Dalam menjalani kehidupan seharian, kita dipenuhi berbagai perbuatan dan tingkahlaku yang memerlukan adab. Adab ini perlu untuk kesejahteraan diri dan supaya orang lain menyenangi kita.
(1) Menjaga kebersihan secara menyeluruh dengan cara mandi dan menyucikan diri.
(2) Memotong kuku tangan dan kaki sekali setiap seminggu. Janganlah memanjangkannya walaupun sebahagian darinya kerana dikuartiri tersimpan najis dan perbuatan demikian menyerupai haiwan yang buruk.
(3) Memotong rambut setiap kali panjang, menjaga kebersihannya dan menyisir selalu yakni jangan pula sampai berlebihan ( tidak membiarkannya dan tidak pula menumpukan perhatian kepadanya)
(4) Mengutamakan bahagian kanan dalam semua perkara yang mulia seperti ketika mandi, berwuduk menghormati, berjabat tangan, memakai pakaian atau kasut, memotong kuku, mengambil dan menerima pemberian, makan dan minum. Mengutamakan bahagian kiri yakni perkara yang tidak mulia seperti membuang hingus, meludah, menanggalkan pakaian dan kasut, beristinjak dan menyentuh aurat. Daripada aisyah katanya, Rasulullah s.a.w menggunakan tangan kanan untuk bersuci dan makan, sedangkan tangan kiri untuk bersuci dan yang kotor-kotor.
(5) Jangan menghadap kiblat ketika meludah, membuang hingus dan kahak, tetapi hendaklah ke arah kiri dan pada sapu tangan yang khusus supaya tidak mengganggu orang lain.
(6) Mengalihkan wajah ketika bersin dari muka manusia, dan dari makanan serta minuman agar percikan hingus tidak mengenai orang lain dan meletakkan sapu tangan atau tangan ke mulut, memperlahankan suaranya sedapat mungkin. Daripada Abi Hurairah katanya, Apabila Rasulullah s.a.w bersin beliau meletakkan tangannya di mulutnya dan dengannya suaranya menjadi tidak kuat.
(7) Memuji Allah sesudah bersin.
(7) Orang yang bersin dan memuji Allah hendaklah diwajib dengan (Yarhamukallah) dan orang yang bersin pula menjawabnya dengan doa yang berikut (Yahdikumullahu wa yushlihu balakum)
(8) Meletakkan tangan di mulut ketika menguap untuk menutup pandangan yang tidak layak ketika mulut terbuka, juga untuk menghalang sesuatu dari masuk ke mulut. Juga disuruh mengurangkan suara dan jika dapat jangan sampai mengeluarkan suara. Selepas menguap hendaklah beristighfar kepada Allah kerana menguap adalah bukti kemalasan. Oleh itu Allah tidak menyukainya dan menyatakan bahawa ia disebabkan syaitan. Dari Abu Hurairah berkata Nabi, "Sesungguhnya Allah suka akan bersin dan benci akan menguap. Jika salah seorang kamu bersin dan memuji Allah hendaklah orang Islam yang mendengarnya mengucapkan 'Yarhamukallah'. Adapun menguap adalah dari syaitan, jadi jika salah seorang dari kamu menguap maka hendaklah ia mengembalikannya sedapat mungkin kerana apabila kamu menguap syaitan ketawa melihatnya."
(9) Berusaha tidak sendawa, menghindari makanan yang menyebabkan sendawa atau makanan yang memperbanyakkannya. Jika tidak dapat dihindari bersendawalah dengan suara yang ringan kemudian bacalah istighfar sesudah bersendawa. Daripada Abu Hurairah katanya, "Aku memakan kepingan roti dan daging kemudian aku mendatangi nabi lalu aku sendawa. Beliau bersabda, pendekkan sendawamu kerana sesungguhnya orang yang paling lapar pada hari kiamat kelak ialah orang yang paling kenyang di dunia."
(10) Mengingat Allah dan bersyukur kepadaNya ketika berkaca(melihat wajah cermin) kemudian berdoa dengan doa yang warid dari nabi: "Segala puji bagi Allah, sebagaimana engkau elokkan kejadian aku maka elokkanlah akhlakku."
(11) Menggunakan telefon bila perlu sahaja bukan untuk bermain-maian, bergurau atau untuk mengejutkan orang lain, dan bertelefonlah pada waktu-waktu yang sesuai, awali percakapan dengan salam, mengenalkan diri kemudian menyebut maksud.
(12) Membiasakan diri dengan amal yang salih seperti beribadah bersedekah, solat sunat, menghampiri diri kepada Allah, berzikir dan membaca Al-Quran. Jangan meninggalkan demikian kerana malas, enggan atau kesibukan dunia. Daripada Aisyah katanya, amalan yang disukai Rasulullah ialah amalan yang terus menerus dilakukan seseorang.
(13) Meninggalkan berlebihan dalam segala suatu, tidak melakukan sesuatu yang tidak berguna selalu memperbaiki diri dan berusaha memperbaikinya. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, "Sebahagian tanda kebagusan Islam seseorang adalah meninggalkan sesuatu yang tidak dimaksudkannya."
(14) Memberi nasihat kepada orang yang mengenai kebaikan, yakni dengan nasihat yang baik bagi orang itu samada pada agamanya atau dunia.
(15) Menerima nasihat orang lain, mahu mengakui kebenaran dan kembali semula kepadanya juga mengakui kesalahan diri sendiri jika memang benar bersalah dan jangan berterusan padanya, kerana kebenaran itu ialah barang orang mukmin yang hilang yang terus dicarinya dan akan berterima kasih kepada orang yang menyerahkannya kepadanya serta memuji setiap orang yang sudi memberi nasihat.
(16) Membiasakan hidup sederhana mensyukuri yang sedikit dan meninggalkan hidup bermewah-mewah dan bersenang-senang di dunia kerana sifat tu menjauhkan diri dari takabur dan ujub serta selamat dari sifat sombong memuji-muji dari dan angkuh. Dari Aisyah katanya, "Tikar Rasulullah s.a.w diperbuat daripada kulit yang disamak setelah dipenuhi dengan sabut."
(17) Ikhlas kerana Allah dalam semua pekerjaan, menjadikan matlamat utama dari kehidupan sebagai syiar orang mukmin yang diletakkannya di hadapan dan terus-menerus mengulang-ulang sebutan, 'Oh Tuhanku, Engkaulah tujuanku dan Redhamulah yang kucari."
2 comments:
syukran..
afwan ya ukhti :)
Post a Comment