Saturday, May 30, 2009

TA 'ARUF WEEK (TAWE) : PUB PRO! PUB PRO! ONG GEDEK GEDEK!!

Lama dah tak update blog. entah nape jd mls plak.. Haiyo0 irma.. What's wrong wif u??? Dlm entry kali nie plak nak cita psl tawe gak. haha!! Mcm boring plak.. Bukak je blog bdk Uia nie mesti ada cita psl tawe. kalo tak cita mcm tak besh plak.. cita je la..

Saya ditempatkan dlm pub n pro.. Masa sampai kat cfs nie (baru balik dr cuti. takde s.sem la katakan.. :) trus pegi stad utk lapor diri. rasa sedih sngt2 dpt pub pro. tak minatlah.. tak sukalah.. Banyak lagi perasaan bercampur baur..

Tapi.. alhamdulillah.. sumenya berubah. seronok sngt2 berada dlm pub pro nie..


tunjuk apa tue..??

amek gambar kat LY afta lunch beramai2

Cuma.. keseronokan yg saya rasai tue tak lama. silap saya gak.. betul la perempuan nie emosional.. hari kedua registration sampailah hari yg last saya rasa bersalah. bersalah pada sapa tak perlu lah tau.. ahli pub pro yg tau tue, wat mcm tak tau je.. biar kita2 je tau apa yg jd..

Nasib baek wan n balqis ada. selalu bg semangat. dorg dah tau dah.. saya nie tak suka nangis depan2. kalo nangis pun, nangis besa2 je. bila sorg2 baru nangis puas2. wan salu kata, "irma jgnlah camtu.. kalo nak nangis, kitorg ada.." Terharu rasa.. Aida plak salu bz.. tak jumpa aida sehari je dah rindu.. siap hntr msg lagi kata rindu.. Alhamdulillah.. Itulah ukhuwwah..


saya n balqis

saya n wan

saya n aida

Saya blaja satu perkara yg paling penting dlm tawe nie iaitu kita kena pandai kawal emosi. saya dah kena teruk dah. punya payah nak ungkapkan kata maaf pada org tue.. bila dah minta maaf pun rasa mcm tak setel lg.. sebab nape?? sbb saya sensitif sngt kot.. cara org tue pandang mlm tue saya takkan boleh lupa sampai bila2.. pandangan yg saya tak pernah terima dari sesapa pun.. satu pengajaran wat saya..


take note irma!! jgn biarkan kesilapan berulang!!

Kat bawah nie plak gmbr masa kitorg ajr nyanyi kat smawp.. besh gak jadi guru vokal walaupun tak bertauliah.. hehe


sis pub pro @ guru vokal.. hehe

nyanyi jgn tak nyanyi!!

khusyuknya adik2 nie..

committees yg berdedikasi.. chewah..!!


Pub pro! Pub pro!

Rindunya dgn panggilan tue..



haq, mat, danny, syafik (head pub pro)

hanis, syukri, faris

hilmi, am, helmi, syahid

irma...!! jgn tido!! kena jg exam!

sesaja nak mencapap. huhu

senyum sokmo!

ikin, azwa, naya, saya, v

dua org dari kiri tue drp uia nilai : nida n fit

fit n azwa

Haiyo0 irma.. sejak abih tawe nie perasaan len mcm je.. namun, apa yg pasti, irma tetap blaja drp kesilapan!!!

Bro : syafik, haq. syukri, am, mat, hilmi, helmi, faris, danny, syahid n hanis..



Sis : wan, balqis, aida, nida, fit, aton, yana, v, anisah, didi, ilham, fatin, lilia, azwa, ikin, achik, fakriyah, azrin, intan, n naya..



Tq sngt2.. Korg sume mmg baek.. cuma saya je yg tak brapa nak baek.. jgn lost contact ye.. ber 'ym' selalu..!!




"pub pro! pub pro! ong gedek gedek!"

Ungkapan yg akn selalu dirindu..

Tuesday, May 12, 2009

Muslimat Sabah dalam membantu jentera Muslimin

Jikalau muslimin ialah sebatang pokok yang tinggi dan kuat, muslimat pula ialah akarnya.. Akar yang menyokong tumbesaran pokok. Kalau kita lihat akar sangat penting bagi sebatang pokok. Kekuatan akar menjamin pokok untuk terus membesar dengan baik. Sekiranya akar rapuh, akan hilanglah kekuatan pokok. Begitulah analogi yang sering bermain di minda saya tentang muslimat Sabah. Sabah di bawah bayu.. Tanah tumpah darah saya.. Ya.. Saya juga merupakan salah seorang muslimat Sabah.

Sepanjang cuti nie saya asyik berfikir tentang bagaimana nak meluaskan skop dakwah di bumi Sabah khususnya bumi Tawau, daerah kelahiran saya. Sudah tersedia banyak jalan. Hanya perlu mengorak langkah. Namun langkah yang ingin diambil bukanlah senang. Perlukan pengorbanan yang betul2 jitu dan dilakukan secara istiqamah. Nama pun berjuang. Pejuang yang tak pernah berkorban bukanlah pejuang yang sebenarnya..

Bercerita tentang pengorbanan. Saya nak membawakan bagaimana pengorbanan yang perlu dilakukan oleh muslimat Sabah dalam membantu jentera muslimin. Sememangnya di bumi Sabah nie muslimat mempunyai peranan yang sangat penting. Bergerak bersama muslimin melancarkan dakwah yang tak pernah putus walaupun seringkali disalahertikan oleh orang lain.

Ya.. Membawa dakwah bukan mudah. Apatah lagi di bumi Sabah. Mungkin ramai yang tak tahu. Sabah lah sebenar-benarnya tempat yang paling payah untuk berjuang. Bukan niat saya nak membandingkan mana2 kawasan mahupun negeri. Tapi itulah hakikatnya. Kami muslimat Sabah merasa peritnya berjuang disini. Peritnya membantu perjuangan muslimin. Begitu perit berjuang bersama.. Dengan bilangan yang tak ramai ditambah pula keadaan masyarakat Sabah yang kurang mendalami ilmu agama amat menyukarkan kami. Kadang2 apabila muslimat Sabah menbawa dakwah. Dikatakan sesat oleh mereka2 yang tak memahami Islam. Saya sendiri sudah acap kali dikatakan sesat. Dah kebal dah rasanya.. Tapi, dalam keperitan itu, muslimat Sabah tetap mara kehadapan kerana amanah yang tersandang di bahu. Takkan pernah membiarkan diri merasa goyah dengan semua ujian Allah. Itulah muslimat Sabah..

Teringat saya kepada perbincangan saya bersama bekas rakan2 sekolah beberapa hari yang lepas.. Kami membincangkan tentang adat dan budaya yang masih lagi diamalkan dalam masyarakat kami di Sabah khususnya di Tawau nie. Terlalu banyak adat dan budaya yang bertentangan dengan ajaran Islam. Rakan2 saya kata kalau mereka menegur ibu bapa mereka, teguran itu takkan memberi kesan. Begitu payah nak menegur keluarga sendiri. Saya tahu sebab saya pun mengalaminya.. Masyarakat Sabah terlalu taksub dengan adat dan budaya masing2. Sehinggakan kadang2 adat dan budaya itu melebihi ibadah.

Inilah ujian yang harus dilalui oleh muslimat Sabah. Perlu dakwah kepada ahli keluarga disamping melibatkan diri dengan dakwah bersama sahabat2 di luar rumah. Padahal dakwah kepada ahli keluarga bukanlah senang. Apatah lagi keluarga yang terlalu berpegang dengan adat dan budaya. Muslimat Sabah sering berhadapan dengan keadaan ini. Muslimat terpaksa kuat. Kalau tak, muslimat akan hilang begitu saja. Saya sendiri pernah melaluinya. Hilang di pentas dakwah hampir setahun dan berpisah dengan sahabat2 seperjuangan.. Hanya kerana membawa dakwah kepada keluarga. Tempoh itu sangat menyakitkan. Tapi itulah yang mendewasakan saya. Diibaratkan saya dah terjatuh dan hampir2 tak dapat bangun kembali. Tapi mujurlah Allah membantu.. Saya berpesan kpd rakan2 saya, “kita adalah generasi baru yang sedar akan sume nie. bila dah ada keluarga sendiri, tinggalkan sume adat yang tak betul tue.”

Saya teringat satu program yang saya pergi bersama sahabat baik saya, Rusni. Program nie khas untuk muslimat Tawau. Dalam program tue seorang pensyarah dari UMP dijemput memberikan ceramah. Beliau ialah Prof. Wan Masri. Beliau mengatakan sepanjang perjalanan menuju ke Tawau, susah nak mencari masjid. Yang banyak gereja. Ini menunjukkkan banyak halangan yang perlu dirintis oleh muslimat Sabah kerana Sabah tak sama seperti Semenanjung. Apa yang saya lihat, kalau di Semenanjung, ramai yang dah memahami Islam, Cuma nak melaksanakan perintah menurut Islam tak bersedia lagi. Tapi di Sabah ramai lagi yang masih merangkak-rangkak untuk memahami Islam. Bagaimana mahu melaksanakan perintah Allah kalau Islam pun tak faham lagi?? Ditambah lagi dengan bilangan non-muslim yang begitu ramai..

Dalam program tersebut saya bertemu dengan naqibah PERPPIS saya semasa form 5, kak Mui panggilan mesranya. Naqibah Rusni juga kerana kami sama2 terlibat dalam PERPPIS.. PERPPIS ialah Persatuan Putera Puteri Islam Bahagian Tawau. PERPPIS melahirkan ramai muslimin muslimat yang sanggup berjuang di Sabah. Tawau khususnya. PERPPIS lah yang melatih ramai anak2 muda untuk mencintai dakwah. Teringat saya kepada sahabat2 muslimat.. Fitri, Lai, Mira, Ratna serta adik kembar saya sendiri, Rima. Muslimat2 inilah yang masih teguh merancakkan pentas dakwah di Tawau kecuali adik saya sebab sedang melanjutkan pelajaran sama seperti saya. Penasihat PERPPIS pula merupakan suami kepada kak Mui. Bercerita tentang penasihat PERPPIS nie, nama beliau ialah Nasir bin Che Ali. Berasal dari Kedah. Berkahwin dengan kak Mui dan bermastautin di Sabah. Beliau sanggup meninggalkan kampung halaman demi membantu perjuangan kami di Sabah. Sangat mengharukan.. Kini beliau memiliki anak seramai 9 orang. InsyaAllah bakal2 pejuang di Sabah juga.

Seorang sahabat saya pernah berkata sewaktu kami berbual menerusi telefon bimbit tak lama dulu. Muslimat Sabah yang belajar di Semenanjung kena balik ke Sabah juga. Nak cari calon suami tue kalau boleh biarlah orang Sabah. Untuk memastikan medan dakwah di Sabah nie tak ketandusan muslimat. Sebabnya ada muslimat yang berkahwin dengan orang Semenanjung tapi akhirnya terpaksa mengikut suami. Saya hanya tergelak. Tetapi, dalam tergelak tue, saya tetap memikirkan kebenaran kata2 sahabat saya.. Betapa bumi Sabah nie memerlukan muslimat untuk membantu perjuangan muslimin.. Mungkin pada usia saya nie masih terlalu muda untuk memikirkan soal jodoh. Namun terpaksa difikirkan juga kerana persoalannya disini, apabila muslimat Sabah berkahwin dengan orang Semenanjung seakan2 mimpi ngeri sekiranya muslimat tersebut terpaksa meninggalkan Sabah. Kerana akan berkuranglah muslimat di Sabah..

Muslimin pun pernah berkata, “muslimat nie jgn mengada2 cari org sana. cari org Sabah juga.” Saya dan Rusni selalu tergelak apabila membincangkan hal nie.. Tapi, memang benar apa yang dikatakan tue.. Setelah menimba ilmu di Semenanjung, muslimat perlu balik semula ke Sabah untuk membantu jentera muslimin. Terlalu banyak yang perlu dilakukan di sini.. Sekiranya berjodoh dengan orang Semenanjung, seharusnya mencontohi penasihat PERPPIS. Sanggup meninggalkan kampung halaman kerana Sabah lebih memerlukan tenaga untuk melancarkan perjalanan dakwah.

Ya.. Sabah sememangnya lebih memerlukan ramai tenaga pejuang untuk menjalankan dakwah. Lebih ramai yang diperlukan disini.. Kerana Sabah adalah lubuk dakwah. Setahu saya, muslimin yang menimba ilmu di Semenanjung tetap akan balik berjuang di Sabah. Hanya muslimat saja yang tak pasti. Jadi, muslimat harus pandai dalam soal mencari jodoh. Kerana persoalan inilah yang sering mengurangkan bilangan muslimat di Sabah. Padahal muslimat sangat penting dalam membantu jentera muslimin.. Saya dan Rusni juga muslimat Sabah. Nampaknya kami harus memikirkan persoalan ini dengan mendalam demi menjaga kepentingan dakwah di Sabah.


Tuesday, May 5, 2009

KELEBIHAN UMAT RASULULLAH S.A.W MENURUT PANDANGAN NABI ADAM A.S

"Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S telah berkata, "Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W EMPAT kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:
1. Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima disebarang tempat oleh Allah S.W.T.
2. Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian.
3. Ketika aku telah berderhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan isteri mereka.
4. Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad S.A.W durhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.A.W.
p/s: Subhanallah.. sungguh beruntung kita menjadi umatnya. Kalo tak tau bersyukur lagi, tak tau nak cakap camana dah.. camana nak bersyukur??? patuhilah suruhan Allah dan tinggalkanlah larangannya.. senang kan??

Sunday, May 3, 2009

Jangan sesuka hati jatuhkan hukum!!!

Hmm.. saya nak kongsikan apa yang saya lihat dan apa yang saya dengar kepada sume.. Lihat dah menyakitkan mata apatah lagi mendengarnya.. Menyakitkan telinga. Semalan saya menonton satu program reality tv bermusim. Program yang melahirkan lagi ramai penyanyi kat negara nie. Tak perlulah saya sebutkan nama program reality tv tue… Setiap hari sabtu(waktu mlm) konsertnya akan diadakan. Mesti ramai yang tahu program apa tue..

Saya ‘tertarik’ dengan kritikan salah seorang pengkritik tetap program nie. Dia kata, “berdosa awak kalau tak nyanyi dengan baik”.. Dia maksudkan berdosa para pelajar program nie yang tak bagi full komitmen dalam nyanyian tue sbbnya ada antara mereka yang bagi full komitmen. So, tak adil bagi mereka yang dah nyanyi dengan baik. Masa tue para pelajar yang bakal bergelar penyanyi nnt membawakan lagu bonus mereka.

Saya sangat ‘tertarik’ sehinggakan mendidih rasanya hati nie. Panas seluruh badan.. Sesuka hati pengkritik tue je jatuhkan hukum berdosa. Jadi para pelajar yang menyanyi campur lelaki perempuan, pegang sana pegang sini tak berdosa??? Kalau tv kat umah saya tue murah, nak je saya baling..

Kalau nak dikatakan niat tak menghalalkan cara tak sesuai pulak. Dah niat pun salah, apatah lagi cara!! Hmm.. Saya semakin gusar dengan perkembangan industri seni dalam negara kita nie.. Terlalu banyak maksiat yang berlaku. Mana si artis wanita berpakaian yang tak menutup aurat.. Berpegangan dengan yang bukan muhrim.. Apa nak jadi negara kita nie!!

Apa yang saya boleh buat dan anda juga, ialah berdoa.. Moga mereka2 yang pandai sangat menjatuhkan hukum sendiri nie, akan diberikan taufiq dan hidayah. Tapi, jangan berdoa je. Kena ada usaha. Kita mantapkan diri kita. Tegur org kat sekeliling kita. Jangan buat tak tahu je. Aku punya hal, aku punya.. Ko punya hal, ko punya.. Tak boleh mcm tue..

Jangan kita mengundang bala untuk diri kita. Sesungguhnya saya takut akan kemurkaan Allah. Lihat saja apa yang berlaku dengan Acheh.. Mohon Allah lindungi kita semua.. Saya takut dengan apa yang jadi skrg. Manusia dengan sesuka hati menjatuhkan hukum sendiri. Bukankah mencabar Allah namanya?? Mungkin dia tak tahu.. Ya.. Mungkin saja dia tak tahu.. Kata2 alim ulama dah tak didengar. Malah kata2 mereka yang terang-terangan melakukan maksiat disanjung tinggi.. Ingatlah.. Bala Allah tak mengenal sesiapa. Jangan sampai Allah murka dan menurunkan bala keatas negara kita baru kita nak sedar…