Tuesday, January 5, 2010

XPDC DAKWAH GAMIS : APAKAH BENAR KITA SEORANG DA'IE???

Bismillahirrahmanirrahim...

"dan janganlah kamu campuradukkan kebenaran dengan kebatilan dan (janganlah) kamu sembunyikan kebenaran sedangkan kamu mengetahuinya" (2:42)

Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Allah kerana dengan izinNya saya masih mampu berbakti pada blog ini. Agak lama saya tak menulis. Semakin malas pula jadinya.. Apapun, saya tak mahu mengecewakan permintaan seorang sahabat yang meminta saya untuk menceritakan pengalaman sepanjang XPDC Dakwah Gamis..

Pada awalnya saya mendapat mesej pemberitahuan tentang XPDC agak lambat. Tak sempat nak rancang apa2 pun. Ditambah pula family nak datang ziarah. Ini membuatkan saya akur dgn mengatakan bahawa saya tak dapat menyertai XPDC. Tapi alhamdulillah.. Masa itu milik Allah. Setelah merancang dengan begitu singkat akhirnya saya berserta 5 orang sahabat muslimat yang lain selamat sampai ke masjid jamek sebelum azan isyak berkumandang. Tinggal beberapa minit saja lg. Sampai2 terus solat. Nasib juga kami dah siap berwudhu.. Terima kasih yang tak terhingga kepada sahabat saya, Naza dan ayahnya yang menghantar kami ke masjid jamek. Tanpa bantuan itu, tak mungkin kami akan sampai sebelum azan isyak berkumandang. Alhamdulillah.. Sesungguhnya masa itu milik Allah..

Setelah selesai solat kami mendengar taklimat ringkas dan dibahagikan mengikut universiti(ini untuk muslimat. Muslimin kalau tak silap campur2 universiti). Untuk CFS PJ, kami dikumpulkan bersama UIA Gombak. Alhamdulillah.. Bertemu akak2 yang dirindui sentiasa.. Kemudian kami diarahkan bergabung bersama kumpulan muslimin. Setelah itu taaruf ringkas bersama ahli kumpulan. Dalam kumpulan saya jumlah muslimat melebihi muslimin. Selesai taaruf, kami dibahagikan pula kepada kumpulan yang lagi kecil. Dalam kumpulan kecil inilah kami bergerak bersama mendekati mad'u..

Sepanjang perjalanan menuju ke Dataran Merdeka, hati saya tak tenang. Zikir menjadi peneman bicara hati saya. Terlalu banyak kemungkaran dan kemaksiatan yang saya saksikan.. Paling menakutkan bilamana saya melihat sekumpulan lelaki yang kelihatan agak liar. Lantas mata saya mencari kelibat muslimin. Takut sekiranya ditinggal terlalu jauh oleh mereka.. Muslimat sememangnya memerlukan muslimin dalam keadaan macam nie. Dengan bunyi bising yang tak terkawal XPDC pun bermula!

Sepanjang perjalanan saya tak berhenti berfikir.. Soalan yang bermain dalam fikiran saya ialah, "camana aku nak mendekati mad'u???" Saya khuatir cara saya tak kena di mata mad'u.. Saya risau, takut dan gelisah sentiasa.. Bila difikirkan semula.. Mungkin selama ini saya terlalu selesa berdakwah di zon yang selamat. Tak pernah merasa bagaimana jika berdepan dengan manusia yang memiliki seribu satu macam ragam.. Jika diimbas kembali, Rasulullah berdakwah pada zaman yang penuh berliku. Setakat berdakwah pada malam tahun baru di Dataran Merdeka apalah sangat nak di bandingkan dengan dakwah Rasulullah.. Lantas semangat saya kembali pulih.. Saya katakan dalam hati, "Gambate irma!!! Allahuakbar!!!"

Saya bergerak berpasangan dengan kak sufi(uia gombak). Semangat saya kembali berkobar apabila bergerak bersama kak sufi kerana melihat kepada keyakinan kak sufi membuatkan saya juga yakin bahawa kami mampu melakukannya. Allah bersama kami.. takbir!

Tapi.. Keyakinan saya sedikit goyah apabila benar2 berhadapan dengan mad'u. Dalam hati berlagu alunan zikir yang tak henti2.. Kami dibekalkan dengan kalendar tahun baru dan air untuk diberikan kepada mad'u.. Bermodalkan kalender dan air inilah kami berhasil mendekati mad'u. Alhamdulillah.. Semuanya atas pertolongan Allah jua..

Paling saya tak boleh lupa bilamana seorang akak yang saya tak tahu dari universiti mana mengarahkan kami mencari mad'u2 yang berambut trojan. Kecut perut saya mendengar. Masih terngiang2 lagi perbualan ringkas kami...

akak : da siap da??

saya n kak sufi : haa..

akak : korang pergi cari yang rambut2 trojan

saya : sudah.. nie yang aku takut nie (monolog dlm hati sambil melihat kearah kak sufi)

kak sufi : tapi kami belah mat je (mat=muslimat)

akak : takpa.. korg cari je pompuan2..

saya n kak sufi : insyaAllah..

Cari rambut trojan?? Nak tengok pun takut apatah lagi cari??? Fuh!! Cari punya cari.. Memang banyak yang kami jumpa. Tapi tak berani nak dekat sbb ramai lelaki2 trojan. Jadi kami pun mencari mad'u yang lain.. Terlihatlah dua buah keluarga nie.. Kak sufi pergi ke arah satu keluarga dan saya pergi ke arah keluarga yang satu lagi. Antara perbualan saya bersama salah sebuah keluarga tersebut..

saya : Assalamualaikum..

si ibu : Waalaikumussalam..

saya : nie ada ada kalendar nak bagi. percuma je. dan nie ada air skali (sambil memberikan air pada anak2 si ibu)

si ibu : terima kasih.. Ucap terima kasih pada akak (arah si ibu kpd anak2)

bermulalah pebualan kami.. bla.. bla.. bla..

tanpa disangka2 si syah menyampuk

si ayah : GAMIS tue apa??

saya : o0o0o.. GAMIS nie merupakan satu NGO.. bla.. bla.. bla..

si ayah : Macam ABIM la nie?? Ke bawah ABIM??

saya : bla.. bla.. bla..

si ayah : saya ABIM.. bla.. bla.. bla..

saya : o0o0o.. bla.. bla.. bla..

Nak katanya.. Daripada perbualan ringkas itu saya dapat simpulkan bahawa ramai je keluarga2 yang pergi menyambut tahun baru tak suka dengan suasana pergaulan bebas lelaki perempuan.. Pada mereka, masa inilah yang sepatutnya dimanfaatkan utk bersama seisi keluarga terutama anak2. Lantas saya bermonolog dalam hati, 'ehhh.. aku nie tak spend masa ngan family aku.. anak2.. ooopppsssssss.. aku tak kawen lagi..!!!' Haha.. Tersasul..

Bnyk lagilah pengalaman yang saya kutip sepanjang XPDC.. Cuma.. satu persoalan yang tak pernah berhenti menghantui saya..

"Layakkah aku digelar seorang da'ie????"

Nak berhadapan dengan mad'u pun saya takut.. Perlukan teman.. Inilah akibat terlalu selesa berdakwah di zon selamat. Bila keluar ke dunia realiti, inilah yang terjadi.. Sampai payah nak bercakap dengan mad'u..

Sebagai seorang yang mengelar dirinya da'ie, sepatutnya masalah ini tak wujud. Da'ie perlu sentiasa bersedia walau di mana sahaja. Dan saya belajar melalui kesilapan. InsyaAllah saya akan cuba perbaiki lagi.. Tetapi.. Persoalan itu masih belum terjawab.. Mungkin bila nak kata layak tak layak, akan ada yang mempersoalkan dengan mengatakan, "takkan nak tunggu kesempurnaan baru kata layak??"

Mungkin saya patut tukar soalan..

"Apakah benar aku seorang da'ie???"

Pertanyaan yang sama buat yang berada di luar sana. Sekiranya anda pernah melalui apa yang saya lalui.. Takut ataupun tak biasa bercakap dengan mad'u..

"Apakah benar kita seorang da'ie??"

Tepuk dada tanya iman..


Wallahua'lam..



12 comments:

alFaqirah ilAllah.. said...

betul2....camane kita nak bina semangat dan kekuatan dalam diri untuk memikul amanah ni dengan sebenar2nya..
jangan mengalah wahai diri..jom cari dan bina kekuatan tu..

alFaqirah ilAllah.. said...

hmm...sweet la gmbor kedua tu....hehe

aku abid said...

yup!!! pejuang Allah tak pernah mengaku kalah!! takbir!!!

kte pun suka lorh.. heheh..

al-bagani said...

Dai'e itu apa? Penyeru kan..

menyeru apa? menyeru umat ke jalan Allah kan..

kenapa mesti seru? sebab ini yang disuruh oleh Allah supaya amar makruf nahi munkar..betul tak..

kenapa Allah suruh AMNM? Sebab kita telah ditaklifkan oleh Allah sbg khalifah kan..

semakin bertambah ilmu, semakin bertambah pengalaman maka semakin beratlah tanggungjawab..inilah jalan seorang dai'e..ana jga pernah merasai situasi ini tp bkn masa tahun baru..ana hadapi situasi nie di KLCC yg mana ketika itu hampir bulan Ramadhan dan Merdeka..maka ana diberi tugas mendekati masyarakat @ mad'u yang pelbagai..rasa gentar juga awal2 tp inilah yg perlu dihadapi nak tak nak bila bergelar dai'e..betul tak?

aku abid said...

inilah yg perlu dihadapi nak tak nak bila bergelar dai'e..betul tak?

apa mksudnya??? ana tak phm.. tak nak bergelar da'ie??

al-bagani said...

oh..maaf..bahasa ana mengelirukan..
mksd ana samada nak or x nak kena gk hadapi rasa gentar nih...klu x smpi bila pn x menigkat level iman & yakin kita.

aku abid said...

haa.. baru phm.. yup ana setuju.. cuma saja nak mbuka minda. kita kata kita da'ie. tp baru d uji kecik mcm nie da gentar. tp ujian mcm nie mematangkan kita dlm proses mjadi da'ie yg sebenar

ummu khosyatillah bt muzakir said...
This comment has been removed by the author.
ummu khosyatillah bt muzakir said...

salam.

yg penting bg mad'u yg rata2 nya remaja: AMAT perlu ukhuwah dkm dakwah.dakwah tanpa ukhuwah hnyala angan2...

dan Imam Ghazali ada bagi tips atau pandangan secara global mengenai friendship;

1. Jika engkau berbuat baik kepadanya maka ia juga kan sentiasa melindungimu.

2. Jika engkau merapatkan ikatan persahabatan dengannya maka ia akan membalas baik persahabatanmu itu.

3. Jika engkau memerlukan pertolongan darinya, maka ia akan berusaha untuk membantu sesuai dengan kemampuannya.

4. Jika engkau menawarkan berbuat baik kepadanya, maka ia akan menyambutnya dengan baik.

5. Jika ia memperoleh kebaikan atau bantuan darimu, maka ia akan menghargai kebaikan itu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik darimu (aib), maka ia akan berupaya untuk (menasihat dan) menutupinya.

7. Jika engkau meminta suatu bantuan darinya, maka ia akan mengusahakannya dengan bersungguh-sungguh.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu untuk meminta), maka ia akan menanyakan kesulitan yang tengah kau hadapi.

9. Jika bencana datang menimpamu, maka ia akan berbuat sesuatu untuk meringankan kesusahanmu itu.

10. Jika engkau berkata benar kepadanya, niscaya ia akan membenarkan (mempercayai) mu.

11. Jika engkau merencana suatu kebaikan, maka dengan senang hati ia akan membantu menjayakan rencanamu itu.

12. Jika kalian berdua sedang berbeza pendapat atau berselisih faham, nescaya ia akan lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan itu..

seorg dai'e bkn seorg yg begitu selesa d comfort zone.tapi mereka yg selalu mengharapkn utk diuji dgn seribu dugaan.

dugaan bukan suatu yg mjadikan mereka lemah tp adlh sebalinya.

dan igtlah kata dr imam syafie:
"nasihat seorg tua (ko) adlh lebih baik dr tenaga seorg pemuda".

aku abid said...

tak ley kata dakwah tanpa ukhuwwah adalah angan2.. tak dinafikan ukhuwwah mmg pntg, tp tak suma kadan memerlukan ukhuwwah..

ummu khosyatillah bt muzakir said...

bg contoh?

aku abid said...

nnt kita jumpa baru kita lanjutkan perbincangan nie..