Tuesday, May 12, 2009

Muslimat Sabah dalam membantu jentera Muslimin

Jikalau muslimin ialah sebatang pokok yang tinggi dan kuat, muslimat pula ialah akarnya.. Akar yang menyokong tumbesaran pokok. Kalau kita lihat akar sangat penting bagi sebatang pokok. Kekuatan akar menjamin pokok untuk terus membesar dengan baik. Sekiranya akar rapuh, akan hilanglah kekuatan pokok. Begitulah analogi yang sering bermain di minda saya tentang muslimat Sabah. Sabah di bawah bayu.. Tanah tumpah darah saya.. Ya.. Saya juga merupakan salah seorang muslimat Sabah.

Sepanjang cuti nie saya asyik berfikir tentang bagaimana nak meluaskan skop dakwah di bumi Sabah khususnya bumi Tawau, daerah kelahiran saya. Sudah tersedia banyak jalan. Hanya perlu mengorak langkah. Namun langkah yang ingin diambil bukanlah senang. Perlukan pengorbanan yang betul2 jitu dan dilakukan secara istiqamah. Nama pun berjuang. Pejuang yang tak pernah berkorban bukanlah pejuang yang sebenarnya..

Bercerita tentang pengorbanan. Saya nak membawakan bagaimana pengorbanan yang perlu dilakukan oleh muslimat Sabah dalam membantu jentera muslimin. Sememangnya di bumi Sabah nie muslimat mempunyai peranan yang sangat penting. Bergerak bersama muslimin melancarkan dakwah yang tak pernah putus walaupun seringkali disalahertikan oleh orang lain.

Ya.. Membawa dakwah bukan mudah. Apatah lagi di bumi Sabah. Mungkin ramai yang tak tahu. Sabah lah sebenar-benarnya tempat yang paling payah untuk berjuang. Bukan niat saya nak membandingkan mana2 kawasan mahupun negeri. Tapi itulah hakikatnya. Kami muslimat Sabah merasa peritnya berjuang disini. Peritnya membantu perjuangan muslimin. Begitu perit berjuang bersama.. Dengan bilangan yang tak ramai ditambah pula keadaan masyarakat Sabah yang kurang mendalami ilmu agama amat menyukarkan kami. Kadang2 apabila muslimat Sabah menbawa dakwah. Dikatakan sesat oleh mereka2 yang tak memahami Islam. Saya sendiri sudah acap kali dikatakan sesat. Dah kebal dah rasanya.. Tapi, dalam keperitan itu, muslimat Sabah tetap mara kehadapan kerana amanah yang tersandang di bahu. Takkan pernah membiarkan diri merasa goyah dengan semua ujian Allah. Itulah muslimat Sabah..

Teringat saya kepada perbincangan saya bersama bekas rakan2 sekolah beberapa hari yang lepas.. Kami membincangkan tentang adat dan budaya yang masih lagi diamalkan dalam masyarakat kami di Sabah khususnya di Tawau nie. Terlalu banyak adat dan budaya yang bertentangan dengan ajaran Islam. Rakan2 saya kata kalau mereka menegur ibu bapa mereka, teguran itu takkan memberi kesan. Begitu payah nak menegur keluarga sendiri. Saya tahu sebab saya pun mengalaminya.. Masyarakat Sabah terlalu taksub dengan adat dan budaya masing2. Sehinggakan kadang2 adat dan budaya itu melebihi ibadah.

Inilah ujian yang harus dilalui oleh muslimat Sabah. Perlu dakwah kepada ahli keluarga disamping melibatkan diri dengan dakwah bersama sahabat2 di luar rumah. Padahal dakwah kepada ahli keluarga bukanlah senang. Apatah lagi keluarga yang terlalu berpegang dengan adat dan budaya. Muslimat Sabah sering berhadapan dengan keadaan ini. Muslimat terpaksa kuat. Kalau tak, muslimat akan hilang begitu saja. Saya sendiri pernah melaluinya. Hilang di pentas dakwah hampir setahun dan berpisah dengan sahabat2 seperjuangan.. Hanya kerana membawa dakwah kepada keluarga. Tempoh itu sangat menyakitkan. Tapi itulah yang mendewasakan saya. Diibaratkan saya dah terjatuh dan hampir2 tak dapat bangun kembali. Tapi mujurlah Allah membantu.. Saya berpesan kpd rakan2 saya, “kita adalah generasi baru yang sedar akan sume nie. bila dah ada keluarga sendiri, tinggalkan sume adat yang tak betul tue.”

Saya teringat satu program yang saya pergi bersama sahabat baik saya, Rusni. Program nie khas untuk muslimat Tawau. Dalam program tue seorang pensyarah dari UMP dijemput memberikan ceramah. Beliau ialah Prof. Wan Masri. Beliau mengatakan sepanjang perjalanan menuju ke Tawau, susah nak mencari masjid. Yang banyak gereja. Ini menunjukkkan banyak halangan yang perlu dirintis oleh muslimat Sabah kerana Sabah tak sama seperti Semenanjung. Apa yang saya lihat, kalau di Semenanjung, ramai yang dah memahami Islam, Cuma nak melaksanakan perintah menurut Islam tak bersedia lagi. Tapi di Sabah ramai lagi yang masih merangkak-rangkak untuk memahami Islam. Bagaimana mahu melaksanakan perintah Allah kalau Islam pun tak faham lagi?? Ditambah lagi dengan bilangan non-muslim yang begitu ramai..

Dalam program tersebut saya bertemu dengan naqibah PERPPIS saya semasa form 5, kak Mui panggilan mesranya. Naqibah Rusni juga kerana kami sama2 terlibat dalam PERPPIS.. PERPPIS ialah Persatuan Putera Puteri Islam Bahagian Tawau. PERPPIS melahirkan ramai muslimin muslimat yang sanggup berjuang di Sabah. Tawau khususnya. PERPPIS lah yang melatih ramai anak2 muda untuk mencintai dakwah. Teringat saya kepada sahabat2 muslimat.. Fitri, Lai, Mira, Ratna serta adik kembar saya sendiri, Rima. Muslimat2 inilah yang masih teguh merancakkan pentas dakwah di Tawau kecuali adik saya sebab sedang melanjutkan pelajaran sama seperti saya. Penasihat PERPPIS pula merupakan suami kepada kak Mui. Bercerita tentang penasihat PERPPIS nie, nama beliau ialah Nasir bin Che Ali. Berasal dari Kedah. Berkahwin dengan kak Mui dan bermastautin di Sabah. Beliau sanggup meninggalkan kampung halaman demi membantu perjuangan kami di Sabah. Sangat mengharukan.. Kini beliau memiliki anak seramai 9 orang. InsyaAllah bakal2 pejuang di Sabah juga.

Seorang sahabat saya pernah berkata sewaktu kami berbual menerusi telefon bimbit tak lama dulu. Muslimat Sabah yang belajar di Semenanjung kena balik ke Sabah juga. Nak cari calon suami tue kalau boleh biarlah orang Sabah. Untuk memastikan medan dakwah di Sabah nie tak ketandusan muslimat. Sebabnya ada muslimat yang berkahwin dengan orang Semenanjung tapi akhirnya terpaksa mengikut suami. Saya hanya tergelak. Tetapi, dalam tergelak tue, saya tetap memikirkan kebenaran kata2 sahabat saya.. Betapa bumi Sabah nie memerlukan muslimat untuk membantu perjuangan muslimin.. Mungkin pada usia saya nie masih terlalu muda untuk memikirkan soal jodoh. Namun terpaksa difikirkan juga kerana persoalannya disini, apabila muslimat Sabah berkahwin dengan orang Semenanjung seakan2 mimpi ngeri sekiranya muslimat tersebut terpaksa meninggalkan Sabah. Kerana akan berkuranglah muslimat di Sabah..

Muslimin pun pernah berkata, “muslimat nie jgn mengada2 cari org sana. cari org Sabah juga.” Saya dan Rusni selalu tergelak apabila membincangkan hal nie.. Tapi, memang benar apa yang dikatakan tue.. Setelah menimba ilmu di Semenanjung, muslimat perlu balik semula ke Sabah untuk membantu jentera muslimin. Terlalu banyak yang perlu dilakukan di sini.. Sekiranya berjodoh dengan orang Semenanjung, seharusnya mencontohi penasihat PERPPIS. Sanggup meninggalkan kampung halaman kerana Sabah lebih memerlukan tenaga untuk melancarkan perjalanan dakwah.

Ya.. Sabah sememangnya lebih memerlukan ramai tenaga pejuang untuk menjalankan dakwah. Lebih ramai yang diperlukan disini.. Kerana Sabah adalah lubuk dakwah. Setahu saya, muslimin yang menimba ilmu di Semenanjung tetap akan balik berjuang di Sabah. Hanya muslimat saja yang tak pasti. Jadi, muslimat harus pandai dalam soal mencari jodoh. Kerana persoalan inilah yang sering mengurangkan bilangan muslimat di Sabah. Padahal muslimat sangat penting dalam membantu jentera muslimin.. Saya dan Rusni juga muslimat Sabah. Nampaknya kami harus memikirkan persoalan ini dengan mendalam demi menjaga kepentingan dakwah di Sabah.


No comments: