Monday, March 22, 2010

Moga2 Tiada Rasa Benci...

Bismillahirrahmanirrahim..

Masa: 6.23 am
Mood: jiwa kacau!

Apa perasaan anda bila ada yg kata anda nie macam nie.. Anda tue macam tue..?? Marah? Sedih? Gembira? Tak kisahlah sebab takda kaitan dengan saya :)

Semalam saya baru sahaja remove beberapa orang sahabat dari fb dan offline mereka kat ym. Alasan?? Sebab saya tak suka diorg. Diorg suka saya ke?? Suka ke tak suka saya tak kisah.

Saya insyaAllah dalam proses merawat hati dan memperbaiki kelemahan diri supaya tiada benci dalam hati. Saya tak suka sesetengah orang bukan sebab salah diorang. Mostly salah saya. So, sebagai langkah terbaik agar kesalahan saya tak berulang, saya tak nak tau apa jadi kat diorang dan saya pun tak nak diorang tau apa jadi kat saya.

Kadang2 bila dah bertekad nak berubah ada je ujian datang. Saya paling tak suka gaduh ataupun ada selisih faham dengan orang. tapi, kalau terjadi juga maknanya saya memang benar2 tak suka pada anda. Dan saya tak kisah anda suka ataupun tak dengan saya. Sebab anda bukan orang penting dalam hidup saya. :)

Mohon maaf atas salah silap. Saya akui.. Semua salah faham adalah berpunca daripada kelemahan diri saya sendiri. Saya sangat mementingkan kesempurnaan dan komitmen dalam melakukan sesuatu samada bergerak kerja ataupun sebagainya.. Dan bilamana saya dah bagi 100% tapi beberapa pihak pula sebaliknya, yang tue menyebabkan saya mudah naik angin :) (moral:
sifat mementingkan kesempurnaan kalau tak dapat dikawal akan menjadi kelemahan yang mana akan membinasakan diri sendiri)

Bilamana kita terlalu mementingkan kesempurnaan dan komitmen, dan mereka2 tak memberikan yang terbaik kita akan frust giler2. Padahal kita tak tahu apa halangan yang menimpa mereka.. (moral:
saya kena latih diri untuk lebih husnu dzon)

Mohon maaf sekali lagi.. Doakan saya agar mampu merawat hati dan memperbaiki kelemahan diri. Moga2 dalam hati tiada rasa benci..



Doakan saya agar saya mampu menjadi sebaik2 muslimah.. Doa anda semua sangat bermakna.. Ameen..

Saturday, March 20, 2010

HATI-HATI BERTANYA


Di dalam sesetengah perkara yang ingin anda ketahui tetapi dibatasi oleh larangan tatatertib agama, maka anda hendaklah bersabar, lambat-laun akan anda ketahui juga. Contohnya, dalam kisah Luqman Al-Hakim ingin mengetahui bagaimana Nabi Daud A.S membuat baju besi itu, Luqman dapat menahan keinginan untuk bertanya. Dia bersabar dan berulang-alik ke rumah Nabi Daud A.S selama setahun, semata-mata untuk mengetahui perkara itu dengan penglihatan mata sahaja tanpa bertanya. Akhirnya dia mendapat pengetahuan bagaimana hendak membuat baju besi seperti itu. Kesimpulannya, batas-batas pertanyaan yang diharuskan ialah :

1.   Pertanyaan itu tidak membawa kepada mudharat, samada bagi yang bertanya mahupun yang ditanya.

2.   Pertanyaan itu tidak mendedahkan perkara yang dirahsiakan termasuk yang mengaibkan seseorang.

3.   Pertanyaan itu tidak membawa akibat yang menjadikan seseorang itu riak atau berdusta. Dengan meninggalkan pertanyaan-pertanyaan seperti yang di atas, anda akan menjadi seorang muslim yang baik.

Cara-cara untuk menyekat atau mengawal keinginan nafsu bertanya dan berkata-kata ialah:

1.    Hendaklah mengingati "mati" yang boleh tiba pada bila-bila masa sahaja.

2.    Hendaklah sentiasa ingat, seseorang itu bertanggungjawab terhadap setiap kata-kata yang diucapkannya.

3.    Sentiasalah beringat bahawa masa itu emas. Jangan membuang masa dengan perbuatan atau kata-kata yang sia-sia. Sedarlah bahawa setiap detik nafas anda adalah pelaburan bagi masa depan anda.

4.    Hendaklah sentiasa mengawal lidah daripada berkata-kata yang tidak perlu atau yang tiada kena-mengena.

5.   Jika anda bimbang selalu bergaul dengan orang ramai itu akan mendatangkan bencana terhadap lisan, maka bolehlah anda mengasingkan diri.

6.   Biasakan berdiam diri atau membiasakan lidah tidak berkata-kata yang tidak perlu dan tiada kena-mengena.



Wednesday, March 17, 2010

AKIBAT LUPA MATI



Barangsiapa melupai mati, ia akan menderita tiga perkara :

1.  Menunda-nunda taubat, akhirnya mati dalam keadaan membawa bersama dosa yang belum bertaubat. Seringkali panjang angan-angan kerana menyangka mati masih lambat dan masih panjang.

2.  Tidak rela hidup sederhana akhirnya memburu kesenangan dan kemewahan dunia hingga lalai dari mengingati Allah s.w.t sering merasa kecewa dan putus asa seolah-oleh dunia ini segala-galanya. Kegagalan seolah-olah kegagalan hakiki. Terlalu mementingkan diri sendiri dan sanggup menindas orang lain.
                
3.  Malas beribadah, kelazatan mengecapi nikmat dunia menyebabkan lenyapkan kelazatan beribadah kepada Allah s.w.t. Hilang kemanisan ibadah, makin dirasai kosong dan tidak bermanfaat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya, " Kuburan adalah perhentian pertama dari alam akhirat. Jika ia selamat disini maka seterusnya ia akan mengalaminya dengan lebih mudah. Tetapi jika ia tidak selamat, maka selanjutnya ia akan mengalami dengan lebih berat", (Termizi, Ibnu Majab, Al Hakim).

Nabi Yaakub a.s meminta kepada malaikat maut agar menghantar utusan terlebih dahulu sebelum mencabut nyawa beliau. Permintaan itu bermaksud agar Nabi Yaakub mendapat peringatan atau tanda-tanda kematian lebih awal. Ketika malaikat maut datang menemui Nabi Yaakub a.s untuk mencabut nyawa, beliau bertanya, " Bukankah aku minta dikirimkan utusan terlebih dahulu?. " Malaikat maut menjawab, " Demi Allah telah banyak utusanku untuk memberi peringatan Wahai Nabi Allah". Jawab Nabi Yaakub, " Aku tidak mengetahui dan mengenalinya". Jawapan malaikat maut, " Iaitu berupa sakit, uban, tua, pendengaran yang kurang, dan penglihatan yang kabur".

Dari Abu Dzar ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : " Berziarahlah ke kubur kerana ia dapat mengingatkanmu kepada akhirat. Mandikan orang mati kerana menguruskan jasad orang mati merupakan peringatan yang mendalam. Dan sembahyangkan jenazah kerena itu dapat meruntuhkan hatimu (menyedihkan) kerana orang yang bersedih di bawah naungan Allah bererti bersedia dengan segala kebajikan". (Al Hakim).

Monday, March 15, 2010

PERIHAL LELAKI DAN WANITA

Betapa beratnya menjadi seorang lelaki, di antaranya adalah seperti berikut

LELAKI
*********
1.    Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
2.    Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN!!
3.    Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN !!!
4.    Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.

WANITA
**********
1.    Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2.    Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tdk sebaliknya.
3.    Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4.    Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
5.    Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6.    Wanita wajib taat kepada suaminya.
7.    Talak terletak di tangan suami bukan isteri.
8.    Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
   
Pernahkan kita lihat sebaliknya? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat.Sudah pasti intan permata tidak dibiar bersepah bukan? Itulah bandingannya dgn seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak,tetapi setiap saat dia didoakan oleh seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). 
Diakhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini :
•    isterinya,
•    ibunya,
•    anak perempuannya
•    saudara perempuannya

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini :
•    suaminya
•    ayahnya
•    anak lelakinya
•    saudara lelakinya

Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui mana-mana pintu syurga yang disukainya cukup dgn 4 syarat sahaja :
•    sembahyang 5 waktu
•    puasa di bulan ramadhan
•    taat suaminya
•    menjaga kehormatannya

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. Subhanallah..

Thursday, March 11, 2010

10 Macam Kekejaman!

Sufyan Atsauri berkata, "Sepuluh macam daripada kekejaman ialah:"

1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.

2 .Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.

3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.

4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.

5. Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.

6. Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.

7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu. 
8. Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.

9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.

10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Monday, March 8, 2010

~Rahsia Diri~


Mentari menyinari jiwa yang kaku
Kelam terasa..
Tatkala jasad berlumuran darah merah
Engkau taburkan sebuah kesumat
Lantas darah merah pekat mengalir…
Diri yang berani memijak jiwa yang lemah
Hati membisu tidak terkata
Jasad meronta
Jiwa merana…

Mata hati menerobos angkasa
Berpaksikan cahaya bulan yang bergemerlapan
Jasad yang tidak bernilai
Menjadi racun tatkala duka
Panahan sembilu menusuk  ke kalbu
Melingkari sekeping hati yang lemah longlai
Menjadikan jiwa yang lemah semakin lemah….

Manusia semakin bijak berhelah
Kepetahan lidah sebagai penyelamat
Bertemankan ketangkasan akal mendokong bait
Biarpun hati sedang resah menemani jiwa gelisah
Lantaran takut jejak meninggalkan kesan
Kata hati mahu meneruskan jua…

Senyuman mencermin laku
Menjadi penghibur pada yang berduka
Namun sinar mata mencermin segala
Kepahitan dan kesakitan yang tertanam jauh pada dasarnya…

Diri yang kau anggap wira
Memberi madu pada yang berduka
Walau menerima racun sepahit hempedu
Masih tetap tersenyum simpul
Lantaran hati telah terikat
Pada bicara jiwa yang berdoa…

Ujian yang menimpa tidak sekali dizahirkan
Biarlah hanya DIA yang tahu
Seusai tersimpul rapi
Terkubur jua  dalam lipatan usia
Walau merana seorang diri
Lantaran jiwa ingin menanggung segala






Saturday, February 13, 2010

~I Know My Status~

Bismillahirrahmanirrahim..

Masa : 2.23 am
Mood : Ngantuk (Masa nie tengah tunggu my abg approve dlm fb. punya lama giler. ceh~)

Salam 1 Malaysia! (apala aku dok mengarut nie.. heheh)

First of all (cewah!) saya nak betulkan. My abg bukannya 'abg' tue. Nie abg betul. Saya tak mainlah 'abg' tue ya.. Punyala berjam saya tunggu dpn laptop abg saya tak approve2 jugak.. Isy.. Isy.. Memang nak kena jurus maut.. Heheh..

I know my status??? Waa.. Apa nie?? Macam gempak!! (macam je laa..). Apa yang anda semua fikirkan bila baca tajuk nie? Pelik? Seram? Sengal? Marah? Buat dono? Anything terpelanting??? (n_n)v

Memandangkan Valentine's Day nak dekat, dengan sukacitanya saya nak bercerita sedikit pasal budaya masyarakat kita khususnya remaja kita. Saya amat yakin dan pasti ramai remaja diluar sana yang dah tak boleh nak tidur lena sebab memikirkan apakah kejutan yang bakal diberikan oleh pasangan masing2. Seolah2 dah jadi trend zaman kini. Semua ada pasangan. Yang tiada pasangan semacam satu hal yang pelik. Pelik tapi benar.

Islam itu datang dengan dagang dan akan kembali dagang. Samalah apa yang kita hadapi zaman kini. Kalau kita kata couple tue tak boleh. Couple tue haram. Akan kedengaranlah bisikan2 sinis. Sesiapa yang berpegang pada hukum Allah akan dipandang kolot dsbnya..

Berbalik kepada tajuk. I know my status. Pernah atau tidak anda mendengar sesiapa yang berkata "I know my status" dengan pakwe or makwe mereka?? Saya selalu mendengar remaja di sekeliling saya mengucapkan ayat tersebut. Saya jadi pelik. Meremang pun ada. Status apa yang mereka maksudkan?? Dah kahwin? Dah bertunang? Walhal jarang sekali kita dengar orang yang bertunang mengatakan sedemikian kepada tunangnya. Nie kalau bertunang ikut lunas2 Islam lah. Tak jumpa berdua2an, tak selalu berhubung melalui telefon or mana2 saluran yg sudah pasti bakal menerbitkan maksiat di hati.

Saya bagi contoh :

Si gadis sedang berbual bersama pakwenya. Lalu tanpa disangka2 pakwenya mempersoalkan hubungan rapat si gadis dengan kawan2 lelakinya yang lain. Berlakulah soal jawab yang agak panjang. Si pakwe menyoal lagak seorang pendakwaraya dan si gadis menjawab lagak seorang tertuduh di kandang pesalah. Cuma bezanya selalunya si tertuduh takkan menangis apabila di soal siasat. Selalunya si tertuduh akan keluar dari kandang pesalah dengan perasaan yang saya pun tak tahu nak tafsirkan. Tapi keadaan sekarang berbeza. Si pakwe dengan gaya pendakwaraya menyoal dan untuk membuktikan kesetiaan, si gadis dengan wajah tertuduh menangis dan berkata, "I tak buat.. I ada U sorg je.. I know my status.. Jgnla hukum I mcm nie.. I setia ngan U sorg je.. I know my status.."(sambil diiringi tangisan)

Apa pandangan anda bila anda menyaksikan situasi di atas?? Saya rasa nak termuntah hijau. Geram, meluat dsbnya. Status apa yang si gadis itu maksudkan?? Adakah kekasih hati kepada seorang lelaki yang bukan mahramnya?? 

Perlu diingat.. Status berpunya tak salah. Tapi pastikan berpunya yang selayaknya. Katakan anda dah bertunang, adakah itu dikira sudah berpunya? Kalau ditanya kepada saya, jawapannya sudah tentu. Sebab bila bertunang kita dah menetapkan satu masa untuk diijab kabul. Tapi, kena mematuhi hukum syarak. Bertunang bukan tiket untuk keluar berduaan, bermesej dan bertelefon untuk menyatakan perasaan rindu, berpegang tangan dsbnya. Bertunang belum menghalalkan perhubungan.

Itu halnya untuk yang dah bertunang. Yang tak bertunang??? Sedangkan Rasulullah menganjurkan kita untuk tak menghebah2kan pertunangan. Kerana dikhuatiri jika terbatalnya pertunangan akan memberi impak besar buat kedua belah keluarga. Yang tak bertunang?? Dahla tiada ikatan yang pasti, hebah2kan dekat semua pulak tue tentang statusnya. Status yang takda status sebenarnya!

Lumrah remaja zaman kini. "Itu pakwe aku".. "ini makwe aku".. "Pakwe engkau yang mana satu?? Hensem tak??".. "Makwe engkau mesti cun punya!"..

Inilah lumrah remaja kita.. Remaja 1 Malaysia.. (ooppsss!!)..

Tambah2 lagi nak dekat Valentine's Day.. Semua akan menantikan hadiah dari pasangan masing2 atas janji setia mereka terhadap status yang dipertahankan (nak termuntah hijau nie). Paling tak boleh tahan bilamana si pakwe menunjukkan 'kegagahannya' untuk berhadapan dengan lelaki yang mengganggu makwenya.. Siap kata lagi, "Si ****** aku punya!! Ko jangan berani nak kacau!".. Wah! Inilah status si makwe. Dijadikan hak milik sesuka hati oleh si pakwe. Syabas!!

Paling meloyakan bilamana si makwe berkata pada pakwenya, "Si **** ganggu ayang.. Sayang cakap ngan dia tolong jgn ganggu ayang lagi. Ayang hanya ada sayang je.. Ayang milik sayang sorg..".. Ini lagi mantop!! Si makwe dengan tulus ikhlasnya (uweeekkkkkkkkk!!) mengaku sendiri tanpa perlu ditanya mahupun dipaksa.. Status inilah yang menjadi kebanggaan mereka!!

p/s : teringat video comel seekor kucing.. kucing tue kata, "sayang2, sayang saaaaayang sayang. Sayang sayang sayang?? Sayang sayang sayangggggg.. Muaaahhhhhhh!!!!(Baca dengan intonasi yang betul)

"Dan janganlah kamu menghampiri zina.."

Dah terang lagi bersuluh ayat nie. Tapi masih tak mahu difahami oleh mereka2 di luar sana. Moga saya dan anda yang lain sentiasa berada dalam perlindungan Allah.. Ameen..

 Bagi kita yang faham dan berazam untuk tak terjebak dalam kancah couple, apa yang kita lakukan untuk beri kesedaran pada orang2 yang sebegini?? Cukupkah hanya dengan menulis di blog2?? Memberi tazkirah umum? Cukupkah semua itu??

Saya bukanlah seorang yang kuat untuk menegur kesemua manusia yang saya jumpa , kenal dan tahu tentang budaya coupling mereka. Anda pula bagaimana?? Seringkali saya menangisi kelemahan diri kerana tak mampu menegur mereka2 yang berada dekat dengan saya. Hatta keluarga sekalipun. Saya tak dapat tidur dengan lena kerana takut. Takut kalau2 Allah menarik nyawa saya dalam keadaan saya tak kuat lagi untuk memberi peringatan kepada mereka2 ini. Anda pula bagaimana?? Adakah tidur dengan nyenyak sekali?? Jikalau ya.. Istighfarlah mohon keampunanNya..

Jangan jadi macam sesetengah pihak. Kalau tak mampu lakukan apa2, janganlah menambahkan dosa dengan menggalakkan mereka2 untuk melakukan maksiat. Jadilah seperti ini. Klik sini. Tetap berusaha untuk membendung salah laku manusia selagi berdaya.

Mari kita sedarkan mereka2 yang tersalah meletakkan status diri ini!!!! Takbir!!!