


Monday, March 22, 2010

Moga2 Tiada Rasa Benci...

Bismillahirrahmanirrahim..

Masa: 6.23 am
Mood: jiwa kacau!

Apa perasaan anda bila ada yg kata anda nie macam nie.. Anda tue macam tue..?? Marah? Sedih? Gembira? Tak kisahlah sebab takda kaitan dengan saya :)

Semalam saya baru sahaja remove beberapa orang sahabat dari fb dan offline mereka kat ym. Alasan?? Sebab saya tak suka diorg. Diorg suka saya ke?? Suka ke tak suka saya tak kisah.

Saya insyaAllah dalam proses merawat hati dan memperbaiki kelemahan diri supaya tiada benci dalam hati. Saya tak suka sesetengah orang bukan sebab salah diorang. Mostly salah saya. So, sebagai langkah terbaik agar kesalahan saya tak berulang, saya tak nak tau apa jadi kat diorang dan saya pun tak nak diorang tau apa jadi kat saya.

Kadang2 bila dah bertekad nak berubah ada je ujian datang. Saya paling tak suka gaduh ataupun ada selisih faham dengan orang. tapi, kalau terjadi juga maknanya saya memang benar2 tak suka pada anda. Dan saya tak kisah anda suka ataupun tak dengan saya. Sebab anda bukan orang penting dalam hidup saya. :)

Mohon maaf atas salah silap. Saya akui.. Semua salah faham adalah berpunca daripada kelemahan diri saya sendiri. Saya sangat mementingkan kesempurnaan dan komitmen dalam melakukan sesuatu samada bergerak kerja ataupun sebagainya.. Dan bilamana saya dah bagi 100% tapi beberapa pihak pula sebaliknya, yang tue menyebabkan saya mudah naik angin :) (moral:
sifat mementingkan kesempurnaan kalau tak dapat dikawal akan menjadi kelemahan yang mana akan membinasakan diri sendiri)

Bilamana kita terlalu mementingkan kesempurnaan dan komitmen, dan mereka2 tak memberikan yang terbaik kita akan frust giler2. Padahal kita tak tahu apa halangan yang menimpa mereka.. (moral:
saya kena latih diri untuk lebih husnu dzon)

Mohon maaf sekali lagi.. Doakan saya agar mampu merawat hati dan memperbaiki kelemahan diri. Moga2 dalam hati tiada rasa benci..



Doakan saya agar saya mampu menjadi sebaik2 muslimah.. Doa anda semua sangat bermakna.. Ameen..

Saturday, March 20, 2010

HATI-HATI BERTANYA


Di dalam sesetengah perkara yang ingin anda ketahui tetapi dibatasi oleh larangan tatatertib agama, maka anda hendaklah bersabar, lambat-laun akan anda ketahui juga. Contohnya, dalam kisah Luqman Al-Hakim ingin mengetahui bagaimana Nabi Daud A.S membuat baju besi itu, Luqman dapat menahan keinginan untuk bertanya. Dia bersabar dan berulang-alik ke rumah Nabi Daud A.S selama setahun, semata-mata untuk mengetahui perkara itu dengan penglihatan mata sahaja tanpa bertanya. Akhirnya dia mendapat pengetahuan bagaimana hendak membuat baju besi seperti itu. Kesimpulannya, batas-batas pertanyaan yang diharuskan ialah :

1.   Pertanyaan itu tidak membawa kepada mudharat, samada bagi yang bertanya mahupun yang ditanya.

2.   Pertanyaan itu tidak mendedahkan perkara yang dirahsiakan termasuk yang mengaibkan seseorang.

3.   Pertanyaan itu tidak membawa akibat yang menjadikan seseorang itu riak atau berdusta. Dengan meninggalkan pertanyaan-pertanyaan seperti yang di atas, anda akan menjadi seorang muslim yang baik.

Cara-cara untuk menyekat atau mengawal keinginan nafsu bertanya dan berkata-kata ialah:

1.    Hendaklah mengingati "mati" yang boleh tiba pada bila-bila masa sahaja.

2.    Hendaklah sentiasa ingat, seseorang itu bertanggungjawab terhadap setiap kata-kata yang diucapkannya.

3.    Sentiasalah beringat bahawa masa itu emas. Jangan membuang masa dengan perbuatan atau kata-kata yang sia-sia. Sedarlah bahawa setiap detik nafas anda adalah pelaburan bagi masa depan anda.

4.    Hendaklah sentiasa mengawal lidah daripada berkata-kata yang tidak perlu atau yang tiada kena-mengena.

5.   Jika anda bimbang selalu bergaul dengan orang ramai itu akan mendatangkan bencana terhadap lisan, maka bolehlah anda mengasingkan diri.

6.   Biasakan berdiam diri atau membiasakan lidah tidak berkata-kata yang tidak perlu dan tiada kena-mengena.



Wednesday, March 17, 2010

AKIBAT LUPA MATI



Barangsiapa melupai mati, ia akan menderita tiga perkara :

1.  Menunda-nunda taubat, akhirnya mati dalam keadaan membawa bersama dosa yang belum bertaubat. Seringkali panjang angan-angan kerana menyangka mati masih lambat dan masih panjang.

2.  Tidak rela hidup sederhana akhirnya memburu kesenangan dan kemewahan dunia hingga lalai dari mengingati Allah s.w.t sering merasa kecewa dan putus asa seolah-oleh dunia ini segala-galanya. Kegagalan seolah-olah kegagalan hakiki. Terlalu mementingkan diri sendiri dan sanggup menindas orang lain.
                
3.  Malas beribadah, kelazatan mengecapi nikmat dunia menyebabkan lenyapkan kelazatan beribadah kepada Allah s.w.t. Hilang kemanisan ibadah, makin dirasai kosong dan tidak bermanfaat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya, " Kuburan adalah perhentian pertama dari alam akhirat. Jika ia selamat disini maka seterusnya ia akan mengalaminya dengan lebih mudah. Tetapi jika ia tidak selamat, maka selanjutnya ia akan mengalami dengan lebih berat", (Termizi, Ibnu Majab, Al Hakim).

Nabi Yaakub a.s meminta kepada malaikat maut agar menghantar utusan terlebih dahulu sebelum mencabut nyawa beliau. Permintaan itu bermaksud agar Nabi Yaakub mendapat peringatan atau tanda-tanda kematian lebih awal. Ketika malaikat maut datang menemui Nabi Yaakub a.s untuk mencabut nyawa, beliau bertanya, " Bukankah aku minta dikirimkan utusan terlebih dahulu?. " Malaikat maut menjawab, " Demi Allah telah banyak utusanku untuk memberi peringatan Wahai Nabi Allah". Jawab Nabi Yaakub, " Aku tidak mengetahui dan mengenalinya". Jawapan malaikat maut, " Iaitu berupa sakit, uban, tua, pendengaran yang kurang, dan penglihatan yang kabur".

Dari Abu Dzar ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : " Berziarahlah ke kubur kerana ia dapat mengingatkanmu kepada akhirat. Mandikan orang mati kerana menguruskan jasad orang mati merupakan peringatan yang mendalam. Dan sembahyangkan jenazah kerena itu dapat meruntuhkan hatimu (menyedihkan) kerana orang yang bersedih di bawah naungan Allah bererti bersedia dengan segala kebajikan". (Al Hakim).

Monday, March 15, 2010

PERIHAL LELAKI DAN WANITA

Betapa beratnya menjadi seorang lelaki, di antaranya adalah seperti berikut

LELAKI
*********
1.    Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
2.    Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN!!
3.    Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN !!!
4.    Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.

WANITA
**********
1.    Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2.    Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tdk sebaliknya.
3.    Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4.    Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
5.    Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6.    Wanita wajib taat kepada suaminya.
7.    Talak terletak di tangan suami bukan isteri.
8.    Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
   
Pernahkan kita lihat sebaliknya? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat.Sudah pasti intan permata tidak dibiar bersepah bukan? Itulah bandingannya dgn seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak,tetapi setiap saat dia didoakan oleh seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). 
Diakhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini :
•    isterinya,
•    ibunya,
•    anak perempuannya
•    saudara perempuannya

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini :
•    suaminya
•    ayahnya
•    anak lelakinya
•    saudara lelakinya

Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui mana-mana pintu syurga yang disukainya cukup dgn 4 syarat sahaja :
•    sembahyang 5 waktu
•    puasa di bulan ramadhan
•    taat suaminya
•    menjaga kehormatannya

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. Subhanallah..

Thursday, March 11, 2010

10 Macam Kekejaman!

Sufyan Atsauri berkata, "Sepuluh macam daripada kekejaman ialah:"

1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.

2 .Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.

3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.

4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.

5. Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.

6. Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.

7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu. 
8. Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.

9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.

10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Monday, March 8, 2010

~Rahsia Diri~


Mentari menyinari jiwa yang kaku
Kelam terasa..
Tatkala jasad berlumuran darah merah
Engkau taburkan sebuah kesumat
Lantas darah merah pekat mengalir…
Diri yang berani memijak jiwa yang lemah
Hati membisu tidak terkata
Jasad meronta
Jiwa merana…

Mata hati menerobos angkasa
Berpaksikan cahaya bulan yang bergemerlapan
Jasad yang tidak bernilai
Menjadi racun tatkala duka
Panahan sembilu menusuk  ke kalbu
Melingkari sekeping hati yang lemah longlai
Menjadikan jiwa yang lemah semakin lemah….

Manusia semakin bijak berhelah
Kepetahan lidah sebagai penyelamat
Bertemankan ketangkasan akal mendokong bait
Biarpun hati sedang resah menemani jiwa gelisah
Lantaran takut jejak meninggalkan kesan
Kata hati mahu meneruskan jua…

Senyuman mencermin laku
Menjadi penghibur pada yang berduka
Namun sinar mata mencermin segala
Kepahitan dan kesakitan yang tertanam jauh pada dasarnya…

Diri yang kau anggap wira
Memberi madu pada yang berduka
Walau menerima racun sepahit hempedu
Masih tetap tersenyum simpul
Lantaran hati telah terikat
Pada bicara jiwa yang berdoa…

Ujian yang menimpa tidak sekali dizahirkan
Biarlah hanya DIA yang tahu
Seusai tersimpul rapi
Terkubur jua  dalam lipatan usia
Walau merana seorang diri
Lantaran jiwa ingin menanggung segala